Mahathir Nyanyuk, Tak Layak Jadi PM Lagi

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali mendakwa mantan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan pada 2020 kerana 'sudah nyanyuk'.

Kalau ada masalah kesihatan, kenapa masih beria untuk mentadbir negara lagi? Tiada siapa yang mahu memberi peluang kepada orang yang mengalami penyakit nyanyuk untuk menjadi Perdana Menteri

Penyakit nyanyuk bukan satu masalah kecil untuk seorang pemimpin negara. Silap-silap hari ini buat keputusan, esok sudah lupa apakah keputusan yang dia arahkan.

Bagaimana Mahathir boleh begitu yakin untuk menjadi Perdana Menteri kali ketiga sedangkan sudah nyanyuk?

Tidak hairanlah mengapa Mahathir lupa tentang banyak perkara yang dia pernah lakukan sebelum ini.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/10/02/tun-m-letak-jawatan-sebab-lupa-kata-azmin/

https://www.sinarharian.com.my/article/222747/berita/politik/dr-mahathir-sedia-jadi-pm-kali-ketiga

Mahathir selalu lupa dia adalah punca mengapa orang Melayu berpecah-belah di negara ini.

Pertelagahan Mahathir dengan pemimpin politik seperti Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi dan Najib Razak bukan sahaja menyebabkan perpecahan tetapi juga melemahkan orang Melayu.

Gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) yang ditubuhkan oleh Mahathir, kononnya untuk menyatupadukan orang Melayu, adalah sesuatu yang tidak relevan.

Tambah memburukkan, gerakan itu diterajui oleh Mahathir yang terang-terangan sering mengutuk orang Melayu sebagai pemalas.

Nampaknya Mahathir lupa apa yang dia pernah katakan kepada orang Melayu namun masih ada niat untuk menyatupadukan orang Melayu.

Oh ya, Mahathir kan sudah nyanyuk!

Sumber: https://suaramerdeka.com.my/mahathir-mudah-lupa-bukan-melayu-mudah-lupa/

Mahathir juga banyak kali lupa tentang janji dan manifesto yang pernah dibuatnya.

Salah satu kes yang adalah tuntutan Pulau Batu Puteh. Tindakan Mahathir untuk membatalkan semakan semula bagi kes Pulau Batu Puteh jelas sekali bercanggah dengan pendirian awalnya sebelum itu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Janji 11 Manifesto PH menyebut, Pakatan Harapan akan meletakkan pandangan dan teguran Raja-Raja Melayu di tempat tertinggi.

Malah, Janji 58 menyebut PH akan berpegang dengan prinsip bahawa sempadan negara dan kedaulatan Malaysia adalah perkara paling asas yang tidak boleh dikompromi.

Lupakah Mahathir bahawa dia sendiri mengkritik keras wakil Malaysia pada 31 Mei 2008 kerana tidak mempersoalkan kesahihan surat bertarikh 21 September 1953 daripada Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

Apakah Mahathir lupa bahawa dia sendiri mengkritik keras keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 31 Julai 2008 kerana keputusan itu didasarkan kepada satu surat yang ditulis oleh pegawai rendah Johor semasa di bawah jajahan British kepada pegawai British di Singapura sedangkan sepatutnya surat itu hendaklah dititah dan ditulis di bawah kuasa Sultan.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2021/10/22/dr-mahathir-lupa-isu-pulau-batu-puteh-kamarul-zaman/

Mahathir sebelum ini mengatakan kuasa politik tidak boleh berada di tangan orang Cina kerana orang Cina sudah menguasai ekonomi negara Melayu masih jauh ketinggalan walaupun selepas lebih 50 tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan.

Sekiranya Mahathir mahu membangkitkan isu kelemahan dan kelembapan ekonomi Melayu dalam ekonomi disebabkan oleh pelbagai faktor dan antaranya juga disebabkan oleh kaum Melayu mereka sendiri, Mahathir sememangnya nyanyuk.

Mahathir lupa orang Melayu gagal dimajukan disebabkan oleh dirinya sendiri walaupun merupakan pemimpin Melayu yang berkuasa paling lama di dunia.

Mahathir juga sudah lupa bahawa jutawan-jutawan Cina hampir kesemuanya wujud pada rejim pemerintahannya.

Sebelum Mahathir berkuasa, hanya mendiang Lim Goh Tong sahaja yang kaya. Namun keadaan mula berubah apabila Mahathir mengambil alih kuasa pemerintahan negara.

Isu Cina kaya dan Melayu miskin sebenarnya hasil acuan ekonomi Mahathir sendiri, tapi biasalah, orang tua yang sudah nyanyuk, mana pernah ingat apa yang dia lakukan.

Sumber: https://www.malaysia-today.net/2010/08/11/tun-mahathir-mudah-lupa/

Mahathir sepatutnya sedar bahawa usianya sekarang adalah sudah terlalu lanjut. Sewajarnya dia berehat di rumah dan bermain dengan anak cucu-cicit sahaja, tambahan pula dia sudah nyanyuk.

Lihat sahaja bekas-bekas Perdana Menteri di negara ini, hanya Mahathir sahaja yang memegang porfolio itu paling lama dan sebanyak dua kali.

Cukup-cukuplah tamakkan pangkat di dunia ini, bukan boleh bawa masuk ke kubur.

Lebih afdal sekiranya Mahathir memikirkan kesihatannya daripada sibuk mahu terus berpolitik.

Comments