KEKAYAAN TIDAK TERHINGGA KELUARGA MAHATHIR: MOKHZANI, MIRZAN, MUKHRIZ DAN MARINA MILIKI 591 SYARIKAT DI MALAYSIA BERNILAI USD 60 BILLION ( RM 250 BILLION)


Mahathir sering menafikan bahawa beliau tidak pernah berniat ingin mencipta legasi dalam politik tempatan. Beliau beberapa kali menyentuh tentang kekayaan anak beliau adalah hasil kerja keras dan bukannya kerana kaitan nama keluarga beliau. Tetapi realitinya agak sukar untuk kita melupakan jumlah kekayaan terkumpul milik Mirzan, Mokhzani dan Marina yang melebihi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) beberapa buah negara membangun lain.

Sebagai contoh, pada 1994, Kerajaan Negeri Sarawak telah memberi kebenaran untuk menebang lebih 1,000 hektar balak kepada syarikat TANJUNG TIARA SDN BHD. Mukhriz Mahathir bukan sahaja pemegang saham tetapi adalah Pengerusi kepada syarikat ini.

Maklumat lanjut di –

https://www.sarawakreport.org/2019/08/j-c-fong-claims-sarawak-report-shielded-mukriz-mahathir-in-astonishing-slur-against-pms-family-exclusive/

https://www.malaysiakini.com/news/488229

Apa yang dilakukan oleh TANJUNG TIARA atau MUKHRIZ MAHATHIR hingga mendapat rezeki jatuh dari langit sebegitu rupa? Pada tahun 1994 Perdana Menteri Malaysia adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada tahun 2018 apabila Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan Malaysia, Mukhriz telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Sekali lagi keluarga ini mendapat kesempatan untuk meraih lebih kekayaan menerusi pelbagai skim dan cara. Ini adalah bukti dimana Mukhriz telah menjual sebidang tanah negeri Kedah kepada ahli perniagaan dari China. Kali ini sejumlah 320 hektar hanya kepada satu syarikat China.

Maklumat lanjut mengenai projek KEDAH – CHINA ketika Mukhriz menjadi MB :

https://thekl-chronicle.blogspot.com/2020/05/scary-news-did-mukhriz-mahathir-sold.html

https://www.malaysiakini.com/letters/509478

Rakyat tidak perlu diingatkan tentang kekayaan Dr. Mahathir dan anak-anak beliau yang kesemuanya adalah multi-millionaires dan billionaires. Apabila ditanya mengenai hal ini, Dr. Mahathir sering menempelak pengkritik dengan mengatakan bahawa kejayaan anak-anak beliau adalah kerana kerja keras mereka sendir dan tiada kena mengena dengan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri selama dua dekad. Beliau juga menegaskan bahawa anaknya tidak kaya semasa beliau berkuasa.

Jika kenyataan ini benar, ini bermaksud keluarga Mahathir pastinya telah "bekerja lebih keras" kerana jumlah kekayaan Marina, Mirzan, Mukhriz dan Mokhzani mudah mengatasi sekurang-kurangnya 120 KDNK negara lain. Selain itu, Mokhzani sering merujuk kepada keluarganya sebagai "juara" dengan kekayaan yang ada pada mereka.


Untuk lebih spesifik:

1. Mokhzani memiliki 255 syarikat, dengan jumlah aset bernilai kira-kira USD21 billion

2. Mirzan memiliki 156 syarikat, dengan jumlah aset bernilai kira-kira USD17 billion

3. Mukhriz mempunyai 128 syarikat dengan jumlah aset bernilai kira-kira USD13 billion

4. Marina mempunyai 52 syarikat, dengan jumlah aset bernilai kira-kira USD9 billion.

Kini tidak hairan mengapa Mahathir sentiasa mempertahankan cara kerja anak-anak beliau. Selain itu, anak-anak Mahathir bukan hanya "bekerja keras" untuk memiliki berbilion ringgit, tetapi mereka juga telah meletakkan diri mereka antara orang melayu terkaya di dunia dengan pengaruh politik Mahathir. Tidak keterlaluan juga jika kita katakan bahawa Mahathir membina dinasti yang akan menguatkan status “untouchable” mereka untuk generasi akan datang.

