Henti Berbohong, Syed Saddiq!

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 23 Ogos lalu memuat naik ciapan bahawa dia sanggup berkorban demi memperjuangkan isu 1MDB.

Tak tahu nak kata terharu atau tidak, kerana Syed Saddiq sendiri adalah kluster mahkamah. Syed Saddiq berdepan empat pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Jangan buat-buat lupa pula ya, Syed Saddiq. Anda sendiri masih belum selamat dan berkemungkinan nasib yang sama.

Apa sebenarnya naratif yang cuba disampaikan oleh Syed Saddiq melalui ciapan itu? Adakah Syed Saddiq cuba untuk menonjolkan bahawa beliau adalah 'wira' yang selama ini bekerja keras tangani rasuah?

Maaf cakap, anda adalah individu yang turut dikotori dengan wang. Tidak perlu berlagak jaguh kampung semata-mata untuk menarik perhatian rakyat.

Syed Saddiq sendiri tidak jujur dalam perjuangan menentang rasuah. Syed Saddiq sebelum ini lantang mahu menentang rasuah.

Namun, bagaimana Syed Saddiq dan sekutu MUDA menghadiri Program Kepimpinan Razak baru-baru ini? Bukankah program itu cetusan idea, Tan Sri Mohamed Nazir Razak iaitu adik Datuk Seri Najib Razak?

Nazir juga dikaitkan dengan skandal 1MDB. Maka, timbul persoalan di sini, betulkah Syed Saddiq benar-benar menentang rasuah? Atau hanya menyokong individu tertentu?

Kita boleh lihat betapa hipokritnya Syed Saddiq. Kalau betul mahu menentang rasuah, sepatutnya mana-mana program yang dikaitkan dengan individu seperti Nazir, perlu dijauhi.

Malangnya, nasi sudah menjadi bubur dan ini satu petanda bahawa MUDA bakal kehilangan lebih banyak sokongan pengundi.

Secara faktanya, naratif penentangan rasuah sering dibangkitkan dan ditimbulkan oleh mentor Syed Saddiq. Siapa lagi kalau bukan 'ayahanda tercintanya' iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syed Saddiq pula hanya mengikut apa dilakukan oleh mentornya. Mahathir suruh buat ini, Syed Saddiq pun buat. Buat itu, Syed Saddiq pun hanya mengikut sahaja.

Pendek kata, apa jua langkah perjuangan Syed Saddiq adalah tidak jelas dan tidak jujur di mata rakyat. Tambahan pula, mentornya juga bukanlah seorang yang bersih.

Siapa tidak kenal Bapa Kleptokrasi? Kalau hendak bercakap tentang 'kaki sakau', jangan dilupakan tentang Mahathir. Namun betapa kebalnya Mahathir apabila sehingga kini masih selamat daripada pendakwaan mahkamah.

Satu lagi, jika benar Syed Saddiq benar-benar menentang rasuah, mengapa 'mengidolakan' Mahathir? Jelas sekali, Syed Saddiq hanya menyokong individu tertentu dan tidak kisah tentang perjuangannya yang digembar-gemburkan itu.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/513080

https://www.sinarharian.com.my/article/189756/berita/nasional/lsquosaya-nak-banteras-rasuahrsquo

Ciapan tentang pengorbanan itu bukanlah satu-satunya 'agenda pengiklanan' Syed Saddiq untuk menarik perhatian rakyat. Baru-baru ini, dia tampil sebagai 'cameo' dalam video klip penyanyi rap Namewee berjudul Katak.

Disebabkan gagal untuk menepis persepsi bahawa dia adalah katak politik, Syed Saddiq terdesak untuk tampil dalam video klip itu.

Banyak betul masa Syed Saddiq untuk tampil dalam video klip tersebut. Daripada Syed Saddiq sibuk menjalani penggambaran, apa kata Syed Saddiq turun padang menyantuni penduduk Muar dan membantu menyelesaikan apa jua isu yang dihadapi.

Bukankah itu tugas utama Syed Saddiq sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)? Sebelum dipilih, Syed Saddiq menabur janji bulan dan bintang, namun selepas dipilih, buat kerja lain.

Tidak malukah Syed Saddiq dengan diri sendiri? Apa sumbangan Syed Saddiq selama menjadi ADUN Muar? Janji untuk siapkan 1,000 buah rumah juga masih belum ditepati sehingga kini dan belum lagi, ungkit janji-janjinya yang lain.

Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/632200

Syed Saddiq patut berhenti daripada mengeluarkan ciapan atau hantaran yang memakan diri sendiri. Syed Saddiq perlu sedar bahawa dia juga bila-bila masa boleh terbukti bersalah.

Cepat atau lambat sahaja perkara itu akan berlaku. Adalah lebih baik Syed Saddiq mendiamkan diri dan muhasabah diri sendiri.

Lebih elok Syed Saddiq fikir tentang kes sendiri, berbanding sibuk dengan kes orang lain.

Kalau perlu, letaklah jawatan dan hilangkan diri anda daripada dunia politik. Terlalu banyak hipokrasi yang Syed Saddiq tonjolkan, rakyat tidak mahu lihat lagi.

Comments

Post a Comment