Tiada Kebebasan Bersuara Zaman Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kebebasan bersuara di negara ini semakin berkurangan selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertindak membela rakyat ketika ada yang ‘ditumbuk malah disimbah asid’.

Mahathir melontarkan dakwaan tersebut ketika ditanya tentang erti kemerdekaan oleh sebuah media tempatan.

Dakwaan itu bagaimanapun perlu disoal semula kepada Mahathir tentang kebebasan bersuara.

Bagaimana pula dengan era pemerintahannya ketika menjadi Perdana Menteri keempat? Adakah semua pihak bebas untuk bersuara?

Jawapannya tidak. Rakyat merasa lebih terkongkong untuk bersuara ketika era pemerintahannya.

SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/2024/08/apa-erti-merdeka-jika-rakyat-disimbah-asid-ditumbuk-tun-mahathir/


Mahathir menjadi dalang kepada tragedi Memali pada 1985 yang menyebabkan 14 orang terkorban.

Peristiwa itu berlaku selepas Mahathir mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk menyerang kampung tersebut kerana dia mendakwa penduduk di situ menyokong PAS.

Mahathir juga dikatakan berada di Malaysia ketika peristiwa terbabit, bukannya di China seperti disebarkan kepada orang awam sebelum ini.

Adakah salah di sisi undang-undang untuk rakyat memberi sokongan kepada parti politik lain sehingga membunuh orang ramai?

Di manakah erti kebebasan bersuara yang cuba diperjuangkan oleh Mahathir?

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/373618/rci-memali-tiada-maaf-untuk-mahathir


Mahathir mengarahkan Ops Lalang dilaksanakan pada 1987 untuk menutup mulut orang ramai.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan pihak yang cuba mencabar kepimpinannya dalam UMNO pada masa itu, Mahathir mengarahkan Ops Lalang dilaksanakan.

Lebih 100 orang aktivis, wartawan dan ahli politik ditahan ketika itu, tanpa dibicarakan di mahkamah.

Susulan Ops Lalang, Mahathir memperkenalkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk menyekat media daripada mengkritik kerajaan.

Setiap media perlu memperbaharui lesen setiap tahun dan jika dibatalkan, pembatalan itu tidak boleh dicabar di mahkamah.

Penerbit berita boleh dipenjara sehingga tiga tahun sekiranya menyebarkan berita palsu.

Akta itu hanya digunakan sebagai alasan Mahathir untuk mengetatkan lagi kebebasan berpolitik serta bersuara.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/columns/155852


Gara-gara tidak berpuas hati dengan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 1980-an, Mahathir melakukan pindaan ke atas perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai Akta Pindaan Perlembagaan 1988.

Mahathir berbuat demikian bagi menyekat kuasa badan kehakiman serta menyusun semula kedudukan mahkamah dalam sistem pentadbiran negara.

Pada masa yang sama, Mahathir bersama sekutunya menyerang dan memburukkan hakim mahkamah secara terbuka menerusi media.

Dalam pada itu, pihak mahkamah yang diketuai oleh Tun Salleh Abas memohon Yang Di-Pertuan Agong supaya bertitah agar campur tangan kerajaan dalam badan kehakiman dihentikan.

Namun, Mahathir lebih licik dan memohon kepada Yang Di-Pertuan Agong agar Tun Salleh Abas digantikan atas faktor kesihatan serta tidak mampu lagi membuat sebarang keputusan mahkamah dengan baik.

SUMBER: https://iluminasi.com/bm/krisis-perlembagaan-1988-pertembungan-dr-mahathir-melawan-tun-salleh-abas.html


Kebebasan bersuara pada zaman pemerintahan Mahathir sebenarnya lebih maha dahsyat bagi rakyat.

Rakyat tidak boleh menyuarakan pendapat, sebaliknya menjadi mangsa kepada kekejaman Mahathir.

Sekurang-kurangnya rakyat pada hari ini tidak berdepan situasi sama seperti dihadapi oleh kesemua mangsa yang melalui zaman kegelapan negara di bawah Mahathir.

Adakah Mahathir layak berbicara soal kebebasan bersuara? Tentulah tidak.

Mahathir hanya mahu menjadi batu api antara kerajaan dan rakyat pada hari ini demi kepentingan peribadinya.

Comments