Penipuan Mahathir Didedahkan Oleh Tengku Zafrul


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini cuba menyerang kerajaan berhubung perjanjian ekonomi luar negara.

Mahathir cuba untuk tunjuk pandai apabila membidas semua tindakan kerajaan berkaitan perjanjian Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS).

Kalau hendak tunjuk siapakah 'hero rakyat', Mahathir pasti akan tampil ke hadapan.

Namun apa yang disebarkan oleh Mahathir, hanyalah benih-benih penipuan dalam kalangan rakyat.

Mahathir lebih seronok menghancurkan kerajaan yang bukan di bawah pimpinannya.

SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/2025/08/tengku-zafrul-balas-kritikan-tun-mahathir-berhubung-tarif-as/


Mahathir mendakwa kerajaan 'happy' dengan perjanjian bersama Trump.

Namun menurut kerajaan melalui Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ini bukan soal 'happy' tetapi langkah pengurusan krisis secara bertanggungjawab.

Kerajaan berunding untuk mengelakkan tarif sebanyak 25 peratus yang boleh mengancam nilai eksport lebih RM198 bilion dan 10,000 pekerjaan.

Statistik itu hanya melibatkan sektor elektrik dan elektronik sahaja. Bayangkan situasi dalam sektor-sektor lain pula.

Kerajaan berjaya mendapatkan kadar tarif sebanyak 19% yang sama seperti rakan-rakan ASEAN lain dengan mengutamakan kepentingan negara serta kestabilan ekonomi.

Tengku Zafrul menegaskan ini bukan tentang soal gembira namun tanggungjawab kerajaan untuk menyelamatkan periuk nasi dan mata pencarian rakyat.

Berbeza dengan Mahathir yang hanya mengutamakan kepentingan kroninya sahaja apabila melibatkan hal-hal ekonomi negara.

SUMBER: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2452811


Mahathir mendakwa Malaysia memansuhkan semua cukai terhadap 11,000 produk AS yang masuk ke Malaysia.

Dakwanya lagi, disebabkan itu, Malaysia hanya mendapat pengurangan tarif sebanyak enam peratus.

Tengku Zafrul bagaimanapun mengatakan hanya 60.4 peratus baris tarif yang kini dikenakan duti sifar, bukan 100 peratus seperti didakwa Mahathir.

Lain kali semak fakta betul-betul, Mahathir.

100 peratus dan 60 peratus jauh nilainya. Adakah Mahathir hanya mahu menyerang kerajaan membabi buta sehingga terlepas pandang angka yang sebenar?

SUMBER: https://www.kosmo.com.my/2025/08/07/komitmen-tarif-19-peratus-as-tidak-libat-dana-awam-tambah-hutang/


Mahathir dakwa Malaysia akan bekal nadir bumi kepada AS.

Tengku Zafrul sekali lagi balas dengan fakta sebenar iaitu tiada perjanjian yang dicapai antara AS atau mana-mana negara.

Malah, mulai 1 Januari 2024, Malaysia telah menguatkuasakan larangan eksport bahan mentah nadir bumi (NR-REE).

Semua nadir bumi mesti diproses dalam negara.

Malaysia juga sedang membangunkan rantaian nilai nadir bumi penuh, daripada perlombongan (huluan), pemprosesan (pertengahan) hingga pembuatan berteknologi tinggi (hiliran).

Dari sumber mana Mahathir 'cedok'? Jangan sembrono melemparkan tuduhan tanpa bukti kukuh.

SUMBER: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/dasar-larangan-eksport-ree-mampu-bangunkan-industri-hiliran


Mahathir seolah-olah hanya mahu mencari sisi buruk kerajaan ketika ini.

Dia tidak peduli tentang fakta yang salah, asalkan dapat menyebarkan kebencian terhadap kerajaan.

Tujuan Mahathir hanya satu, mahu menjatuhkan kerajaan ketika ini.

Mengapa? Sebab dia mahu berkuasa semula.

Mahathir mahu menyelamatkan semua kroni-kroninya yang ketika ini mungkin tak senang duduk kerana Malaysia bukan di bawah pemerintahannya lagi.

Comments