Mahathir, Usah Berpura-Pura!




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mencabar bekas pemimpin Melayu yang kaya supaya menyumbang sedikit hasil kekayaan mereka kepada golongan Melayu yang memerlukan.

Menurutnya, sekiranya benar ada pemimpin Melayu yang benar-benar mahu membantu orang Melayu, mereka perlu membantu dan bukannya memberikan kekayaan kepada sanak saudara sendiri.

Meskipun Anwar tidak merujuk kepada mana-mana nama pemimpin Melayu, namun ramai meneka teguran itu dilontarkan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir sebelum itu memfailkan saman fitnah kepada Anwar berjumlah RM150 juta.

Dia menafikan dakwaan Anwar yang mengatakan Mahathir mengumpul kekayaan peribadi ketika menjadi Perdana Menteri.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/257210/berita/politik/pm-cabar-pemimpin-kaya-sumbang-kekayaan-pada-orang-melayu


Teguran Anwar itu ada asasnya terutamanya apabila bercakap tentang keluarga Mahathir.

Keluarga Mahathir semuanya memiliki kekayaan luar biasa, melangkaui jangkaan orang ramai.

Pemilikan beratus syarikat bukan perkara luar biasa bagi keluarga Mahathir. Projek-projek kerajaan kerap diberikan kepada syarikat-syarikat milik keluarga Mahathir.

Sebagai contoh, syarikat Opcom Holdings milik Datuk Seri Mokhzani Mahathir mendapat kontrak bernilai RM11.16 juta daripada Telekom Malaysia, hanya beberapa hari selepas Mahathir menang Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Bukan perkara baru untuk Mahathir dan anak-anaknya. Mereka telah melakukan perbuatan tidak bermoral itu sejak berdekad lamanya.

Sebab itu, harta kekayaan keluarga Mahathir mencecah berbilion ringgit Malaysia.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/436828


Dua kali Mahathir menjadi Perdana Menteri, dua kali jugalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilantik menjadi Menteri Besar Kedah.

Mengapa Mahathir beria melantik Mukhriz sebagai Menteri Besar, walhal rekod Muhkriz sebagai Menteri Besar tidaklah sehebat mana.

Dua kali Muhkriz gagal membawa Kedah membangun. Apakah sebabnya?

Kedah di bawah pemerintahan Muhkriz, dia banyak menjual tanah-tanah di negeri itu kepada syarikat China.

Salah satunya adalah tanah seluas 320 hektar digadai sebegitu sahaja oleh Mukhriz.

Pelbagai jenis projek cuba dimuktamadkan oleh Mukhriz sepanjang dia berkuasa, bagi mencapai objektif menambah wang dalam kantungnya sendiri.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/pengguguran-mukhriz-disebabkan-gagal-tadbir-negeri-rahman-dahlan-148629


Mahathir pernah mengatakan sukar untuk menjadi jutawan ketika menjadi Perdana Menteri.

Namun sebuah portal mendedahkan kekayaan Mahathir mencecah sehingga AS$45 bilion mengikut kiraan pada 2021.

Bukankah Mahathir mendakwa Perdana Menteri tidak boleh menjadi jutawan?

Dari mana Mahathir mendapat kekayaan berbilion dolar? Selayaknya Mahathir menyumbangkan sedikit kekayaan itu kepada golongan Melayu yang memerlukan.

Begitu juga Mokhzani dan Mukhriz. Sekiranya mereka menyumbangkan RM100 bilion untuk penduduk Langkawi misalannya, bayangkan berapa banyak sekolah boleh dibina.

Kalau mengikut kiraan kasar, sebanyak lebih kurang 2,000 hingga 3,000 buah sekolah boleh dibina jika sebuah sekolah menelan belanja kira-kira RM30 juta.

Gara-gara tamak dan mengaut keuntungan peribadi, penduduk Langkawi menolak Mahathir ketika PRU-15.

Sumber: https://www.msn.com/en-au/money/other/the-richest-world-leaders-who-ever-lived-ranked/ss-AAPC9Ea?li=BBU56Hl&viewall=false&fbclid=IwAR03D7WVl3_ZW4MAmmWxXVWpRKdoejYMkRHEDYwKCIpfMNdlOyqmi9X2OmU#image=30


Mahathir tidak usah berdalih lagi tentang nilai kekayaannya dan anak-anaknya. Ramai sudah menunjukkan bukti.

Zaman ini adalah zaman teknologi. Maklumat rahsia boleh tersebar sebegitu pantas.

Mahathir tidak boleh menipu lagi. Rakyat sudah masak dengan permainan pembohongannya.

Berhentilah Mahathir daripada terus berpura-pura.

Comments