Misteri KSSA Banyak Belum Terjawab


Isu membabitkan pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) kian hangat sejak akhir-akhir ini.

Banyak persoalan yang mencurigakan menyelubungi perjalanan projek tersebut sehingga kini.

Pada 2022, Selangor merancang untuk membina stadium baharu yang merangkumi kawasan berkeluasan 80 hektar dan merobohkan stadium lama.

Kos yang pada mulanya bernilai RM787 juta, tiba-tiba meningkat kepada RM3.28 bilion.

Namun, pelan itu bagaimanapun disifatkan tidak masuk akal kerana stadium berkenaan sepatutnya dibaik pulih dan bukan dirobohkan untuk memberi laluan kepada stadium baharu.

SUMBER: https://semuanyabola.com/kos-rm787-juta-bangunkan-semula-stadium-shah-alam-cetus-tanda-tanya/


Pada 22 Disember 2023, Kebenaran Merancang KSSA dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.

Selepas tertangguh sejak Februari 2023, akhirnya Kebenaran Merancang dikeluarkan.

Namun, persoalan mulai timbul apabila Kebenaran Merancang itu dikeluarkan tanpa sebarang perbincangan di peringkat Dewan Undangan Negeri, majlis eksekutif atau penasihat undang-undang negeri.

Wujud dakwaan bahawa Datuk Bandar Shah Alam menerima tekanan daripada pihak atasan untuk mengeluarkan Kebenaran Merancang tersebut.

Pengeluaran Kebenaran Merancang terbabit didakwa tidak mengikut undang-undang yang terkandung dalam Seksyen 55 (2) Perlembagaan Selangor.

Malah, Kebenaran Merancang itu juga dikeluarkan tanpa pelantikan pemaju, perunding projek serta kontraktor.

SUMBER: https://www.weekly-echo.com/land-swap-makes-no-sense-and-why-demolish-a-stadium-fit-for-another-100-years-green-party/


Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) sebelum ini diumumkan sebagai rakan strategik projek terbabit.

Syarikat berkenaan turut dilaporkan telah melabur dalam fasa awal projek tersebut, termasuklah dari aspek perancangan serta reka bentuk.

Namun, difahamkan MRCB hanya menerima surat minat daripada kerajaan Selangor.

Selain itu, wujud khabar angin tentang Blueprint Projects Sdn Bhd yang dikatakan turut terbabit dalam projek berkenaan.

Menurut data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat itu menjalankan perniagaan seperti kontrak kejuruteraan, pembinaan bangunan dan pelaburan hartanah serta konsultansi.

Syarikat tersebut bagaimanapun hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM1 juta dan 70% pegangan saham entiti terbabit dimiliki oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Idris Shah.

30% lagi pegangan saham Blueprint Projects dimiliki oleh Ashwin Jonathan Sabapathy yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Tengku Amir Shah.

Ashwin dikatakan merupakan pengarah syarikat pemaju, Axios Land Sdn Bhd dan memiliki pengalaman dalam bidang hartanah selepas bekerja di firma hartanah kepunyaan bapanya iaitu Tribeca Real Estate Asset Management Sdn Bhd.

Apakah yang menyebabkan MRCB hanya menerima surat tunjuk minat dan apa peranan sebenar Blueprint Projects Sdn Bhd dalam projek tersebut?
Persoalan yang berlegar di minda rakyat adalah bagaimana Selangor mahu membiayai kos pembinaan KSSA sebanyak RM3.28 bilion walhal rizab negeri itu baru mencecah RM3.29 bilion?

Dikhabarkan kawasan Seksyen 13, Shah Alam sepatutnya menjadi lokasi projek tebatan banjir selepas Kerajaan Pusat memberi peruntukan sejumlah RM3 bilion kepada kerajaan negeri Selangor.

Adakah dana projek tebatan banjir itu digunakan untuk tujuan pembinaan stadium baharu Shah Alam?

Mungkin sebab itu, projek itu yang pada mulanya menelan belanja sebanyak RM787 juta, boleh meningkat kepada RM3.28 bilion.

Sedangkan, Jabatan Kerja Raya (JKR) pada mulanya menganggarkan kos membaiki semula Stadium Shah Alam hanya memakan kos RM154 juta.

Mengapa Selangor berkeras mahu merobohkan Stadium Shah Alam walaupun JKR mengesahkan struktur stadium berkenaan boleh bertahan 100 tahun lagi?

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/225818/berita/semasa/penduduk-cabar-keputusan-roboh-stadium-shah-alam


Bermula daripada kos pembinaan sehinggalah kepada Kebenaran Merancang yang dikeluarkan tanpa sebarang perbincangan; projek KSSA banyak menimbulkan 'misteri' yang perlu dijawab oleh Selangor.

Kos sebenar KSSA juga tertakluk kepada Akta Rahsia 1972. Persoalannya mengapa? Rakyat Selangor perlu tahu tentang perkara itu kerana mereka pembayar cukai dan adakah wang cukai mereka digunakan sewenang-wenangnya untuk projek itu?

Kenapa mahu merobohkan Stadium Shah Alam yang jangka hayatnya mampu bertahan lagi 100 tahun lagi?

Kenapa membazirkan wang berbilion ringgit jika kos penyelenggaraan hanya menelan belanja RM154 juta?

Apa muslihat sebenar Selangor di sebalik projek KSSA ini? Siapa yang mendapat untung atas angin sebenarnya?

Ramai yang tahu siapakah mereka dan harap semua perkara ini dapat diperjelaskan secepat mungkin.

Comments