Kaki Fitnah dan Kawan Tun Mahathir, Clare Rewcastle Brown Harus Ditangkap

Baru-baru ini Mahkamah Majistret Kuala Terengganu telah mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, setelah beliau gagal untuk menghadiri perbicaraan tentang pertuduhan kes mengeluarkan fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.


Saman fitnah terhadap Clare telah difailkan berhubung fitnah dalam buku ‘The Sarawak Report – The Inside Store of the 1MDB Exposé’, yang mengaitkan Sultanah Nur Zahirah dalam penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu yang kemudiannya dikesani sebagai 1MDB. Clare juga turut memfitnah Sultanah Nur Zahirah dengan mengaitkan baginda dalam membantu ahli perniagaan dalam buruan iaitu Jho Low.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/editor-sarawak-report-tidak-hadir-pertuduhan-mahkamah-keluar-waran-tangkap-321387

Kita semua sedia maklum bahawa Sarawak Report merupakan antara akhbar pengantara yang memang kuat memfitnah, lagi lagi ahli politik bangsa Melayu dan kerabat diraja Malaysia. Mereka sering mendapat dana daripada puak puak liberal dari dalam dan luar negara untuk memusnahkan kedaulatan Malaysia dan bangsa Melayu itu sendiri.

Malah, Clare Rewcastle Brown yang mewakili Sarawak Report juga amat rapat dengan mantan Perdana Menteri/diktator, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, yang pernah juga membayar Sarawak Report.

Sumber: https://www.malaysia-today.net/2019/02/04/why-did-mahathir-ask-clare-brown-to-settle-the-case-out-of-court/

Jadi ia semuanya tidak begitu menghairankan. Kita boleh mengaitkan kegigihan Sarawak Report dan Clare Rewcastle Brown dalam penerbitan pelbagai jenis fitnah mereka sudah tentu bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional ketika itu yang tidak disenangi oleh Tun Dr Mahathir.

Mengapa Tun Dr Mahathir pula terhegeh-hegeh untuk menjatuhkan parti yang dibina olehnya selama berdekad? Mungkin beliau tidak lagi dapat untuk merampas pelbagai kontrak dan habuan seperti yang pernah dilakukan olehnya suatu ketika dulu?

Tergamak Tun Dr Mahathir sanggup menjatuhkan para pemimpin kaum Melayu sendiri kerana berasa tidak puas dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak sehingga mengupahkan Clare Rewcastle Brown untuk menulis pelbagai fitnah terhadap Datuk Seri Najib.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/178826

Akibatnya, Tun Dr Mahathir dapat merosakkan Malaysia dengan lebih teruk lagi, di mana anak-anak beliau boleh menjadi billionair sementara ramai lagi rakyat Malaysia, khususnya bumiputera Melayu Islam, yang masih lagi berada dalam keadaan yang miskin.

Sumber: https://aspirasimalaysiabaharu.blogspot.com/2019/04/kekayaan-luar-biasa-anak-anak-tun.html

Jelas Sarawak Report dan Clare Rewcastle Brown telah diperalatkan oleh kumpulan liberal laknatullah serta Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengaburi minda orang muda Melayu, yang tidak mungkin tahu tentang keadaan sebenar di negara ini, dan sosok sebenar Tun Dr Mahathir.

Pelbagai fitnah yang ditaburi oleh Sarawak Report sendiri tidak masuk akal, seperti kononnya Arab Saudi telah menghantar dua jet peribadi untuk mengeluarkan Datuk Seri Najib Razak dari Malaysia pada malam PRU 14. Sekarang ketika semuanya terbongkar oleh mahkamah, Clare Rewcastle Brown pula menghilangkan diri dan bersembunyi.


Ada juga kes yang melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyaman Clare Rewcastle Brown kerana memfitnah beliau telah menerima RM90 juta daripada Datuk Seri Najib Razak. Tun Dr Mahathir bergiat mengadakan perjumpaan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memujuknya untuk mencari penyelesaian di luar mahkamah. Ini boleh dikatakan bahawa Clare Rewcastle Brown telah membohong dan memfitnahkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan sekaran Tun Dr Mahathir terpaksa mencampur tangan untuk menyelamatkannya. Jelas sekali Tun hanya mementingkan diri sendiri dan sesiapa yang ingin melaksanakan kerja kotornya!

Sumber: https://www.malaysia-today.net/2019/02/04/why-did-mahathir-ask-clare-brown-to-settle-the-case-out-of-court/

Tun Dr Mahathir memang tidak pernah teragak-agak untuk memusnahkan dan menjahanamkan sesuatu, penting ataupun tidak, demi diri beliau sendiri dan keluarga beliau. Masih segar lagi dalam ingatan orang ramai ketika beliau sanggup menarik balik keistimewaan Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 hanya untuk kepentingan kuasa beliau, sekaligus memusnahkan satu-satunya kuasa pengimbang, ataupun check and balance, kepada kuasa eksekutif kerajaan persekutuan.

Tun Dr Mahathir selalu kata beliau hanya berjuang untuk bangsa Melayu. Namun ketika bangsa Melayu itu sendiri dihina, dan kerabat diraja difitnah, Tun hanya mampu berdiam diri. Tun, jika anda betul mahu berjuang untuk bangsa, maka suruh lah Clare Rewcastle Brown untuk datang ke Malaysia dan menghadiri sesi perbicaraan. Biar mahkamah yang menentukan.

Comments