Mana Komitmen Annuar Zaini Di Perak?


Baru-baru ini, Perak mencatatkan 1,106 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menduduki peperiksaan tahun lalu.

Menurut kerajaan negeri Perak, situasi itu bukan satu perkara baharu dan telah berlaku sejak peperiksaan awam diperkenalkan.

Sekiranya situasi tersebut bukan perkara baharu, mengapa kerajaan negeri Perak tidak mengambil sebarang langkah untuk mengatasinya?

Kenyataan itu seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja.

Kerajaan negeri Perak perlu mencari jalan yang efektif untuk memastikan calon SPM mengambil peperiksaan kerana SPM merupakan sijil yang penting untuk anak-anak muda di negara ini mengorak langkah ke alam pendidikan tinggi atau pekerjaan.

Namun malangnya, kerajaan negeri Perak tidak merencana sebarang langkah meskipun perkara itu berlaku setiap tahun.

Salah seorang individu yang patut mengambil tanggungjawab adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/669072


Mohd Annuar merupakan salah seorang Ahli Dewan Negara Perak dan paling penting adalah Penasihat Sultan Perak.

Sebagai individu yang paling hampir dengan Sultan Perak, sepatutnya Mohd Annuar mengambil inisiatif untuk menasihati atau memberi idea kepada Sultan Perak agar menggesa kerajaan negeri Perak untuk menangani isu terbabit dengan kadar segera.

Sepatutnya Mohd Annuar menggunakan kelebihan yang ada untuk memastikan isu pendidikan di Perak diatasi dengan mudah.

Tapi sayangnya Mohd Annuar lebih berminat untuk campur tangan urusan lain di Perak.

Mohd Annuar juga lebih gemar untuk menambah koleksi 'jawatan' yang dipegangnya selagi nyawa dikandung badan.

Tidak cukup menjadi Ahli Dewan Negara Perak dan Penasihat Sultan Perak, Mohd Annuar juga menyandang jawatan Pengerusi UDA Holdings serta Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Tak guna ada bermacam-macam jawatan tapi lemah dalam menggunakan kelebihan yang ada untuk menyelesaikan isu rakyat.

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/2021/01/mohd-annuar-dilantik-yang-dipertua-maipk/

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/annuar-zaini-pengerusi-baharu-uda-412234


Mohd Annuar lebih berminat untuk campur tangan dalam urusan politik kerajaan Perak.

Pada tahun 2020, dia pernah cuba memujuk Sultan Perak untuk membentuk kerajaan perpaduan di Perak melibatkan parti bukan Melayu namun gagal.

Mohd Annuar juga kerap kali membawa wakil parti bukan Melayu itu berjumpa Sultan Perak.

Mengapa beria sangat Mohd Annuar mahu membentuk kerajaan perpaduan Perak melibatkan parti bukan Melayu itu?

Sebagai seorang individu yang tamakkan kuasa, Mohd Annuar pasti mempunyai muslihat tertentu serta telah mempunyai perjanjian dengan parti berkenaan.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/232611/berita/politik/pru15-sultan-perak-perkenan-bentuk-kerajaan-negeri


Konflik politik Perak pada 2009 merupakan kerja kotor Mohd Annuar untuk menyingkirkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pada masa itu.

Mohd Annuar menggunakan kenyataan media untuk mendesak Mohamad Nizar meletakkan jawatan dan mahu mencampuri urusan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sepatutnya, pihak Istana tidak dibenarkan sama sekali untuk campur tangan dalam sebarang hal ehwal DUN namun Mohd Annuar berani melanggar peraturan itu.

Tidak hairan mengapa segelintir pihak menyebut Mohd Annuar sebagai 'Sultan tidak berpangkat' di Perak kerana terbabit dalam pelbagai kerja kotor di negeri itu.

Selepas bekas mufti Perak, Tan Sri Harussani meninggal dunia, Mohd Annuar semakin bermaharajalela, khususnya melibatkan hal ehwal agama, sehinggakan dia turut mengawal khutbah Jumaat di Perak.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/123990


Mohd Annuar lebih gemar menggunakan pengaruhnya untuk melakukan kerja kotor di Perak.

Walhal, pelbagai isu melibatkan rakyat di Perak perlu diambil kira oleh Mohd Annuar.

Kalau Mohd Annuar tidak komited dalam menyelesaikan isu rakyat, dia boleh meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri Perak pada bila-bila masa sahaja.

Mohd Annuar lebih selesa menjadi 'biawak hidup' dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.

Comments