Kontroversi Dikaitkan Dengan Syed Saddiq


Kontroversi tidak pernah lekang dalam karier politik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sejak terbabit dalam kancah politik negara.

Daripada sekecil-kecil kontroversi sehinggalah sebesar-besar kontroversi.

Syed Saddiq kononnya mahu memperjuangkan cara politik baharu namun kontroversi demi kontroversi telah mencalarkan imejnya.

Malah pencapaian Syed Saddiq juga tidak signifikan berbanding kontroversi yang pernah dicetuskan selama ini.
Sebelum ini, Syed Saddiq nak tunjuk dia adalah hero rakyat di Muar.

Syed Saddiq mendakwa setiap bulan dia melawat tapak projek Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Muar.

Walhal, sebenarnya dia telah mengabaikan projek itu sehinggakan Menteri Besar Johor terpaksa campur tangan dan mengarahkan kontraktor untuk menyiapkan TMIYC di Muar dengan segera.

Mana Syed Saddiq pada masa itu? Bukankah dia sepatutnya mengambil langkah tegas terhadap kontraktor?

Bukankah Syed Saddiq mendakwa dia melawat tapak projek itu setiap bulan? Mana mungkin terlepas pandang tentang situasi projek berkenaan?

Pemantauan bulanan dibuat oleh KBS dan Exco Belia dan Sukan Johor serta laporan bulanan TMIYC dihantar kepada MB Johor.

SUMBER: https://www.nst.com.my/news/nation/2023/12/993508/johor-mb-chides-muar-tmiyc-contractors-not-completing-project-time-watch


Syed Saddiq pernah menipu keputusan acara triathlon di Desaru pada 2024.

Syed Saddiq dikatakan sebenarnya bermain kotor dan tidak layak memenangi tempat ketiga pada acara berkenaan.

Bagaimana Syed Saddiq yang berada di belakang ramai peserta lain sepanjang acara berkenaan, tiba-tiba boleh mendapat tempat ketiga?

Syed Saddiq dikatakan hanya melengkapkan dua kali pusingan kayuhan basikal, walhal perlu melakukan tiga kali pusingan.

Bagaimana peserta terpantas dari Sepanyol mencatatkan rekod kayuhan dalam tempoh 2 jam 31 minit tetapi Syed Saddiq boleh melakukannya dalam masa 2 jam 37 minit?

Syed Saddiq bukanlah atlet profesional seperti peserta Sepanyol itu.

Sewaktu acara IronMan dua bulan sebelum itu di lokasi yang sama, Syed Saddiq mencatat rekod 3 jam 31 minit.

SUMBER: https://x.com/BadBoy2662/status/1810896808589283657


Tahun lalu, Syed Saddiq dakwa rakyat tidak boleh melontarkan kritikan di bawah kerajaan ketika ini.

Dia mendakwa sebanyak lebih 4,000 kandungan media sosial mengkritik kerajaan diturunkan.

Sekali lagi, Syed Saddiq tidak semak fakta. Bagaimana Syed Saddiq menjadi ahli Parlimen kalau gagal menyemak sebarang fakta sebelum melontarkan dakwaan?

Untuk pengetahuan Syed Saddiq, kandungan yang diturunkan itu adalah kandungan berita palsu.

Syed Saddiq faham atau tidak apa impak berita palsu kepada rakyat?
Banyak lagi kontroversi yang pernah dicetuskan oleh Syed Saddiq.

Juara media sosial boleh diberikan kepada Syed Saddiq

Hanya tahu berkata-kata di media sosial namun tiada sumbangan kepada rakyat.

Lebih baik fokus menjadi selebriti sahaja selepas ini.

Tinggalkan sahaja dunia politik ini selama-lamanya.

Comments