Kehidupan Barat, Kemewahan Cucu Mahathir


Keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memang dikenali ramai kerana kemewahan mereka.

Harta mereka tidak akan habis kerana keluarga tersebut memiliki beratus atau mungkin ribuan syarikat di dalam mahu pun luar negara.

Bukan sukar mahu mengenali cucu-cucu Mahathir kerana mereka juga antara yang berpengaruh di media sosial.

Baik Mahathir, anak-anak atau cucunya, semuanya kerap mencetuskan kontroversi.
Ketika zaman pandemik Covid-19 bermula 2020 hingga 2021, ada satu kes yang 'menggemparkan' negara selain peningkatan jumlah kes harian wabak tersebut.

Cucu Mahathir iaitu Meera Alyanna bte Mukhriz atau dikenali sebagai Ally Mukhriz telah ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Paling mengejutkan bagaimana cucu kepada seorang pemimpin yang kerap kali memperjuangkan orang Melayu, ditahan dalam keadaan mabuk?

Sebenarnya Ally Mukhriz ini kerap menghabiskan masa di luar negara dan terdedah dengan parti-parti liar serta minuman keras.

Ally Mukhriz ini daripada dulu sudah terdedah dengan unsur-unsur Barat sehingga tidak kisah dipegang erat dan berpelukan dengan lelaki 'mat saleh' di sana sini.

Dia seolah-olah tidak malu untuk berpelakuan sumbang meskipun datuknya adalah seorang figura politik berpengaruh di negara ini.
Ketika Mahathir mengatakan dia bukanlah seorang jutawan sewaktu menjadi Perdana Menteri, bagaimana cucunya itu mampu diberikan hadiah sebuah kapal layar semasa hari jadinya?

Harga sebuah kapal layar bukanlah murah. Rakyat golongan B40 mahu pun M40 hanya mampu menelan air liur melihat harga kapal layar tersebut.

Tidak mustahil boleh mencecah ratusan ribu atau jutaan ringgit kerana kapal layar itu dibuat khas dan tertera nama Ally Mukhriz.

Ally Mukhriz juga kerap bergaya dan mempamerkan barangan mewah di media sosialnya.

Persoalannya, kalau Mahathir bukan jutawan seperti didakwa, bagaimana pula dengan kemewahan anak-anak serta cucu-cucunya?

Daripada mana sumber kekayaan anak-anak dan cucunya? Mustahil Mahathir lebih 'miskin' berbanding anak-anak dan cucu-cucunya.
Mukhriz pernah menghentam media-media di negara ini kerana mengeluarkan berita tentang kekayaan anaknya, Ally.

Namun, Mukhriz dilabel sebagai 'double standard' dan ramai ingin mengetahui sumber kekayaan keluarga Mahathir.

Rakyat ingin tahu bagaimana anak-anaknya boleh menjadi kaya-raya, walhal tidak pandai meniaga.Sudah tentu, kekayaan itu hasil daripada 'kebaikan' Mahathir memberi kemewahan kepada keluarganya menerusi tender-tender projek kerajaan secara terus ketika menjadi Perdana Menteri.

Namun, Mahathir kerap berdolak-dalik tentang perkara itu dan mendakwa hasil kerja keras anak-anaknya, mereka mampu kaya seperti sekarang.
Sewaktu rakyat bergelut untuk meneruskan hidup ketika era Covid, cucu Mahathir sibuk berparti, menghabiskan duit di kelab malam tanpa mengendahkan arahan pihak berkuasa.

Kemewahan ditayang di media sosial tapi pada masa sama, Mahathir enggan membantu rakyat dan mengatakan 'jangan beri tongkat' kepada rakyat sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Sepatutnya harta Mahathir disalurkan kepada negara, gunakan duit itu membantu rakyat yang berdepan kesulitan hidup.

Mahathir tak usah memperjuangkan orang Melayu, jika keluarga sendiri masih tunggang-langgang bab halal atau haram.

Lebih baik Mahathir fokus mengajar semula cucu-cucunya seperti Ally Mukhriz untuk lebih menjaga nama baik Islam dan orang Melayu.

Comments