Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun sudah berusia 99 tahun, namun dia masih tidak serik untuk kekal relevan.
Walaupun usahanya itu sering kali gagal, namun Mahathir masih keras kepala untuk berada dalam dunia politik.
Mahathir sepatutnya mengikut jejak langkah pemimpin dunia lain yang sudah berusia 90 tahun untuk berehat daripada dunia politik dan sebagainya.
Namun, Mahathir berfikir seolah-olah dia adalah penyelamat rakyat daripada ahli politik lain di negara ini. Terlalu banyak kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Mahathir sepanjang tahun 2024.
Antara kenyataan Mahathir paling mencetuskan kontroversi berbentuk sentimen perkauman adalah apabila Mahathir mendakwa kaum Cina dan India di negara ini tidak setia.
Mahathir mendakwa masyarakat India negara ini masih tidak sepenuhnya setia kepada Malaysia kerana masih terikat dengan negara asal mereka.
Paling malang adalah apabila Mahathir mengatakan tentang perkara itu dalam temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran televisyen satelit India, Thanti TV.
SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/644317/berita/nasional/anggap-masyarakat-india-cina-tidak-setia-gobind-selar-tun-m
Kaum Melayu juga menjadi bahan naratif Mahathir sepanjang 2024.
Mahathir mempertikaikan soal perpaduan kaum Melayu dan mendakwa komuniti berkenaan akan hilang dalam tempoh 10 tahun lagi.
Walhal, Mahathir sendiri yang menjadi punca kepada perpecahan kaum Melayu di negara ini.
Mahathir lupa siapakah yang memecahbelahkan parti UMNO sejak dulu?
Siapa yang kerap lompat parti dan menubuhkan parti sendiri seperti PEJUANG?
Mahathir turut mendakwa orang Melayu kehilangan banyak hak dalam tempoh dua tahun kerajaan ketika ini memerintah.
Apa bukti Mahathir berkata demikian? Kalau hendak dihitung dan dikaji semula, orang Melayu ketika zaman pemerintahan Mahathir paling banyak kehilangan hak.
Hanya mereka yang berstatus kroni dalam kalangan orang Melayu elit sahaja yang diberi pelbagai peluang oleh Mahathir.
SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/12/14/hak-melayu-apa-dirampas-veteran-umno-soal-dr-m/
https://www.malaysiakini.com/news/693910
Kegagalan terbesar Mahathir pada 2024 adalah dia masih tidak dapat membuktikan dirinya masih relevan kepada rakyat.
Pelbagai naratif cuba dibawa oleh Mahathir dalam media sosialnya yang berbentuk serangan terhadap kerajaan dan pihak lain, namun dia gagal membuktikan dirinya relevan.
Mahathir masih lagi dilihat sebagai veteran politik yang sudah dimamah usia dan sepatutnya tidak mencampuri urusan pentadbiran negara.
Keluarganya juga ramai disoal siasat pada tahun ini seperti Mirzan dan Mokhzani Mahathir berhubung pengisytiharan aset.
Mahathir turut disiasat atas pelbagai dakwaan termasuklah mengeluarkan kenyataan berbentuk perkauman.
Malahan, dia juga dituduh menjadi pengkhianat negara kerana menjual kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada negara lain.
SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1163305/kesalahan-dalam-isu-batu-puteh-adalah-pengkhianatan-besar-kepada-negara
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/12/12/penganalisis-sangkal-dakwaan-dr-m-hak-orang-melayu-dirampas/
Memasuki usia 100 tahun pada 2025, Mahathir sepatutnya sedar bahawa dia sudah berada di penghujung usia.
Tahap kesihatannya juga tidak mengizinkan dia untuk terus berada dalam dunia politik.
Mahathir perlu sedar satu perkara. Zamannya benar-benar sudah lama berlalu.
Rakyat lebih peka dan cakna tentang keperluan negara ditadbir oleh generasi baharu.
Mahathir perlu faham bahawa rakyat tidak lagi menerima politik usang yang dibawa oleh dirinya.
Mahathir mungkin relevan tapi bukan pada masa sekarang.
Comments
Post a Comment