Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini merasakan dia berada di negara asing apabila mengunjungi sebuah kompleks membeli-belah.
Mahathir mengatakan bahasa yang digunakan untuk papan tanda kedai adalah dalam bahasa Mandarin dan bukannya bahasa Melayu.
Dia mempersoalkan sama ada keadaan ini mencerminkan penghakisan identiti kebangsaan Malaysia.
Kalau Mahathir mahu menyentuh soal identiti kebangsaan Malaysia, adakah dia lupa tentang siapakah yang memperkenalkan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)?
Mahathir juga yang memperkenalkan polisi tersebut, kononnya atas alasan bahasa Melayu bukanlah bahasa antarabangsa.
Kenapa sekarang apabila bersepah papan tanda yang bukannya bahasa kebangsaan, baru nak melalak di media sosial? Mengapa ketika menjadi Perdana Menteri, dia tak mahu memartabatkan bahasa kebangsaan?
Apa sahaja usaha Mahathir untuk mempertahankan bahasa kebangsaan selama 22 tahun?
Papan tanda bahasa asing ini bukan baru saja ada, tapi dari era Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi.
Tak akan baru sekarang nak sedar?
Tapi Mahathir lebih mementingkan bahasa asing daripada bahasa kebangsaan sendiri ketika menjadi Perdana Menteri.
Bukan sekali Mahathir menjadi Perdana Menteri, tetapi dua kali.
Namun tiada usaha langsung dibuat oleh Mahathir tentang memartabatkan bahasa kebangsaan.
SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/600833/ppsmi-tidak-berjaya-meningkatkan-penguasaan-bi
Apa sahaja kemajuan yang dicapai oleh para pelajar menerusi polisi PPSMI? Jawapannya tiada kemajuan.
Majoriti murid yang tinggal di kawasan luar bandar gagal menguasai Bahasa Inggeris, sekali gus menyebabkan tahap pendidikan di negara ini merosot.
Malahan, penguasaan subjek Matematik dan Sains menjadi semakin lemah dalam kalangan murid.
Merujuk laporan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS), pencapaian murid Malaysia semakin merosot dengan subjek Matematik berada pada kedudukan ke-26 manakala Sains pada kedudukan ke-32 pada 2011.
Laporan berkenaan turut menyatakan pencapaian matematik dan sains murid yang tinggi adalah dari kebanyakan negara yang menggunakan bahasa ibunda berbanding murid yang menggunakan Bahasa Inggeris.
Selain itu, menurut laporan Programme for International Student Assesment (PISA), Malaysia berada di bawah gred purata antarabangsa dengan subjek Matematik berada di kedudukan ke-52 dan Sains pada kedudukan ke-53 pada 2012.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/600943/cukuplah-ajar-ppsmi-10-tahun-guna-pula-bahasa-ibunda
Kalau Mahathir nak bercakap soal memartabatkan bahasa kebangsaan, kerajaan telah melaksanakan polisi penggunaan surat rasmi kerajaan dalam Bahasa Melayu.
Sebelum ini, Perdana Menteri kesembilan berucap di persidangan antarabangsa menggunakan bahasa Melayu.
Kalau diikutkan negara-negara maju lain seperti Jepun dan Korea Selatan mampu mencapai status negara maju, menerusi penggunaan bahasa kebangsaan dalam pendidikan.
Adakah mereka menganggap bahasa Inggeris tidak penting? Penting tapi bukan satu keutamaan bagi mereka.
Mengapa Mahathir tidak mencontohi negara-negara tersebut, sedangkan dia sendiri yang melaksanakan Dasar Pandang ke Timur?
SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/10/1169436/guna-bahasa-melayu-dalam-surat-rasmi-kerajaan-dapat-pelihara
Semua perkara mahu disentuh oleh Mahathir tapi dia sendiri yang tidak berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ketika menjadi Perdana Menteri.
Mahathir jangan anggap semua polisinya adalah baik untuk negara.
Lihat balik impak negatif PPSMI kepada murid di negara ini. Adakah murid-murid suka dengan PPSMI?
Justeru, Mahathir jangan anggap semua polisinya berjaya.
Lebih elok Mahathir beri ruang kepada kerajaan semasa untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.
Comments
Post a Comment