Mahathir Punca Sistem Demokrasi Negara Pincang


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini memekak tentang langkah kerajaan mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen.

Mahathir dakwa Parlimen akan dikuasai kumpulan tertentu selepas Akta Perkhidmatan Parlimen dilaksanakan semula.

Dia juga mendakwa apabila ada 'individu luar' diambil berkhidmat dalam Parlimen, mungkin akan wujud elemen pilih kasih dalam pengambilan pekerja.

Adakah Mahathir tahu pentingnya langkah yang dibuat oleh kerajaan kepada negara?

Adakah dia faham mengapa perlu dipisahkan badan eksekutif dan perundangan kepada negara?

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/716957/berita/nasional/tambah-baik-ruu-perkhidmatan-parlimen-wujudkan-larangan-nepotisme---bersih


Mahathir telah memansuhkan Akta Perkhidmatan Parlimen pada 1992, justeru meletakkan kuasa perundangan dalam badan eksekutif yang dikuasai oleh Perdana Menteri.

Namun langkah itu tidak selari dengan sistem berparlimen seperti dipraktikkan di United Kingdom (UK) atau negara-negara demokrasi lain kecuali negara yang mengamalkan pemerintahan kuku besi.

Apabila perkhidmatan Parlimen diletakkan di bawah kuasa eksekutif, kakitangan Parlimen bukan lagi dianggap sebagai golongan yang bebas serta berautonomi.

Secara ringkasnya, mereka menjadi 'pak turut' kepada sesiapa yang mengawal badan eksekutif.

Dalam hal ini, Perdana Menteri yang berkuasa sepenuhnya dalam mengawal Parlimen kerana tindakan bodoh Mahathir.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/362411


Badan eksekutif dan perundangan pada awalnya memang dipisahkan ketika Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri dan Perlembagaan dilaksanakan.

Namun Mahathir mengubah sistem berkenaan dan semenjak itu, Parlimen tak ubah menjadi 'rubber stamp' bagi sesiapa yang menjadi Perdana Menteri.

Disebabkan itu, sesiapa yang menjadi kerajaan, boleh melakukan sesuka hati mereka.

Antaranya, sesuka hati tidak mahu hadir sidang Dewan Negara atau Rakyat, boleh membuat pelaksanaan dasar yang tidak masuk akal semata-mata untuk memenangkan pihak kerajaan.

Justeru, Mahathir tidak boleh menafikan bahawa pemansuhan Akta Perkhidmatan Parlimen adalah legasi terburuk dalam pemerintahannya.

SUMBER: https://x.com/tjerealjoker/status/1897207190395793570


Ketika menjadi Perdana Menteri, habis semua mahu dirombaknya. Bahkan sistem kehakiman negara juga dirombak oleh Mahathir.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 1980-an, Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri keempat, melakukan pindaan ke atas perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai Akta Pindaan Perlembagaan 1988.

Mahathir berbuat demikian bagi menyekat kuasa badan kehakiman serta mengintrepretasikan semula kedudukan mahkamah dalam sistem pentadbiran negara.

Pada masa yang sama, Mahathir bersama sekutunya menyerang dan memburukkan hakim mahkamah secara terbuka menerusi media.

Bertitik tolak dari situ, pihak mahkamah yang diketuai oleh Tun Salleh Abas memohon Yang Di-Pertuan Agong supaya bertitah agar campur tangan kerajaan dalam badan kehakiman dihentikan.

Namun, Mahathir sememangnya licik. Rancangan Tun Salleh Abas terbongkar dan Mahathir pula memohon kepada Yang Di-Pertuan Agong agar Tun Salleh Abas digantikan atas faktor kesihatan serta tidak mampu lagi membuat sebarang keputusan mahkamah dengan baik.

Sumber: https://iluminasi.com/bm/krisis-perlembagaan-1988-pertembungan-dr-mahathir-melawan-tun-salleh-abas.html


Mahathir tidak layak untuk mengkritik tindakan kerajaan dalam mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen.

Kerajaan sedang memperbetulkan kesilapan yang dibuat oleh Mahathir supaya badan eksekutif dan perundangan berfungsi seperti sepatutnya dalam sebuah negara demokrasi.

Kalau Mahathir benar-benar bimbang tentang integriti Parlimen, dia sepatutnya menyokong usaha ini dan bukannya mencetuskan naratif ketakutan dalam kalangan rakyat.

Namun, kita semua tahu Mahathir hanya bersuara apabila sesuatu perkara itu tidak memberi kelebihan kepadanya.

Rakyat perlu sedar bahawa legasi Mahathir adalah antara punca utama mengapa sistem demokrasi kita telah lama pincang.

Comments