PH Terlalu Mendongak Ke Langit

Era pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) boleh diibaratkan sebagai 'era kegelapan' bagi kebanyakan rakyat Malaysia.

Masakan tidak, banyak insentif atau bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu, ditarik balik atau dipotong oleh PH.

PH memberi alasan bahawa mereka tidak mampu memberi bantuan atau hutang negara kian meningkat.

Rakyat sebenarnya tidak mahu mendengar semua alasan itu kerana rakyat wajar dibantu dari segi kewangan jika mereka memerlukan.

Ramai rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti para petani dan nelayan, maka memang wajar mereka dibantu bagi meneruskan kelangsungan hidup sementara tanaman atau tangkapan hasil laut mereka dapat memberikan pulangan balik.

Sumber: https://www.agendadaily.com/politik/zaman-ph-nak-bagi-bantuan-kepada-rakyat-jawapan-diberi-tiada-duit-marzuki/

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak senang untuk memberikan bantuan bulanan kepada nelayan, meskipun menteri Kabinetnya memberi jaminan elaun sara hidup tersebut tidak akan dimansuhkan.

Mahathir mendakwa nelayan menerima elaun sebanyak RM300 daripada kerajaan sebelum itu seperti gaji.

Mahathir turut mendakwa wang yang diberikan kepada nelayan telah diambil daripada kerajaan PH atau daripada sumber haram.

Seramai 57,000 nelayan menerima bantuan bulanan sebanyak RM200 hingga RM300 ketika era pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN). Seharusnya Mahathir lebih memahami bahawa nelayan mempunyai keluarga yang perlu ditanggung.

Nelayan tidak mempunyai harta berjuta ringgit seperti Mahathir. Anak-anak nelayan tidak mempunyai 'kabel besar' seperti anak-anak Mahathir.

Sekiranya berlaku musim tengkujuh yang panjang, nelayan sukar untuk menangkap ikan. Mahathir pula hanya goyang kaki, beralaskan kerusi empuk di rumahnya.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/432982

https://malaysiadateline.com/isu-nelayan-perwakilan-persoal-kerajaan-cipta-perubahan-tak-penting/

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) memberi manfaat kepada 7 juta penerima sejak diperkenalkan pada 2012.

Namun, selepas kerajaan PH mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2018, Mahathir mengumumkan untuk mengurangkan bantuan berkenaan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan.

Alasan Mahathir ketika itu adalah, rakyat tidak boleh disuap sentiasa kerana rakyat akan menjadi lemah.

Mahathir berkata, kerajaan PH akan mewujudkan peluang pekerjaan menerusi pelaburan domestik dan asing.

Malangnya, sebaliknya berlaku apabila kadar pengangguran dan nilai pelaburan ketika zaman PH mencatatkan angka tidak memberangsangkan.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2019/12/25/ph-gagal-urus-ekonomi-punca-peningkatan-pengangguran/

https://malaysiagazette.com/2022/10/25/bursa-malaysia-ringgit-menjunam-berterusan-semasa-zaman-ph/

https://www.malaymail.com/news/what-you-think/2019/09/10/malaysia-faces-youth-unemployment-crisis-murray-hunter/1789238

Bantuan kerajaan seperti BRIM sebenarnya baik untuk merancakkan ekonomi negara.

Sekiranya kuasa membeli pengguna terutamanya bagi golongan berpendapatan kecil dan sederhana meningkat, maka ekonomi negara akan bertambah baik.

Bantuan seumpama itu juga sangat efektif kerana berbentuk subsidi bersasar bagi menggantikan sistem subsidi pukal.

Meskipun pakej bantuan memberi implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan, namun kerajaan masih mempunyai kemampuan untuk membayar hutang tersebut apabila ekonomi negara rancak.

Selepas didesak oleh pelbagai pihak, barulah PH memperkenalkan Bantuan Sara Hidup yang amaunnya lebih rendah berbanding BRIM dan e-tunai berjumlah RM30.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/10/masih-ingat-tentang-bsh-dan-e-wallet-rm30-asyraf-wajdi/

Sebagai kerajaan, PH terlalu mendongak ke langit sehingga gagal memenuhi keperluan rakyat.

Tempoh selama 22 bulan walaupun singkat, namun memberi isyarat kepada rakyat bahawa PH bukanlah kerajaan yang diinginkan oleh mereka.

Rakyat akan memberi sokongan kepada kerajaan yang sentiasa memberikan bantuan kepada mereka, sama ada bantuan modal perniagaan atau bantuan sara hidup.

Sekurang-kurangnya, bantuan itu akan membantu rakyat meneruskan kehidupan dan merencana masa depan mereka menerusi pelbagai insentif kerajaan yang prihatin.

Comments