PN Bermimpi Di Siang Hari

Perikatan Nasional (PN) meletakkan sasaran mahu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang di Selangor dan Negeri Sembilan.

Bukan itu sahaja, PN turut berhasrat untuk menang di Pulau Pinang.

Tinggi cita-cita PN. Tidak salah untuk berangan kerana bak kata orang, berangan itu percuma.

Namun berpijaklah di dunia yang nyata. Kesemua negeri itu bukan mudah untuk ditakluk oleh PN, memandangkan rekod yang ditunjukkan ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun lalu.

Tambahan pula, banyak isu berbangkit yang dicetuskan oleh PN sejak akhir-akhir ini sehingga mengundang kritikan rakyat.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2023/01/22/prn-pn-mahu-menang-di-selangor-negeri-sembilan/

Ambil contoh di Negeri Sembilan, tiada seorang calon PN yang meraih kerusi pada PRU lalu.

Daripada lapan kerusi yang dipertandingkan, 3 dimenangi oleh Pakatan Harapan dan 5 oleh Barisan Nasional.

Rekod itu menunjukkan PN tidak memiliki calon berkaliber selain rakyat lebih mempercayai calon parti lain di negeri tersebut.

Di Selangor pula, PN hanya memenangi 6 kerusi berbanding 22 kerusi dipertandingkan.

Bagaimana PN boleh memasang impian untuk memenangi PRN di kedua-dua negeri berkenaan?

Calon-calon PN pada PRU lalu turut kalah dengan majoriti yang sangat besar, terutamanya di Negeri Sembilan.

Untuk mengubah sentimen rakyat terhadap PN dalam tempoh tidak sampai setahun, bukan mudah.

Tidak mustahil, PN akan terus menanggung kekalahan di semua negeri tersebut pada PRN kelak.

Sumber: https://pru.astroawani.com/

Sejak PN menjadi pembangkang, banyak isu-isu kontroversi yang dibangkitkan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah mahu melawan kuasa Majlis Raja-Raja dan Perlembagaan selepas gagal menjadi Perdana Menteri ke-10.

Muhyiddin pernah mendakwa kesemua dokumen sokongan Ahli Parlimen sudah diserahkan kepada Istana Negara meskipun dinafikan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Namun YDPA menolak dakwaan berkenaan dan bertitah bahawa tiada sebarang dokumen diterima oleh pihak istana.

YDPA juga mencadangkan kerajaan perpaduan yang dibentuk bersama semua parti namun ditolak mentah-mentah oleh Muhyiddin.

Muhyiddin sendiri memilih jalan sukar dan mahu menjadi pembangkang tetapi mengikut gayanya, beliau masih tidak berpuas hati.

Sumber: https://www.scmp.com/week-asia/politics/article/3202579/malaysia-pm-anwar-muhyiddin-sharp-war-words-parliament-floor-test-nears

Selain itu, pekung PN terbongkar apabila seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Individu itu yang dikenali sebagai Adam Radlan, dikatakan menjadi orang tengah dalam pengagihan projek kerajaan PN bawah Pakej Rangsangan Ekonomi.

Adam bersama-sama beberapa individu lain menjadi dalang kepada beberapa syarikat untuk memperoleh projek bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta secara runding terus.

Adam juga didakwa menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor dan pihak atasan tertentu, iaitu keparat yang berada di dalam PN.

Disember lalu, SPRM mengatakan fokus siasatan berhubung dakwaan salah guna dana Pakej Rangsangan Ekonomi ketika Covid-19 tertumpu kepada dana kerajaan bernilai RM92.5 bilion, yang dibelanjakan oleh PN.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/01/06/ceo-disyaki-dalang-agih-projek-runding-terus-kerajaan-pn-rm92-5-bilion-direman/

Kontroversi demi kontroversi yang kurang enak membabitkan PN mencetuskan polemik sokongan terhadap parti berkenaan.

Parti yang diterajui oleh Muhyiddin dan memperjuangkan retorik Melayu-Islam itu hanyalah palsu semata-mata.

Retorik lapuk itu tidak boleh diguna pakai lagi. Pekung PN sudah terbongkar, sewajarnya PN 'menyerah diri' sahaja.

Kalau mahu menang pada PRN atau PRU akan datang, bersihkan dahulu dalaman parti.

Singkirkan mereka yang mengambil rasuah atau apa jua salah laku yang berlaku.

Jika tidak berbuat demikian, jangan bermimpi di siang hari untuk menang pada PRN atau PRU.

Comments