PARTI MUDA MAHU HAPUSKAN DEB? JANGAN BERI MEREKA UNDI ANDA!

Sebelum sesiapa berfikir untuk mengundi untuk mana-mana calon MUDA, pastikan anda baca artikel ini terutamanya orang Melayu. Cuba faham apa yang mereka akan lakukan jika mereka menang dan berkuasa satu hari nanti.

Dalam satu kempen pilihanraya Lim Wei Jiet, calon pilihanraya Parti MUDA untuk Dewan Undangan Negeri Tenang, beliau telah menyatakan bahawah Dasar Ekonomi Baharu (DEB) telah disalah guna dan perlu dijauhi. Kata Wei Jiet, DEB ini membolehkan projek dan kuota diberikan semata-mata atas warna kulit seseorang, terutamanya untuk golongan berada.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/03/05/jauhi-deb-yang-berasaskan-kaum-kata-calon-muda/

Sebelum isu ini didalami, perlu untuk kita fahami apa objektif polisi DEB.

Setelah 10 tahun lamanya negara kita merdeka, jurang antara kaum semakin meluas terutamanya dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu. Majoriti besar penduduk berbangsa Melayu hidup di luar bandar, tidak berpendidikan, dan miskin. Oleh itu, DEB telah diperkenalkan oleh Tun Razak Hussein untuk menyeimbangkan semula struktur sosio-ekonomi Malaysia pasca-1969.

DEB inilah yang telah berjaya meningkatkan taraf hidup penduduk Melayu dan Bumiputera sepanjang 50 tahun polisi ini diperkenalkan. Namun begitu, adalah tidak tepat untuk Wei Jiet menyatakan bahawa sudah tiba masanya DEB ini dijauhi. Konotasi beliau untuk kita tidak melihat kepada warna kulit sememangnya adalah satu amaran bahawa sudah tiba masanya untuk penduduk Melayu tidak diberikan keutamaan menerusi polisi kerajaan.

Kenyataan ini sudah semestinya tidak bertanggungjawab dan hanya merupakan satu pendekatan politik liberalisme yang bahaya untuk negara kita.

Persoalannya, sama rata untuk siapa? Sudah tentunya untuk mereka yang mempunyai kedudukan ekonomi yang paling kukuh. Siapa mereka? Anda boleh nilaikan sendiri menerusi statistik.

Menurut statistik tahun 2021, masyarakat Melayu terdiri daripada 58.4% penduduk Malaysia yang berstatus miskin tegar, berbanding dengan 4.5% masyarakat India, dan 2.9% masyarakat Cina. Ini bermaksud, pelaksanaan DEB ini masih mengikut polisi mengikut keperluan, dan bukan mengikut warna kulit semata-mata.

Sumber: https://premium.sinarharian.com.my/article/153775/sinar360-/infografik/melayu-paling-ramai-miskin-tegar

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/491369

Kalau setakat RM5,000, gaji sebulan Wei Jiet sebagai peguam lebih banyak daripada hamper 75% daripada masyarakat Melayu. Adakah masih logik untuk DEB diaplikasikan secara sama rata?

Tahukah Wei Jiet bahawa dalam kalangan isi rumah yang bergaji RM3,000 dan ke bawah, 71.6% daripada mereka adalah Bumiputera?

Ini bermaksud, dalam kalangan mereka yang bergaji rendah seperti pekebun dan sebagainya, majoriti besar daripada mereka adalah Bumiputera! Biarpun dengan DEB yang sedia ada, polisi ini masih tidak mencukupi kerana bukan sahaja golongan majoriti negara ini masih miskin, tetapi mereka juga kurang mendapat pendidikan bertaraf ijazah (hanya 16.9%) berbanding masyarakat Cina (18.8%) dan India (18.3%).

Sumber: https://www.theedgemarkets.com/article/closer-look-latest-data-ethnic-income-gap

Anda bayangkan apa yang akan terjadi jika DEB ini dihapuskan.

Bukan sahaja golongan Melayu/Bumiputera perlu hidup dalam kemiskinan, mereka juga perlu bersaing secara tidak adil dengan kaum-kaum lain yang hidup dengan keadaan yang lebih selesa. Kalau masyarakat Bumiputera kebanyakannya tidak berduit untuk beli buku dan hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi, kaum-kaum lain pula dapat menikmati pelbagai aktiviti dan hobi mahal!

Adakah ini adil?

Nampak sangat Parti MUDA tidak cukup hadam dengan orientasi polisi yang inklusif. Hanya kerana Wei Jiet sudah biasa melihat segelintir golongan profesional Melayu/Bumiputera di ibu kota yang mewah dan bergaji besar, ini tidak bermaksud DEB itu harus ditarik balik.

Adakah Wei Jiet sebenarnya mahu mengutamakan kaum-kaum tertentu yang mahukan lebih banyak dominasi ekonomi? Kalau anda masih ingat, Dian Lee, anak kepada seorang billionaire juga merupakan salah seorang daripada ahli jawatankuasa tertinggi Parti MUDA.
Jangan kita lupa juga calon-calon MUDA yang tidak sedar diri, Afiqah Zulkifli - Bukit Kepong, Fikri Musa – Parit Raja, Amira Aisya Abdul Aziz – Puteri Wangsa, Rasid Abu Bakar – Larkin dan Azrol Rahani – Bukit Permai dan Sangaran Rawisandiran – Machap. Kesemua calon MUDA juga ini berpendirian bahawa DEB patut dimansuhkan. Adakah ini cubaan golongan politik dan elit untuk memastikan rakyat Malaysia terus mundur dan miskin? Tepuk dada, tanya selera.

Comments