BAGAIMANA ANAK ANDA MAMPU MEMILIKI KOLEKSI KERETA BERNILAI RM36.2M, TANYA KUMPULAN MELAYU KEPADA DR M ? 




Kumpulan Melayu hari ini mendesak bekas Perdana Menteri untuk mengisytiharkan sumber kekayaan yang dimiliki dua anak lelaki beliau, Mirzan dan Tan Sri Mokhzani.

Dalam sidang media, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah menuduh dua anak Perdana Menteri keempat itu menjadi kaya dari salah urus kewangan ketika tempoh 22 tahun Tun Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri.

Untuk menguatkan pertuduhan ini, JMM telah mengeluarkan satu senarai kereta mewah yang dimiliki oleh hartawan, Mokhzani bernilai RM36.2 juta termasuk satu McLaren P1 yang dikatakan bernilai RM6.2 juta.

Sebagai blogger, Kadir Jasin terkenal dengan sifat taat setia kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan juga kepada Tun Daim Zainuddin, sering muncul dengan khabar yang benar dari masa ke masa. Walaupun kita tahu bahawa beliau tidak menjalankan tugas dengan baik kerana Pakatan Harapan dihentam dari pelbagai sudut oleh media, semua tertanya-tanya mengapa beliau masih relevan walaupun sudah lama bersara sebagai pengamal media. Berdasarkan bukti yang muncul dan termasuk pengakuan Kadir sendiri di FB beliau (yang kemudiannya dipadam), beliau telah memegang kekayaan bagi pihak seseorang. Orang itu tidak lain dan tidak bukan adalah Tun Dr Mahathir yang menyamar di bawah parti UMNO.

Baru-baru ini, perincian mengenai pegangan Kadir Jasin dalam MRCB (Malaysian Resources Corporation Berhad) ketika era kegemilangan kroni dan kapitalisme pada 90an muncul dalam talian, mengesahkan bahawa beliau bukan sahaja jurucakap kepada Tun Dr Mahathir, tetapi salah seorang proksi dan juga kroni.

Dalam hantaran yang kini telah dipadam, Kadir Jasin menerangkan bahawa beliay adalah proksi pemenang saham MRCB untuk UMNO dari 1993 hingga 2000, ketika MRCB adalah sebahagian dari pelbagai projek dan memiliki pelbagai aset dari bank, pembekal tenaga, syarikat kejuruteraan, syarikat media seperti NSTP and TV3. Aset apakah yang dipegang oleh Kadir Jasin bagi pihak Mahathir ketika itu di MRCB? Berikut adalah senarai yang dikongsi oleh Datuk Seri Najib Razak dalam sebuah artikel:

· hampir ratusan syarikat pembinaan, kejuruteraan dan pembuatan.

· 23% pegangan dalam RHB Bank

· Tol lebuhraya Ipoh-Lumut

· 30% dalam Port Dickson Power (IPP)

· 25% dalam Malakoff Berhad (IPP)

· 44% dalam NSTP

· 50% dalam TV3

· keseluruhan projek KL Sentral

· syarikat komunikasi Emartel (013)

Selain dari aset dibawah Kadir Jasin, dalam satu lagi artikel oleh Raja Petra, beliau menyatakan bahawa Halim Saad, Tajudin Ramli, Syed Mokhtar Al Bukhary, Allahyarham Yahaya Ahmad dan juga Samsuddin Abu Hassan adalah proksi kepada Tun Mahathir yang memegang kepentingan dalam pelbagai syarikat, projek dan aset bernilai sehingga RM200 Billion Ringgit. Pelbagai kes mahkamah yang baru-baru ini adalah testimoni dan pelbagai lagi bukti lain telah muncul untuk menyokong tuduhan ini. Adakah rakyat Malaysia lain yang mempunyai kekayaan dan kejayaan seperti ini?

Bekas Menteri Kewangan DS Anwar Ibrahim pernah membangkitkan bagaimana beliau pernah membantu MRCB untuk mendapatkan bahagian dalam pelbagai projek ketika penghujung 90an - termasuk projek KL Sentral ketika itu. 20 tahun kemudian, kita masih lagi melihat cerita tentang kroni kapitalisme yang popular di Malaysia.

