22 BULAN PENUH KEGAGALAN – ZAMAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN DI JOHOR

Dengan bakal adanya Pilihan Raya Negeri Johor berikutan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar, Sultan Johor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor pada hari Sabtu yang lepas, rakyat Johor kini mesti sedang menilai setiap gabungan politik, sama ada Barisan Nasional, Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan. 

Ada mereka yang mungkin menyokong PH, dan itu tidak salah. Namun, mari kita imbas kembali pencapaian kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah selama 22 bulan dari tahun 2018 hingga awal 2020. Pencapaian kerajaan PH ini sebenarnya semua ditimpa kegagalan. Sehingga hari ini, tiada satu pun janji manifestokerajaan PH pun yang kekal dilaksanakan, mahupun memanfaatkan rakyat. Malah Tun Dr Mahathir sendiri pernah nyatakan bahawa manifesto itu bukan kitab suci. 

Sumber: https://johorpress.com/aminolhuda-dedahkan-kegagalan-ph-selama-menjadi-kerajaan-johor/

https://www.malaysiakini.com/news/434417



Kerajaan 
negeri Johor di bawah pimpinan PH telah membawa pelbagai masalah dengan semua pihak, khususnya dengan negara jiran rapat iaitu Singapura. Adalah ketahuan umum bahawa Tun Dr Mahathir merupakan salah seorang pengkritik Singapura terbesar. Apabila Tun Dr Mahathir kembali menyandang jawatan Perdana Menteri susulan kemenangan PH dalam PRU14, maka hubungan negara kita bersama Singapura terus menjunam sehingga tercetusnya perselisihan faham. Tun Dr Mahathir turut memaksa kerajaan negeri Johor untuk mengikuti kehendaknya. Hasil daripada ini, hubungan antara Johor dan Singapura turut terkesan burukPH juga gagal untuk menarik pulang warganegara yang telah berhijrah ke luar negara untuk mencari pekerjaan, khususnya di Singapura.

Pertama sekali, projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang pada asalnya akan menghubungkan Singapura, Johor Bahru dan Kuala Lumpur telah dibatalkan walaupun kontrak telah dianugerahkan dan kerja-kerja pembinaan telahpun dimulakan, khususnya oleh pihak Singapura. Pembatalan itu telah menyebabkan Malaysia perlu membayar pampasan kepada Singapura berjumlah ratusan juta! Berani Lim Guan Eng menyatakan negara bakal muflis, akan tetapi ada juga duit untuk bayar pampasan pembatalan projek. Pembatalan projek HSR bukan sahaja tidak rasional, malah menyebabkan hubungan antara dua buah negara terjejas. Di Johor pula, ahli perniagaan tidak yakin dengan polisi ekonomi yang dirangka oleh PH. Ini menyebabkan penarikan keluar dana dan pelaburan dari korporat-korporat multinasional. Rugi teruk! 


Seterusnya, keputusan kerajaan PH untuk menarik balik permohonan semak semula kes milik Pulau Batu Puteh turut menyakiti hati rakyat Johor. Pulau Batu Puteh itu sepatutnya di bawah wilayah Johor, namun disebabkan ego peribadi Tun Dr Mahathir yang ingin “mengajar” Keluarga DiRaja Johor, maka hilanglah sebahagian tanah berdaulat Johor. Jika dilihat secara makro, Tun Dr Mahathir ini sebenarnya sanggup menggadaikan seluruh negara, misalnya dapat menang sorak. Sepanjang 22 bulan itu, kerajaan PH di Johor hanya reti ikut cakap Tun Dr Mahathir tanpa sekali pun mengendahkan keperluan rakyat. 

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/837174/pulau-batu-puteh-sudah-hilang-selama-lamanya



J
angan kita lupai apa yang terjadi di Pasir Gudang dan Sungai Kim Kim. Pencemaran air dan udara yang menimpa rakyat Johor ini sepatutnya boleh dielakkan. Namun begitu, sama sekali tidak jelas mengapa perlunya berlaku beberapa kali sehingga menjadi krisis yang berpanjangan tanpa sebarang penyelesaian. 

Sumber: http://theunspinners.blogspot.com/2019/03/pencemaran-toksik-sg-kim-kim-hampir.html


A
da pula si bangsat yang suka berpura-pura dan berdrama yang selalu membuat hal di Muar. Namanya Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman. Apabila dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, perangai pula dengan membuat pelbagai janji untuk meningkatkan profil sukan negara, tetapi turut terpalit dalam gejala penyelewengan duit. Kita boleh lihat sendiri apa yang terjadi dengan Youth Power Club dan Akademi Mokhtar Dahari. Akhirnya, Syed Saddiq kini menghadapi mahkamah dengan beberapa tuduhan rasuah. Tengoklah betapa hipokrit Syed Saddiq ini. 

Sumber: https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=103&contentid=1904&cat=BM


Jika kita nak senaraikan kegagalan kerajaan PH, banyak lagi seperti isu Lynas, menghapuskan tol, 
mengharamkan kahwin bawah umur, malah mereka juga gagal mempertahankan bangsa Melayu dengan cubaan mereka mengiktiraf Statut Rom dan ICERD di mana kedaulatan Raja-Raja Melayu diancam, sehingga bangsa Melayu sendiri terpaksa berdemo di jalanan untuk pertahankan maruah mereka. Dahsyat sangat PH ni sehingga nak menghapuskan kedaulatan dan ketuanan Melayu!

Inilah beberapa contoh kegagalan kerajaan PH yang perlu kita elakkan. Pandai-pandailah rakyat Johor menilai di PRN Johor nanti.

Comments