Mahathir, Si Kaki Kaut Wang!

Kes perbicaraan melibatkan sumbangan dana politik daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) mendedahkan seorang lagi ahli politik yang turut terbabit.

Individu itu tidak lain, tidak bukan adalah Tun Dr Mahathir Mohamad!

Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada Isnin diberitahu Mahathir menerima RM2.6 juta daripada UKSB!

Pembayaran dana itu disalurkan melalui anak saudara Mahathir iaitu Tan Sri Rahmat Abu Bakar yang menggunakan kod nama 'Kedahan'.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun.

Sungguh licik ya Mahathir! Menggunakan orang tengah untuk menerima dana sebesar itu tanpa perlu 'mengotorkan' tangan sendiri.

Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/07/25/tun-m-terima-rm2-6-juta-dari-uksb/amp/

Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan untuk membanteras rasuah dalam blognya.

Namun pendedahan dibuat oleh Siong Sun di mahkamah itu membuktikan Mahathir hanya pandai berkata-kata namun di belakang rakyat, sangat licik.

Kalau benar mahu membanteras rasuah, apa kata Mahathir bermula dahulu dengan anak-anaknya sendiri?

Bagaimana anak seorang bekas Perdana Menteri memiliki kekayaan berlipat kali ganda?

Kekayaan dimiliki oleh keempat-empat anak Mahathir dengan mudah mengatasi nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 120 buah negara di dunia.

Sebagai contoh, pada tahun 2018 apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan Malaysia, Mukhriz telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah.

Sekali lagi keluarga ini mendapat kesempatan untuk meraih lebih kekayaan menerusi pelbagai skim dan cara.

Mukhriz sempat menjual sebidang tanah negeri Kedah seluas 320 hektar tanah kepada satu syarikat China.

Sumber: https://thekl-chronicle.blogspot.com/2020/05/scary-news-did-mukhriz-mahathir-sold.html

Nak tahu betapa kayanya Mahathir yang pernah berkata: "mana saya ada duit", darabkan dengan kadar tukaran wang.

Ambil saja kadar tukaran sebelum PH menang PRU ke-14 sekitar RM 3.8 x 228,310= RM 867,578 sejam x 24 jam = RM 20,821,872 sehari.

Mahathir sebenarnya lebih kaya daripada bekas Presiden Amerika Syarikat dan Indonesia iaitu George Bush Sr; George Bush Jr serta Soeharto (AS$15-35 bilion 1998) yang pegang jawatan Presiden Indonesia ke-2 selama 31 tahun (1967-1998).

Malangnya, Mahathir dan Soeharto, tidak pernah didakwa di mahkamah atas dakwaan salah laku, walaupun sudah banyak kali nama Mahathir dipetik dalam pelbagai skandal rasuah.

Sangat kebal Mahathir. Tidak pernah didakwa atas tuduhan menerima rasuah dan sebagainya, sedangkan terang-terang pelbagai pihak mendedahkan tentang 'ativiti haramnya' itu.

http://therealtamringhafarbaba.blogspot.com/2020/08/the-impossible-wealth-of-mahathir-clan.html

https://www.sinarharian.com.my/article/189756/BERITA/Nasional/Saya-nak-banteras-rasuah

Mahathir mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak kerana terbabit dalam pengubahan wang haram 1MDB dan sebagainya.

Namun sebaliknya, nama beliau sendiri terpalit dengan skandal seumpama ini.

Rasanya tiada yang mengejutkan dengan pembabitan Mahathir dalam kes-kes seperti ini.

Ini bukan kali pertama Mahathir berbuat demikian.

Zaman beliau menjadi Perdana Menteri buat kali pertama, jangan lupa tentang pelbagai skandal yang melanda negara membabitkan Mahathir sehingga menjejaskan 'kantung kewangan' negara.

Antara skandal yang popular zaman Mahathir adalah skandal Forex pada 1993-1994 yang menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) kerugian berbilion ringgit.

Selain itu, skandal Perwaja Steel yang menyebabkan negara kerugian RM15 bilion.

