Kerakusan Annuar Zaini


Baru-baru ini, Persatuan Kebajikan Komuniti dan Dialog menggesa kerajaan Perak agar menghentikan projek tapak pembalakan di Hutan Simpan Kledang Saiong.

Bayangkan, projek itu meliputi kawasan seluas 4,280 hektar atau bersamaan dengan saiz 6,000 padang bola sepak.

Bagaimana projek sedemikian diluluskan di tapak hutan simpan yang sewajarnya menjadi kawasan pemuliharaan flora serta fauna?

Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini dikhabarkan menjadi dalang di sebalik kerakusan untuk menggondol tanah berkenaan.

Persatuan itu telah menghantar petisyen yang mempunyai 5,000 tandatangan mendesak supaya projek itu dihentikan namun Mohd Annuar buat tidak endah.

Sumber: https://aliran.com/web-specials/open-letter-to-perak-state-legislative-assembly-members


Apa sahaja yang dilakukan oleh Mohd Annuar, semua dilindungi dan tiada sebarang dakwaan dikenakan terhadapnya.

Maklumlah, berpangkatkan penasihat Sultan Perak.

Mohd Annuar boleh melakukan apa sahaja yang dia mahukan termasuklah campur tangan dalam pelbagai isu di negara ini.

Dia individu penting yang melobi Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Bagaimana seseorang yang tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran diberi peluang untuk menguruskan Jabatan Peguam Negara?

Apa istimewanya Tommy di mata Mohd Annuar sehingga sanggup melobinya untuk memegang jawatan penting itu?

Kesannya, konflik kehakiman berlaku di negara ini disebabkan oleh 'kebodohan' Mohd Annuar campur tangan dalam urusan pelantikan seseorang yang tidak berkebolehan seperti Tommy.

Sumber: https://www.malaysianow.com/my/news/2022/10/07/pasukan-siasatan-beri-penilaian-buruk-terhadap-tommy-thomas-sebagai-peguam-negara


Mohd Annuar ini adalah dalang kepada pelbagai isu konflik politik di Perak khususnya.

Konflik politik Perak pada 2009 menyaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin terpaksa meletakkan jawatannya.

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat Sultan Perak, mendesak agar Mohamad Nizar meletakkan jawatan dikhabarkan merupakan perancangan teliti Mohd Annuar untuk mencampuri urusah Dewan Undangan Negeri (DUN).

Walhal, pihak istana tidak dibenarkan sama sekali untuk campur tangan dalam sebarang hal ehwal DUN.

Bukan sahaja dia menjatuhkan Mohamad Nizar tetapi juga Menteri Besar Perak lain.

Begitu hebat pengaruh Mohd Annuar sehinggakan khutbah Jumaat di Perak juga dikawal oleh Mohd Annuar.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/11/502071/krisis-perak-2009-berulang


Annuar Zaini ketika ini merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Namun, ramai tidak tahu bahawa beliau juga pernah menjadi Pengarah Syarikat Berjaya Group milik Vincent Tan.

Syarikat itu memiliki saham syarikat judi iaitu Sports Toto.

Annuar sememangnya mengamalkan kehidupan yang liberal. Dia membela anjing di rumah, minum arak dan mengamalkan gaya hidup Barat.

Bagaimana individu seumpama Annuar boleh dilantik mengetuai Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak?

Jahanam apabila individu liberal seperti Annuar diberikan kuasa sedemikian, sedangkan dia sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar.

Apakah disebabkan dia memiliki hubungan kuat dengan Sultan Perak, Annuar diberi tanggungjawab tersebut?

Sumber: https://klse.i3investor.com/web/corporatefigure/detail/3395?id=3395-14121-598685654


Individu rakus dan tamak seperti Mohd Annuar perlu digesa untuk meletakkan jawatan sebelum keadaan negara menjadi huru-hara.

Cukup-cukuplah kita nampak apa yang dia lakukan di Perak.

Mohd Annuar lebih licik daripada mana-mana politikus, cuma tiada sebarang tindakan dikenakan terhadapnya.

Dia patut 'digulingkan' supaya kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara dapat dipelihara.

Sampai bila kita mahu lihat kerakusan Mohd Annuar.

Comments