Mahkamah Rayuan baru-baru ini diberitahu bahawa ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengubah niat untuk menyimpan dana sumbangan awam berjumlah RM120,000 selepas memenangi kerusi Parlimen kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.
Pihak pendakwaan berkata bendahari Pemuda Bersatu ketika itu, Rafiq Hakim Razali, diarahkan untuk memindahkan RM120,000 ke dalam akaun peribadi Syed Saddiq dalam empat transaksi berasingan sebelum kempen pilihan raya bermula pada 28 April.
Kemudian, Syed Saddiq memindahkan RM100,000 dalam dua transaksi pada 15 dan 16 Jun ke dalam akaun pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Pihak pendakwaan turut mengatakan wang berkenaan tidak langsung digunakan sepanjang tempoh kempen pilihan raya dan hanya disalurkan kemudian.
Malah, pihak pendakwaan berkata keterangan bela diri Syed Saddiq bahawa wang tersebut digunakan bagi perbelanjaan pilihan raya adalah bersifat ‘after tought’ (perkara yang difikirkan kemudian).
SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/04/17/syed-saddiq-ubah-niat-pindah-sumbangan-rm120000-ke-akaun-sendiri-mahkamah-diberitahu
Pada tahun itu, Syed Saddiq baru menang kerusi Parlimen Muar.
Mood rakyat ketika itu? Harapan, semangat dan perubahan.
Syed Saddiq sebelum itu digembar-gembur akan menjadi salah seorang ikon politik muda untuk membuat reformasi.
Tetapi apa yang Syed Saddiq lakukan selepas pilihan raya?
Wang sumbangan yang sepatutnya digunakan untuk kempen pilihan raya telah beralih arah ke dalam akaun ASB peribadinya.
Syed Saddiq mendakwa wang itu digunakan untuk kempen pilihan raya namun hujah pendakwa pula, tiada satu sen pun dana tersebut dibelanjakan bagi tujuan terbabit.
SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rm100000-masuk-akaun-asb-syed-saddiq-tidak-digunakan-untuk-kempen-pru14-saksi-372872
Kalau dahulu, pemimpin-pemimpin lama yang tidak boleh disebutkan di sini, suka simpan duit dalam akaun di luar negara.
Namun sekarang generasi pemimpin politik muda seperti Syed Saddiq lebih 'kreatif'.
Mungkin dia beranggapan simpan dalam ASB lebih bersifat 'low profile'.
Tak perlu akaun 'offshore' di British Virgin Islands, tak perlu nama samaran dalam Panama Papers.
Cukup sekadar akaun ASB yang rakyat biasa pun pakai.
Simpanan itu takkan timbul syak wasangka, kononnya pelaburan masa depan, mungkin untuk rakyat Muar atau sebenarnya masa depan politiknya sendiri. Sebelum ini, Syed Saddiq mempersoalkan tindakan kerajaan dan menggelar kerajaan sebagai hipokrit berhubung kes mahkamah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Malah, Syed Saddiq bersama-sama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bertindak keluar daripada blok kerajaan kerana ‘kecewa’ dengan tindakan kerajaan.
Namun, Syed Saddiq sekarang ini terbukti bersalah dalam kes mahkamahnya sendiri.
Maka, prinsip perjuangan menentang rasuah yang cuba dibawa selama ini turut terbukti adalah wayang semata-mata.
Sewajarnya, Syed Saddiq malu dengan diri sendiri dan tidak lagi menyebut soal perjuangan menentang rasuah selepas ini.
Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/09/12/syed-saddiq-has-no-moral-ground-to-criticise-zahids-case-says-dap-leader/
Tindakan Syed Saddiq ini membuktikan bahawa politik baharu yang cuba dibawa cuma sekadar kosmetik.
Kes ini hanya mengecewakan rakyat yang terpaksa 'menonton' satu lagi skandal wang melibatkan ahli politik negara.
Kalau beginilah cara 'harapan baharu' seperti Syed Saddiq, mungkin rakyat perlu menunggu satu lagi generasi politik.
Atau mungkin satu lagi dana kutipan awam boleh dilakukan.
Bukan untuk kempen pilihan raya tetapi untuk membeli sebuah cermin besar, agar ahli politik seperti Syed Saddiq boleh lihat refleksinya sendiri.
Comments
Post a Comment