Tidak dilupakan, skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang mengalami kerugian sebanyak RM2.5 bilion pada 1982, sehingga menyebabkan seorang pegawai bank Malaysia dibunuh di Hong Kong.

Sumber: https://iluminasi.com/bm/5-skandal-terbesar-yang-menyebabkan-rakyat-malaysia-terpaksa-menanggung-kerugian.html

https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/10-projek-mega-mahathir-gagal-kerajaan-bail-out/

Mahathir juga dikenali kerana berjaya memberikan kekayaan kepada kroni-kroninya di negara ini.

Sebagai contoh, Mahathir sebelum ini tidak segan silu menyatakan sokongannya kepada projek tambak laut milik Widad Business Group Sdn Bhd di Langkawi.

Mahathir mendakwa ia merupakan projek yang baik dan menerima jumlah pelaburan yang tinggi.

Jika tidak silap, projek yang sama ditangguhkan ketika beliau menerajui kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Menurut para aktivis alam sekitar, projek ini akan menjahanamkan kestabilan ekosistem marin perairan Langkawi.

Namun sebenarnya, pemaju hartanah yang mengetuai projek tersebut adalah Ting Pek Khiing. Pek Khiing merupakan sekutu rapat kepada Mahathir dan salah seorang ‘ahli kartel lama’ Mahathir, Tun Daim Zainuddin.

Mahathir pernah meminta Pek Khiing menyiapkan sebuah projek pembinaan hotel di Langkawi dan didakwa turut terlibat dalam membina sebuah rumah Mahathir di Langkawi.

Banyak lagi projek yang ‘dianugerahkan’ oleh Mahathir kepadanya ketika era pemerintahan Mahathir selama dua dekad, termasuklah pembinaan Empangan Bakun di Sarawak pada 1994.

Sumber: https://www.thevibes.com/articles/news/3079/sarawak-tycoon-ting-pek-khiing-dies

https://anilnetto.com/malaysian-politics/the-curse-of-bakun-the-fall-of-ting-pek-khiing/

https://www.nst.com.my/business/2018/05/375256/ting-pek-khiing-start-rm30b-langkawi-new-city-project

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/06/01/amid-backlash-dr-m-says-tings-rm30b-langkawi-project-welcomed/1637453

https://www.thevibes.com/articles/business/60341/dr-mahathir-backs-810ha-langkawi-land-reclamation-project

Laman sesawang MSN Money telah menerbitkan laporan bertajuk “The richest world leaders who ever lived, ranked”.

Laporan tersebut menyenaraikan pemimpin dunia yang terkaya di dunia. Tidak hairanlah apabila Mahathir berada dalam senarai hampir 36 orang pemimpin dunia yang terkaya.

Laporan itu menyatakan bahawa Mahathir mempunyai kekayaan peribadi yang berjumlah AS$45 bilion.

Persoalan seterusnya bagaimanakah Mahathir dapat mengaut kekayaan yang begitu banyak.

Gaji seorang Perdana Menteri Malaysia hanyalah lebih kurang RM23 ribu sebulan.

Jika di kali gandakan pun, gaji tahunan Perdana Menteri hanyalah sebanyak RM276 ribu dan sepanjang 22 tahun hanyalah berjumlah lebih kurang RM6 juta.

Mustahil untuk Mahathir meraih kekayaan AS$45 bilion hanya dengan gaji Perdana Menteri. Beliau sendiri pun mengakui bahawa Perdana Menteri tidak boleh jadi jutawan!

Sumber: https://www.msn.com/en-xl/lifestyle/topstories/the-richest-world-leaders-who-ever-lived-ranked/ss-AAPDN2E?ocid=UP97DHP&li=BBKxOg5#image=30

Mahathir sering mengheret musuh-musuhnya ke muka pengadilan sekiranya berlaku pelbagai kes jenayah seperti rasuah.

Namun, beliau sendiri dilihat terbabit dalam skandal rasuah semenjak menjadi Perdana Menteri pertama lagi.

Tiada rahsia akan tertutup selamanya, lambat laun pasti akan terbongkar jua.

Mahathir kena sedar, masanya akan tiba juga untuk dibawa ke muka pengadilan.

Comments