Mahathir Politikus Machiavellian Yang Lapuk


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak asing dengan pendekatan politik Machiavellian yang diamalkan sejak dari dulu.

Namun, ahli politik yang mengamalkan pendekatan berkenaan tidak memikirkan soal moral sebaliknya lebih fokus kepada hasil akhir keputusan dibuatnya.

Disebabkan itu, kita selalu nampak Mahathir tidak langsung mempedulikan soal rakyat, sebaliknya hanya berpegang kepada prinsipnya sahaja.

Bukti sudah ada. Contohnya, di bawah Mahathir, rakyat kurang mendapat bantuan. Banyak bantuan kepada rakyat dikurangkan atau ditarik balik.

Mahathir sehingga kini masih tidak sedar bahawa banyak impak negatif telah dicetuskan oleh dirinya gara-gara pendekatan politik Machiavellian diamalkan.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/432982


Politik Machiavellian yang dibawa oleh Mahathir tidak relevan dalam konteks Malaysia moden.

Pendekatan itu lebih cenderung memecahbelahkan rakyat khususnya dalam era globalisasi dan demokrasi ketika ini.

Mahathir menjadi punca komuniti Melayu berpecah belah. Mahathir masuk satu parti, keluar dan tubuh parti lain pula.

Sehinggakan terlalu banyak parti Melayu di negara ini. Semuanya gara-gara Mahathir yang menganggap dia memegang kuasa di Malaysia dan tidak kisah melakukan apa sahaja cara, asalkan matlamatnya tercapai.

Tidak cukup dengan itu, Mahathir buat Proklamasi Orang Melayu kononnya mahu memperjuangkan orang Melayu.

Malah, Mahathir turut sanggup membuat gabungan seperti Gerakan Tanah Air (GTA) seolah-olah dia merupakan pejuang Melayu dan negara.

Sebenarnya, Mahathir hanya mahu mendapatkan kembali jawatan sebagai Perdana Menteri menerusi sokongan orang Melayu tapi gagal sehingga kini.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/665008


Penolakan rakyat Langkawi terhadap Mahathir pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bukan kerana rasuah, sebaliknya mereka kecewa dengan janji politiknya yang tidak dipenuhi.

Banyak janji-janji Mahathir ketika PRU-14 gagal dipenuhi ketika dia menjadi Perdana Menteri ketujuh.

Disebabkan itu, rakyat enggan memberikan peluang sekali lagi kepada Mahathir kerana sudah serik dengan janji-janji palsunya.

Mahathir juga sudah tua dan kesihatannya tidak lagi terjamin dalam tempoh lima tahun lagi.

Pastinya, rakyat Langkawi mahukan seorang wakil rakyat yang lebih malar segar untuk membawa aspirasi mereka kepada rakyat.

Sumber: https://www.malaysianow.com/my/news/2023/02/08/mengapa-mahathir-kalah-di-langkawi


Selepas Mahathir keluar daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), parti itu seolah-seolah tidak lagi 'berfungsi'

Sebelum ini, ada juga suara-suara sumbang daripada ahli-ahli Pejuang membidas kerajaan.

Namun, selepas ramai ahlinya hilang wang deposit ketika PRU-15, parti berkenaan terus 'menyorok' hingga tidak dengar khabar sampai sekarang.

Mungkin Mahathir sedang dalam perancangan lain bersama anaknya, Mukhriz untuk menubuhkan parti lain dan membubarkan Pejuang.

Memang 'makanan' Mahathir berbuat demikian. Cuma Mahathir jangan lupa, meskipun dia menubuhkan 10 parti berbeza, impaknya tetap sama. Rakyat tetap menolak dia.

Orang yang tidak relevan dalam arena politik, memang wajar ditolak oleh rakyat. Kalau tidak, macam mana politik Malaysia mahu maju.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/645023


Mahathir dan politik Machiavellian yang diamalkan sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan keadaan politik semasa Malaysia.

Rakyat kini mahukan lebih banyak demokrasi dan kebebasan bersuara dalam membentuk kemajuan negara.

Mahathir perlu sedar bahawa pendekatannya politiknya telah memberikan impak negatif yang berpanjangan dalam politik Malaysia.

Dia perlu ambil pengajaran mengapa rakyat Langkawi menolaknya. Jangan hanya satu sudut sahaja, pandang daripada sudut yang berbeza.

Rakyat mungkin ingat jasa Mahathir tapi rakyat juga tahu dia sudah tidak relevan dalam arena politik masa kini.

Bersaralah Mahathir, dunia politik tidak lagi sesuai untuk dia. Zamannya sudah berakhir lama.

Comments