Syed Saddiq: Dari Idola Belia Kepada Insan Dibenci Seantero Malaysia

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ‘trending’ di semua media massa, media elektronik serta media sosial selepas kes pecah amanah dan pengubahan wang haram mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Jun 2022.

Sebelum ini, Syed Saddiq mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan meminta kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Namun, pendedahan saksi kes perbicaraan ‘menggemparkan’ seluruh rakyat Malaysia meskipun ramai sudah menjangkakan intipati pendedahan tersebut.
Pada 2020, Syed Saddiq membuat laporan polis selepas wang dari peti besi di rumahnya sebanyak RM250,000 hilang.

Sudah berulang kali Syed Saddiq menafikan wang berkenaan milik Bersatu.

Anehnya, wang itu hilang tanpa sebarang kesan pecah rumah dan kata kunci peti besi tersebut hanya diketahui oleh dirinya sahaja.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Muhammad Taufik Awaluddin dalam kes perbicaraan Syed Saddiq di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Jun 2022.

Muhammad Taufik turut menyatakan laporan forensik menerusi telefon bimbit Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Rafiq Hakim Razali mendedahkan perbincangan kumpulan WhatsApp melibatkan Syed Saddiq dan ahli kumpulan tersebut.

Perbualan WhatsApp itu mendedahkan Syed Saddiq sedang berbincang dengan ahli kumpulan tersebut tentang bagaimana untuk mengeluarkan kenyataan media berhubung wang terbabit.

Tambah Muhammad Taufik, di akhir perbualan WhatsApp itu, Syed Saddiq memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan bahawa sumber wang tersebut adalah daripada ibu bapanya dan beliau sendiri.

Persoalan yang timbul adalah milik siapakah wang berkenaan jika bukan milik Bersatu?

Bagaimana Syed Saddiq mampu mempunyai wang sebanyak itu sedangkan beliau hanya menjadi Menteri Belia dan Sukan selama 22 bulan?

Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/06/21/laporan-forensik-rakaman-whatsapp-syed-saddiq-dedah-dana-politik-saksi/

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/30/syed-saddiq-yes-rm250000-is-missing-from-my-safe-but-it-isn039t-bersatu039s

Syed Saddiq turut mendakwa bahawa wang berkenaan adalah hasil simpanan mereka bertiga untuk mengubah suai rumah.

Bahagian wang berkenaan seperti didakwa Syed Saddiq adalah RM90,000 merupakan duitnya; RM50,000 milik ibunya dan RM70,000 lagi kepunyaan bapanya.

Perbualan WhatsApp itu jelas menunjukkan sumber dana berkenaan. Sekiranya dana itu dari sumber seperti didakwa Syed Saddiq, mengapa wujud perbualan sedemikian?

Tidak diketahui sama ada beliau turut meminta ibu bapanya melakukan 'pembohongan' yang sama kepada SPRM semasa mereka disoal siasat sebelum ini.

Namun, jika mereka didapati berbohong, Syed Saddiq serta ibu bapanya boleh didakwa kerana memberi keterangan palsu.

Dia juga boleh menyebabkan ibu bapanya dipenjarakan hanya kerana mahu menutup 'jenayahnya' sendiri.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/517943

Pada 21 Jun 2022, peguam yang mewakili Syed Saddiq, Lim Wei Jiat menerusi ciapan di Twitternya mendakwa, wang yang masuk menerusi akaun ASB Syed Saddiq adalah duit 'fundraising' yang dikumpul oleh Syed Saddiq untuk PRU-14.

Dakwanya lagi, duit itu bukan milik Bersatu dan dokumen jelas menunjukkan sumber wang tersebut.

Satu lagi persoalan yang timbul, duit 'fundraising' sepatutnya dimasukkan dalam akaun parti bagi tujuan kempen dan sebagainya ketika PRU. ASB pula merupakan akaun pelaburan peribadi.

Mengapa wang itu dimasukkan ke dalam akaun ASB peribadi Syed Saddiq? Tindakan Ahli Parlimen Muar itu hanya mengundang curiga orang ramai.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/854024/pendakwaan-akan-buktikan-syed-saddiq-berniat-jahat-tidak-jujur

Antara projek utama Syed Saddiq ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan adalah memperkenalkan inisiatif Youth Power Club (YPC).

Lebih RM50 juta diperuntukkann untuk membangunkan 222 YPC di seluruh negara selain menerima tajaan daripada syarikat swasta.

Namun, Syed Saddiq didakwa meminta peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Paling mencurigakan, Presiden YPC adalah Rafiq Hakim. Kes membabitkan YPC ini kian hangat selepas Rafiq Hakim ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang RM250,000.

YPC ditubuhkan bagi melaksanakan program-program berkaitan belia di seluruh negara tetapi malangnya, pertubuhan itu tidak memberikan sebarang 'sumbangan' sehingga hari ini.

Sumber: https://suaramerdeka.com.my/siasat-rm50-juta-dana-youth-power-club/

Empat pertuduhan membabitkan pecah amanah dan pengubahan wang haram dikenakan terhadap Syed Saddiq bukanlah satu benda yang kecil serta boleh ‘dimaafkan’.

Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang.

Sebelum ini, beliau diangkat sebagai idola untuk golongan belia dalam mencipta reformasi sistem pentadbiran dan politik di Malaysia.

Namun, sayangnya Syed Saddiq bukan lagi seorang idola tetapi hanya individu yang 'dibenci' oleh rakyat negara ini.

Syed Saddiq hanya mengambil kesempatan di dalam dunia politik ini dan bukanlah individu yang boleh diharapkan oleh golongan belia.

Comments