Kerajaan Lembab, Johor ‘Putus Asa’

Sultan Johor, Sultan Ibrahim baru-baru ini mengeluarkan kenyataan tegas bahawa negeri itu seolah-olah dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Titah Baginda, banyak perkara berbangkit yang tidak diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Johor.

Kerajaan Persekutuan sekadar menaburkan janji kepada Johor namun tidak ditunaikan.

Itu bukan kali pertama Johor mengeluarkan kenyataan mahu keluar dari Malaysia.

Sumber: https://www.mynewshub.tv/hangat/johor-ada-hak-untuk-keluar-daripada-malaysia-tmj/

Antara isu yang sebelum ini hangat dibicarakan adalah keadaan Hospital Sultanah Aminah di Johor yang serba kekurangan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sehingga perlu turun padang melihat sendiri keadaan hospital berkenaan, barulah ada pihak kementerian berwajib mengambil perhatian tentang perkara terbabit.

Keadaan Hospital Sultanah Aminah yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan banyak kejadian berlaku.

Pada 2016, seramai enam orang maut manakala 11 lagi cedera dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.

Dikatakan percikan api daripada sistem pendawaian lama elektrik menyebabkan kebakaran tersebut.

Selepas dua tahun kebakaran itu berlaku, barulah mantan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad mahu membawa hasil siasatan kebakaran itu untuk dibentangkan kepada Kabinet.

Namun malangnya, disebabkan kerajaan hanya mengambil sikap sambil lewa, satu lagi kebakaran berlaku di Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah pada 2020.

Mujur tiada kemalangan jiwa berlaku. Wujud persoalan di sini, adakah Kerajaan Persekutuan hanya mengambil sikap acuh tak acuh selepas kejadian pada 2016 itu?

Sudah tentu, sekiranya Kerajaan Persekutuan mengambil langkah segera, isu kebakaran tidak akan berlaku lagi.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/705087/wad-hospital-sultanah-aminah-terbakar

https://berita.mediacorp.sg/dunia/hasil-siasatan-kebakaran-hospital-sultanah-aminah-dibawa-ke-207806

https://www.malaysiakini.com/news/361200

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan meluluskan projek memperluaskan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) kepada empat lorong bagi membantu mengurangkan kesesakan pengguna jalan raya.

Namun, projek yang diharapkan tidak siap seperti dijanjikan. Tambah malang lagi, projek itu dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Pengguna jalan raya di kawasan berkenaan terpaksa berdepan dengan kesesakan trafik yang tinggi terutamanya ketika musim perayaan.

Projek yang sepatutnya siap lebih awal, tidak dapat dilaksanakan dek kerana ketidakstabilan politik Kerajaan Persekutuan sehingga menjejaskan pembangunan Johor.

Sumber: https://paultan.org/2017/12/12/lebuhraya-senai-desaru-bakal-dinaik-taraf-menjadi-empat-lorong-bagi-mengelakkan-trafik-terus-sesak/

https://malaysiagazette.com/2018/12/09/projek-naik-taraf-lebuhraya-desaru-senai-dibatalkan/


Baru-baru ini, Onn Hafiz sekali lagi menyuarakan kebimbangan tentang keadaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor.

Beliau mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius pelbagai isu yang memberi kesan terhadap imej negara dan negeri Johor.

Kenyataan tegas itu disuarakan selepas sekumpulan individu memasuki negara menerusi 'lorong tikus' berhampiran Selat Tebrau.

Sebelum ini, Onn Hafiz menyamar menjadi orang awam dengan menaiki bas dari Terminal Bas JB Sentral ke Singapura untuk melihat sendiri proses memasuki negara itu.

Namun apa yang dilihat oleh beliau sangat mengejutkan. Sekali lagi, isu penyelenggaraan dan kelembapan kemudahan awam menjadi antara masalah yang dipandang sepi oleh Kerajaan Persekutuan.

Sekiranya sempadan negara tidak dijaga dengan baik, bukankah akan mengundang bahaya kepada penduduk negara ini?

Bukan itu sahaja, sekiranya servis pengangkutan atau kemudahan awam tidak dijaga dengan baik, tidakkah akan menjejaskan imej negara?

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/elak-bolos-lagi-onn-hafiz/

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/957720/mb-johor-menyamar-naik-bas-ke-singapura

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia, Johor telah menyumbang sebanyak RM135 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun 2020.

Namun Johor hanya menerima RM4.6 bilion menerusi Belanjawan 2022.

Ketika ditanya tentang pertimbangan untuk menambah peruntukan kepada Johor pada tahun lalu, Kerajaan Persekutuan memberi alasan isu itu tidak sepatutnya timbul.

Kerajaan Persekutuan menegaskan peruntukan tambahan hanya akan dipertimbangkan pada Belanjawan seterusnya.

Johor antara penyumbang terbesar ekonomi negara, namun hanya menerima amaun sebanyak itu?

Sekiranya dihitung, tidak cukup untuk menjalankan pembangunan di seluruh Johor.

Peruntukan yang diberikan hanya khusus untuk projek pembangunan dan bukannya untuk menaik taraf kemudahan awam di Johor.

Banyak kemudahan awam Johor yang masih menunggu untuk diselenggara. Takkan mahu menunggu Onn Hafiz turun padang, baru mahu membuka mata?

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/887408/johor-dapat-rm46-bilion-daripada-kerajaan-persekutuan

Johor pernah memohon kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membuka taman tenaga solar di Pengerang, Kota Tinggi dengan kos projek bernilai RM1.4 bilion pada tahun lalu.

Projek itu akan menjadikan Johor merupakan pengeluar utama tenaga mesra alam dan terbesar di Asia Tenggara dengan kapasiti 450 megawatt.

Selain itu, projek berkenaan juga merupakan pelaburan swasta berskala besar pertama Johor pada tahun lalu.

Namun, Kerajaan Persekutuan tidak memberikan sebarang respons ketika upacara pecah tanah projek itu semakin hampir, sehingga Sultan Johor menitahkan upacara itu terpaksa dibatalkan.

Bukankah projek itu sebenarnya bagus untuk kelestarian alam sekitar? Malahan negara juga akan menerima pelaburan yang besar hasil daripada projek tersebut.

Wujud satu lagi persoalan, adakah Kerajaan Persekutuan benar-benar tidak mahu melihat Johor maju?

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/johor-mohon-kelulusan-untuk-projek-solar-rm14-bilion-288756

https://www.malaysiakini.com/news/565937

Jadi betullah apa yang dikatakan oleh Sultan Ibrahim, Johor dianaktirikan.

Ini hanya beberapa isu yang kami utarakan, banyak lagi isu di Johor yang tidak diambil perhatian oleh Kerajaan Persekutuan.

Johor membuktikan mampu berdiri atas kaki sendiri dengan hasil KDNK yang tinggi setiap tahun. Malahan, Johor turut membuktikan negeri itu mempunyai barisan kepimpinan yang efisien pada masa ini.

Comments