'Permainan Strategi' Syed Saddiq


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terpalit dengan empat kes empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram sejak 22 Julai 2021.

Pada mulanya, Syed Saddiq hanya berdepan dua pertuduhan pecah amanah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) RM1 juta dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Syed Saddiq bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan mahkamah.

Pada 5 Ogos tahun yang sama, Syed Saddiq berdepan dua lagi pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000 pada 2018.

Sekali lagi, Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Kes berkenaan berlanjutan selama dua tahun, namun mengapa mahkamah mengambil masa sebegitu lama untuk membuat keputusan berhubung kes tersebut?

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/842005/syed-saddiq-didakwa-pecah-amanah-salah-guna-wang

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/862137/syed-saddiq-kekalkan-pengakuan-tidak-bersalah


Pada 23 Ogos 2021, Syed Saddiq membuat permohonan agar perbicaraan kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 19 Januari 2022, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menasihati Syed Saddiq agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung kes berkenaan.

Hakim memberikan nasihat itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, memberitahu mahkamah, Syed Saddiq sebelum ini ada membuat hantaran di Facebook mengenai perjalanan kesnya di media sosial, seolah-olah ia adalah pembelaan awal dalam kes sedang dihadapi beliau.

Teguran itu perlu dilakukan oleh pihak mahkamah kerana Syed Saddiq cuba menggunakan media sosialnya sebagai taktik untuk mempengaruhi pendapat orang ramai dan cuba menyembunyikan kebenaran.

Malah, tindakan terburu-buru Syed Saddiq mengeluarkan hantaran sedemikian di media sosialnya menunjukkan bahawa dia seolah-olah resah dengan perjalanan perbicaraan kes tersebut.

Mengapa perlu resah sekiranya yakin tidak bersalah? Hanya orang yang bersalah sahaja akan merasa resah atau bimbang.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/913230/bukan-larang-cuma-nasihat-orang-lebih-matang-kepada-syed-saddiq


Pada 21 Jun 2022, ibu bapa Syed Saddiq iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz, 62 serta Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff, 69, memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid.

Ibu Syed Saddiq mendakwa berlaku ugutan terhadap Syed Saddiq untuk menyokong bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya tidak mahu disabitkan kesalahan atas empat pertuduhan terbabit.

Namun, dakwaan itu sehingga kini belum dapat dibuktikan secara sahih.

Malahan, taktik pasukan pembelaan menggunakan ibu bapa Syed Saddiq sebagai saksi pembelaan turut menjadi persoalan.

Adakah ini satu usaha pasukan pembelaan untuk mempengaruhi emosi juri dan hakim terhadap Syed Saddiq?

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ibu-bapa-syed-saddiq-dakwa-anaknya-ditekan-sokong-muhyiddin-367459


Pada Julai 2022, Syed Saddiq membuat dua kali permohonan mencabar kredibiliti saksi pendakwaan ke-13 (SP-13), bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Rafiq Hakim Razali, berikutan percanggahan dalam pernyataan saksi dan keterangan lisannya di mahkamah.

Mahkamah bagaimanapun menolak semua permohonan Syed Saddiq untuk mencabar kredibiliti saksi tersebut.

Mengapa pihak pembelaan mengemukakan banyak permohonan jika tiada apa yang mahu disorokkan?

Permohonan itu dilihat sebagai usaha pasukan pembelaan untuk menimbulkan keraguan namun juga sebenarnya menunjukkan kegagalan dalam strategi mereka.

Itu menunjukkan bahawa pasukan pembelaan mengemukakan permohonan tanpa sebarang asas kukuh dan menunjukkan ketidakcekapan mereka.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah-tolak-permohonan-syed-saddiq-cabar-kredibiliti-saksi-utama-pendakwaan-377343


Penangguhan kes mahkamah Syed Saddiq berkemungkinan besar berpunca daripada pasukan pembelaan Syed Saddiq yang gagal menjalankan tugas mereka dengan cekap dan profesional.

Mereka sebenarnya mahu menggunakan penangguhan itu untuk melengahkan masa selain cuba mempengaruhi persepsi orang awam.

Malah, taktik pasukan pembelaan Syed Saddiq dilihat kadang-kala kurang matang dan tidak strategik.

Tidak mustahil berlaku kemungkinan manipulasi dilakukan oleh pasukan pembelaan.

Paling utama, masyarakat berharap keadilan dapat ditegakkan dan kes ini tidak seharusnya menjadi 'permainan strategi' oleh Syed Saddiq untuk melepaskan dirinya sekiranya bersalah.

Comments