Annuar Zaini Lupa Tanggungjawab


Ahli Dewan Negara Perak merangkap Penasihat Sultan Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini sepatutnya lebih komited dalam memastikan isu-isu di Perak diselesaikan dengan baik.

Banyak sangat isu melibatkan Perak berlaku tahun ini.

Apa sebenarnya peranan Mohd Annuar sebagai Penasihat Sultan? Ada yang cakap Mohd Annuar ini pakar strategi yang baik.

Strategi mengaut keuntungan masuk poket sendiri ke?

Tak guna dilabel pakar strategi tapi kerja untuk negeri dan rakyat tidak berjalan dengan baik.

Sebelum ini, wujud pertikaian tentang isu tanah rizab Melayu di Perak yang dimiliki oleh golongan bukan Melayu.

Sebanyak 3,412 hektar tanah rizab Melayu direkodkan bukan milik Melayu seperti dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2019 Siri 2 Negeri Perak.

Laporan itu turut mendedahkan sebanyak 3,417 hektar tanah rizab Melayu adalah milik perseorangan Cina.

Seorang netizen mempersoalkan kegagalan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyekat penjualan atau pelupusan tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu.

Perak dikatakan gagal mematuhi Enakmen Rizab Melayu 142 dan membiarkan golongan bukan Melayu untuk memperoleh tanah rizab Melayu secara 'tidak sah'.

Sebagai Yang diPertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Mohd Annuar sepatutnya melindungi pemilikan tanah milik orang Melayu dan Islam di negeri itu.

Sumber: https://themerdekatimes.com/news/2023/01/3214-hektar-tanah-rizab-melayu-perak-dimiliki-bukan-melayu


Perak pada tahun ini menyasarkan lapan juta pelancong datang ke negeri itu sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Namun, kritikan ditimbulkan oleh Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputera Perak kerana hanya menumpukan kepada tiga lokasi sahaja.

Malah, kerajaan negeri Perak juga dikatakan tidak agresif mempromosikan lokasi pelancongan yang ada.

Exco pelancongan Perak turut dikritik kerana membiarkan pemain industri pelancongan di negeri itu terasa terabai.

Sebagai seorang yang dilabel pakar strategi oleh macai-macainya, Mohd Annuar perlu duduk bersama-sama Exco pelancongan dan pemain industri untuk mencari jalan mencapai sasaran lapan juta pelancong.

Kalau semua usaha menarik pelancong dan memajukan industri pelancongan terletak kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri itu sahaja, lebih baik tarik sahaja gaji Mohd Annuar atau Exco pelancongan.

Sumber: https://peraktastic.com/p1/index.php/komuniti/2543-sikap-exco-pelancongantidak-mesra-dan-tidak-prihatin-lemahkansemangat-industri-pelancongan-perak-zamari-muhyi.html


Mohd Annuar tidak pernah menyumbang apa-apa untuk pembangunan Perak, malah ada sahaja laporan berita yang menunjukkan Annuar sering menjadi penggerak politik Perak di sebalik tabir.

Dia perlu tahu bahawa sistem raja berperlembagaan diwujudkan bagi mengasingkan institusi diraja daripada sebarang 'kekotoran politik'.

Mengapa Mohd Annuar cuba terlibat dalam politik dengan menggunakan nama institusi diraja? Tindakan itu sangat bahaya bagi Perak dan secara tidak langsung kepada seluruh negara.

Isu perlantikan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9 juga dikaitkan dengan Mohd Annuar sebelum ini.

Cubaan campur tangan seperti ini jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan amalan sistem demokrasi Malaysia.

Mengapa seseorang yang tidak mempunyai sebarang jawatan di peringkat Persekutuan cuba campur tangan urusan pelantikan Perdana Menteri?

Mohd Annuar seolah-olah mahu cabar kuasa Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).

Rakyat tak kisah Mohd Annuar pakar strategi atau pernah menjawat pelbagai jawatan dalam politik.

Paling penting mereka tidak suka Mohd Annuar sakau dan rakus mengambil hak rakyat.

Kalau benar pakar strategi seperti dikatakan, mengapa banyak isu berlaku di Perak dan tidak diselesaikan?

Isu hutan, isu Orang Asli, isu politik. Sebut sahaja apa jua isu di Perak.

Pendek kata, Mohd Annuar tak perlu campur urusan di peringkat Persekutuan. Jalankan saja tanggungjawab di Perak.

Comments