Ketika Kadir Jasin menegaskan bahawa beliau hanyalah proksi pemenang saham UMNO, apa yang beliau tidak nyatakan adalah siapakah pemegang saham itu. Semakan kepada kunci kira-kira MRCB dari 1999, menunjukkan tiga pemegang saham utama disenaraikan selain Kadir Jasin, iaitu Dato’ Abdul Rahman Maidin dan Realmild Sdn Bhd. Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Realmild sering muncul dalam gosip politik pada lewat 90an kerana ianya disangka adalah SPV untuk Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memiliki 70% saham syarikat.

Ini membawa kita kepada soalan yang lebih besar : adakah A Kadir Jasin proksi kepada UMNO atau Tun Dr Mahathir? Jika kita membuat kesimpulan bahawa Kadir Jasin sebenarnya bukanlah proksi kepada UMNO, tetapi kepada Tun Dr Mahathir, bayangkan berapa banyak kekayaan yang berjaya dikaut dari rakyat apabila MRCB melupuskan pegangan dan aset mereka. Seseorang mesti boleh mengagak bagaimana kemarahan rakyat jika media sosial telah wujud ketika itu dan jika rakyat mengetahuinya. Dan ini adalah Kadir Jasin yang sama yang sering menyebut tentang kleptokrasi.

Di akhir pegangan saham beliau di MRCB pada 2000, Kadir Jasin ada menyatajab bahawa beliau tidak memindahkan saham MRCB kepada UMNO, tetapi kepada pihak ketiga. Kadir Jasin menggambarkan cerita seolah-olah dia hanya membantu kerajaan ataupun Tun Dr Mahathir, ianya tidak logik untuk jika kita fikir bahawa beliau tidak menerima walau sedikit pun bahagian dengan menjadi 'proksi pemegang saham'. Ianya pastinya sesuatu yang mahal untuk mempunyai salah seseorang editor terkemuka negara untuk menjadi jurucakap dan juga proksi.

Ketika ini, Kadir Jasin lebih berminat DS Najib Razak dan menggambarkan beliau sebagai kleptocrat, ketika beliau sendiri membenarkan dan bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri untuk menjatuhkan regim kleptokratik. Roda sentiasa berputar dan pastinya Kadir Jasin akan ingat akan zaman kleptokrasi ketika zaman Mahathir pertama kali menjadi Perdana Menteri: dari Maminco, Perwaja, Bank Bumi, empangan Bakun, perompakan terang-terangan keatas rakyat Sabah dan Sarawak, dan sebagainya. Mahathir juga terkenal dengan pelbagai lagi projek yang gagal dan diselamatkan kerajaan.

Pada usia sekarang, Kadir Jasin seharusnya melihat kembali apa yang beliau lakukan dalam memastikan salah seorang pengamal Nepotisme di Malaysia dengan membantu Mahathir menjarah kekayaan negara kepada diri beliau dan keluarga nya. Beberapa pakar mengatakan bahawa keseluruhan nilai kekayaan keluarga Mahathir bernilai lebih dari USD40 billion, sangat janggal untuk dikatakan hasil dari kerja keras dan sangat berbeza berbanding taraf hidup rakyat. Ianya adalah menghina untuk Kadir memikirkan bahawa rakyat akan melupakan perkara ini - ramai dari kita marah kepada Najib Razak atas tuduhan rasuah yang berlaku ketika pemerintahan beliau yang menbolehkan Mahathir kembali berkuasa. Malah soalan yang sering ditanya oleh ahli perniagaan Malaysia adalah Tun mana yang lebih kaya…Mahathir or Daim Zainuddin? Ketika ramai yang percaya bahawa Daim adalah jawapannya, perkembangan baharu oleh Kadir Jasin memperlihatkan bahawa Mahathir sebenarnya adalah billionaire terkaya di Malaysia. Dan ini tidak termasuk kekayaan anak-anak beliau.

Sumber - https://thecoverage.my/the-infinite-wealth-of-the-mahathir-clan-mokhzani-mirzan-mukhriz-marina-owns-591-companies-in-malaysia-worth-usd-60-billion-rm-250-billion/


Comments