MUDA Pemangkin Perubahan Atau Retorik Kosong?


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penyertaan golongan belia dalam proses demokrasi dan politik negara terus menjadi polemik yang kian penting.

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang diasaskan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan janji untuk membawa suara golongan belia serta membentuk platform bagi aspirasi generasi muda.

Meskipun matlamat ini pada awalnya dilihat satu perubahan atau lonjakan paradigma untuk golongan belia, namun banyak pihak meragui penglibatan MUDA dalam arena politik tempatan.

Para pengkritik mempersoalkan sama ada MUDA benar-benar mahu menjadi pemangkin perubahan atau sekadar menyebarkan retorik kosong kepada rakyat.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/muda-perlukan-hala-tuju-yang-jelas-penganalisis-273858


MUDA sebelum ini berjanji untuk membela suara golongan belia namun tindakan dan impak terhadap kebajikan anak muda di negara masih kurang jelas.

Timbul pandangan bahawa MUDA hanya menyebarkan retorik dan janji-janji dan tindakan konkrit daripada mereka, sekali gus mencetuskan skeptisisme dalam kalangan golongan belia terhadap parti berkenaan.

Kehadiran MUDA dalam arena politik tempatan dilihat seolah-olah hanya mahu menjadi 'penyeri', tidak lebih daripada itu.

Banyak pihak berpandangan MUDA perlu lebih aktif dalam merangka dasar-dasar yang akan memberi kesan positif kepada kehidupan golongan belia, khususnya isu peluang pekerjaan, pendidikan serta ekonomi.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2021/04/28/masalah-parti-muda-adalah-syed-saddiq/


Para pengkritik turut menyifatkan perjuangan MUDA untuk membela nasib golongan belia sekadar satu strategi politik.

MUDA dilihat sering kali menggunakan golongan belia sebagai alat politik bagi meraih sokongan orang ramai namun kepentingan belia tidak diberikan keutamaan selepas setiap pilihan raya.

Parti itu tidak memberikan penyelesaian yang mampan dan terperinci terhadap isu-isu dihadapi oleh belia.

Retorik kosong yang kerap kali dikaitkan dengan MUDA, tidak akan membawa perubahan yang kekal.

Situasi itu hanya menyebabkan golongan belia merasa kurang yakin dan kecewa dengan MUDA.



MUDA juga gagal memahami cabaran dan aspirasi belia pada masa kini, sebaliknya mereka lebih fokus kepada isu-isu yang tiada kena-mengena dengan matlamat asal perjuangan parti itu.

Penglibatan MUDA dalam isu-isu tidak berkaitan itu telah memberikan gambaran negatif dan menenggelamkan fokus mereka dalam memperjuangkan isu lebih penting.

Selain itu, ketidakstabilan politik dalam kalangan ahli MUDA turut merosakkan usaha untuk memangkin perubahan dan menyebabkan orang ramai mempercayai bahawa parti itu sekadar menyampaikan retorik kosong.

Pengkritik berpandangan MUDA perlu memperkukuhkan struktur dalaman organisasi parti dan memastikan matlamat parti sentiasa terjaga tanpa terganggu oleh agenda politik seseorang individu.

MUDA juga perlu lebih berusaha untuk mendengar dan memahami aspirasi serta keperluan sebenar golongan belia sebelum merangka dasar-dasar yang berkaitan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1045292/muda-gantung-pengerusi-perak-3-tahun-terima-peletakan-jawatan


Tuntasnya, MUDA masih belum menonjolkan identitinya sebagai pemangkin perubahan dalam politik negara.

Sebaliknya, parti itu terus menyampaikan retorik kosong, sekali gus menjejaskan kredibiliti dan kemampuan MUDA untuk bergerak ke hadapan.

Banyak ruang yang perlu diperbaiki oleh MUDA khususnya struktur organisasi dalaman parti.

Paling penting, perkukuh kembali aspirasi MUDA dan cari semula matlamat asal perjuangan parti.

Comments