Letak Jawatan Sahaja, Annuar Zaini!

Annuar Zaini sebelum ini pernah ditarik balik darjah kebesarannya oleh Sultan Kelantan pada 2019 tanpa sebarang sebab.

Kebiasaannya darjah kebesaran ditarik balik sekiranya seseorang individu itu melakukan jenayah atau perbuatan salah laku yang menjejaskan reputasi institusi diraja.

Dia turut pernah dikaitkan dengan peristiwa peletakan jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad V.

Sumber: https://bebasnews.my/2019/03/03/sultan-kelantan-lucut-pingat-annuar-zaini-adakah-beliau-perancang-utama/

https://www.sinarharian.com.my/article/16066/EDISI/Kelantan/Istana-Kelantan-tarik-balik-Darjah-Kebesaran-Mohd-Annuar-Zaini

Sebagai seorang Ahli Dewan Negara Negeri Perak, sepatutnya dia lebih memahami institusi diraja dan kepentingan menjaga namanya daripada terpalit dalam apa jua salah laku.

Masalah tercetus apabila ada individu yang sepatutnya bertanggungjawab dan berintegriti menjadi punca masalah.

Tambahan pula, Annuar sering kali diheret dalam isu berkaitan politik.

Meskipun segala kenyataan yang dikaitkan dengan dirinya berjaya dibuktikan sebagai palsu, sudah tentu ada sebab kukuh mengapa namanya sering disebut untuk dijadikan 'kambing hitam'.

Annuar dilihat lebih berminat 'menjaga tepi kain orang lain', sedangkan Perak berdepan pelbagai krisis terutamanya situasi politik yang kurang stabil.

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/05/07/no-clinics-supermarkets-at-night-next-ex-bernama-chief-asks-kelantan-after/1750507

Apakah jasa Annuar kepada Perak? Dia tidak pernah menyumbang apa-apa untuk pembangunan Perak, malah ada sahaja laporan berita yang menunjukkan Annuar sering menjadi penggerak politik Perak di sebalik tabir.

Raja dan rakyat tiada berpisah, namun perlu tahu bahawa sistem beraja perlembagaan diwujudkan bagi mengasingkan institusi diraja daripada sebarang 'kekotoran politik'.

Mengapa Annuar cuba terlibat dalam politik dengan menggunakan nama institusi diraja? Tindakan itu sangat bahaya bagi Perak dan secara tidak langsung, seluruh negara.

Isu perlantikan Dato Seri Ismail Sabri sebagai PM Malaysia juga menjadi isu yang dikaitkan dengan Annuar apabila ada percubaan oleh Annuar dan Datuk Indera Ahmad Fadil untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri.

Percubaan seperti ini jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan amalan sistem demokrasi negara ini.

Ada juga yang berkata semua kenyataan yang dikeluarkan oleh istana Perak adalah tulisan Annuar. Jika benar, maka sebenarnya siapa yang membenarkan perkara ini berlaku?

Sumber: https://bebasnews.my/2021/07/23/privy-council-pencerahan-annuar-zaini-terhadap-tulisan-tun-hamid/

https://malaysiadateline.com/raja-petra-serang-istana-dakwa-agong-mahu-anwar-dilantik-timbalan-pm/

Annuar ini pernah buat 'huru-hara' di sebuah syarikat media terbesar negara iaitu Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau Bernama.

Annuar merupakan Pengerusi Lembaga Pengelola Bernama ke-9 dan berkhidmat selama tiga penggal.

Lembaga Pengelola, terutamanya Pengerusi, tidak sepatutnya campur tangan dalam sebarang urusan pentadbiran Bernama atau membuat pelaburan tanpa kelulusan Lembaga dan dipersetujui oleh kerajaan.

Namun, Annuar melangkaui bidang kuasanya dan isu perjanjian dengan Bernama TV Synergy Sdn Bhd merupakan salah satu contoh buruk.

Tiada peruntukan dalam Akta Bernama yang membolehkan sebuah syarikat swasta menggunakan nama dan logonya.

Bernama juga tidak dibenar atau dibolehkan untuk memberi kredit kepada sebuah syarikat swasta atau memberi hak kepada syarikat berkenaan menggunakan premis, peralatan, perkakasan atau sumber-sumber Bernama untuk kepentingan sendiri.

Dedah seorang bekas ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong pada 2009, Annuar memakai dua 'kopiah' iaitu sebagai Pengerusi Bernama dan Pengarah Bernama TV Synergy.

Bernama TV Synergy didakwa tidak memiliki lesen penyiaran namun mendapat hak menyiarkan siaran langsung majlis Ulang Tahun Keputeraan/Kelahiran Sultan atau Yang Dipertua Negeri.

Malahan, Annuar tidak pernah mendedahkan bahawa Bernama TV Synergy bukanlah entiti di bawah Bernama.

Sekiranya benar, maka Bernama TV Synergy sepatutnya tidak layak menyiarkan acara seumpama itu secara siaran langsung kerana tidak mempunyai lesen penyiaran sah.

Hanya organisasi media yang berdaftar sahaja seperti RTM mendapat hak eksklusif penyiaran kerana memiliki lesen penyiaran yang diperakui sah. Bagaimana Bernama TV Synergy 'lepas' untuk menyiarkan acara itu?

Bernama TV Synergy juga dikatakan memiliki hutang berjumlah RM15 juta kepada Bernama. Sudah lunas atau belum hutang berkenaan, tidak diketahui.

Pada Ogos 2009, Bernama membuat satu kenyataan menggantung pembabitannya dalam Bernama TV Synergy atas alasan menanggung kerugian.

Langkah itu hanya dibuat selepas Annuar 'membenarkan' Bernama TV Synergy terus menambah hutang. Alasan yang diberikan oleh Annuar selepas penggantungan itu turut tidak masuk akal.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/109720

https://weechookeong.com/2009/08/03/the-gross-mismanagement-of-mohd-annuar-zaini-as-bernamas-chairman-and-why-he-should-resign-in-view-of-the-bernama-tv-fiasco/

Annuar secara jelas menggunakan pengaruh dan kepentingan politiknya untuk cuba meraih ‘sesuatu’.

Tidak cukup membuat huru-hara di Bernama, Annuar cuba pula menghuru-harakan institusi diraja dan politik negara.

Adalah wajar untuk Annuar bersara dan memberi laluan kepada individu yang akan memastikan institusi diraja kekal relevan dan berintegriti.

Comments