Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim baru-baru ini mempertikaikan keputusan negeri Johor untuk menukar cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.
Dia mendakwa Johor tidak akan mundur sekiranya dikekalkan cuti hujung minggu adalah pada Jumaat dan Sabtu.
Hassan turut mendakwa penukaran cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad diibaratkan seperti mengikut telunjuk penjajah Inggeris.
Selain itu, Hassan melontarkan dakwaan bahawa perubahan tersebut seolah-olah melupakan pengertian budaya dan sejarah politik Johor.
Begitu banyak dakwaan yang dilontarkan oleh Hassan berkaitan penukaran cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad.
Adakah Hassan benar-benar faham mengapa perubahan itu perlu dilakukan?
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/721899
Kalau Hassan cakna tentang ekonomi, tentu tahu sebab atau faktor cuti hujung minggu di Johor diubah kepada Sabtu dan Ahad.
Johor kini sedang bergerak ke arah Zon Kewangan Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) tidak lama lagi.
Syarikat-syarikat multinasional dan pelabur antarabangsa beroperasi berdasarkan jadual kerja lima hari seminggu dan bercuti pada Sabtu serta Ahad.
Apabila Johor mengambil tindakan sama dengan bercuti pada Sabtu dan Ahad, bakal memudahkan koordinasi serta urusan perniagaan antara syarikat tempatan dan pelabur asing.
Maka, Johor akan dipandang lebih mesra pelabur kerana mereka tidak perlu menyesuaikan operasi atau mengubah jadual untuk diselaraskan dengan jadual cuti yang berbeza.
SUMBER: https://www.utusan.com.my/ekonomi/2024/08/johor-mahu-sfz-forest-city-diletak-bersama-inisiatif-js-sez/
Cuti Sabtu dan Ahad juga tidak memberi kesan negatif terhadap pelaksanaan solat Jumaat bagi pekerja Islam di Johor.
Hassan sudah tentu sedia maklum bahawa solat Jumaat adalah kewajiban mingguan yang perlu dilaksanakan oleh lelaki Muslim setiap hari Jumaat, tanpa mengira sama ada mereka bercuti atau bekerja pada hari berkenaan.
Undang-undang buruh sendiri sudah menetapkan bahawa majikan mesti memberi kelonggaran kepada pekerja lelaki Muslim untuk menunaikan solat Jumaat.
Ini bermakna, walaupun pekerja berada di tempat kerja pada hari Jumaat, mereka tetap mempunyai masa yang cukup untuk menunaikan solat Jumaat tanpa sebarang masalah.
Oleh itu, cuti pada hari Sabtu dan Ahad tidak langsung menjejaskan pelaksanaan solat Jumaat atau menyebabkan Islam di negeri Johor berkurangan.
SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/majikan-di-johor-perlu-beri-masa-cukup-untuk-solat-jumaat-490871
Hassan ini memang dikenali suka membuat kenyataan yang menuduh dan menghasut rakyat.
Dia pernah didakwa di mahkamah pada 2015 atas tiga pertuduhan menerbitkan kenyataan menghasut melalui akaun Twitter membabitkan krisis bekas Menteri Besar Selangor pada 2014, selain menghadapi tiga pertuduhan pilihan.
Sekarang ini, dia menghasut pula rakyat Johor untuk menentang titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Sebagai rakyat Johor sendiri, dia patut memahami sebab cuti hujung minggu ditukar kepada Sabtu dan Ahad.
Tunku Mahkota Ismail tidak akan mengeluarkan sebarang titah tanpa mengadakan perbincangan atau meneliti semua aspek.
Hassan patut berbangga penukaran cuti hujung minggu itu adalah demi kebaikan Johor, bukannya menentang titah tersebut.
SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/454511/tuduhan-menghasut-ahli-parlimen-pasir-gudang-dilepas-tanpa-dibebaskan
Hasutan ahli politik seperti Hassan perlu dikritik kerana hanya mencetuskan kebencian dan perpecahan dalam kalangan rakyat Johor.
Penukaran cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad sebenarnya memberikan manfaat kepada ekonomi serta kemajuan di negeri Johor.
Namun, Hassan membabi buta mengkritik langkah kerajaan negeri Johor tanpa memikirkan kesan positif kepada negeri tersebut.
Bagaimana Hassan boleh menjadi wakil rakyat kerajaan kalau kerjanya asyik membangkang?
Sepatutnya dia patut duduk di kerusi pembangkang kalau hendak membangkang keputusan kerajaan negeri yang terang-terangan sentiasa mengutamakan kemajuan Johor.
Comments
Post a Comment