Mahathir Perlu Hentikan Drama Penipuan


Kes perbicaraan saman fitnah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum selesai.

Saman fitnah berkenaan difailkan kerana Mahathir mendakwa tidak benar dia mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman dan mengaut kekayaan untuk keluarganya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Namun, kita semua tahu apa yang berlaku ketika era pemerintahannya.

Bukti sudah jelas di depan mata rakyat, apa yang cuba dinafikan oleh Mahathir?
Kalau betul Mahathir tidak bersikap perkauman, bukankah dia juga yang mendakwa masyarakat India di negara ini tidak setia sepenuhnya kepada Malaysia?

Mahathir mendakwa masyarakat India negara ini lebih terikat dengan negara asal mereka.

Dia juga mendakwa amalan menggunakan ‘chopsticks’ dalam kalangan masyarakat Cina mengganggu proses asimilasi kaum berkenaan di negara ini.

Mahathir juga mendakwa kaum Melayu akan kehilangan kuasa mereka di negara ini dalam tempoh 10 tahun kerana ditawan oleh bangsa lain.

Adakah Mahathir ingin mengatakan dia memelihara kestabilan kaum di Malaysia selama ini?

Bukankah dia paling 'lantang' mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman di negara ini sejak dulu lagi?

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/177775/berita/nasional/tun-m-dikecam-kerana-lsquochopsticks

https://malaysiagazette.com/2024/01/13/menteri-kecewa-tun-m-anggap-masyarakat-india-tak-setia-di-negara-ini/


Anak-anak Mahathir sering mendapat keistimewaan kerana bapa mereka adalah Perdana Menteri sebelum ini.

Bukan sekali tapi dua kali menjadi Perdana Menteri. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang individu dipilih menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali.

Namun, Mahathir menggunakan kedua-dua peluang itu untuk memberikan 'kekayaan negara' kepada anak-anaknya.

Selepas empat hari Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua pada 2018, Opcom Holdings Berhad dianugerahkan kontrak sebanyak RM11.16 juta oleh Telekom Malaysia.

Saham Opcom naik 18.5 sen atau 41.11% menjadi 63.5 sen dalam tempoh sehari ketika itu.

Situasi tersebut dilihat sangat aneh memandangkan kerajaan Mahathir baru sahaja meluluskan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.

Mukhriz pada masa itu sudah melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi syarikat itu namun masih memegang 23.28% saham manakala isterinya memiliki 14.11% ekuiti.

Pada tahun sama, Mukhriz bersama-sama isterinya mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM25.1 juta.

Namun peliknya, keuntungan ekuiti saham yang diperoleh menerusi Opcom Holdings Berhad pada tahun itu tidak dinyatakan sekali dalam pengisytiharan harta berkenaan.

Sepatutnya nilai harta Mukhriz dan isterinya adalah RM37.9 juta jika mengambil kira jumlah pegangan saham mereka dalam Opcom.

Mana perginya lebihan harta tersebut? Adakah disimpan di luar negara supaya tidak dijejaki oleh pihak berkuasa negara ini?

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/09/09/as-opcom-shares-rise-so-do-whispers-about-cronyism-and-new-malaysia


Mokhzani menubuhkan Kencana Capital Sdn. Bhd. pada akhir 2001 bernilai RM30 juta.

Syarikat itu diberikan lesen fabrikasi (offshore structures) oleh Petronas pada 2002.

Kencana Capital Sdn. Bhd. kemudiannya dijenamakan semula sebagai Kencana Petrolium Berhad.

Kencana Petrolium Berhad merupakan salah satu daripada hanya tujuh pemegang lesen berkenaan di Malaysia pada masa itu.

Pada 2012, Kencana Petrolium Berhad dianugerahkan kontrak sebanyak RM700 juta oleh Petronas.

Mahathir yang ketika memegang jawatan sebagai penasihat Petronas dikatakan mempengaruhi keputusan Petronas menganugerahkan kontrak itu.

Mokhzani kemudiannya diisytiharkan sebagai orang kesembilan terkaya di Malaysia dan orang Melayu kedua terkaya pada 2013 dengan aset bernilai RM4.22 bilion susulan keuntungan Kencana Petrolium Berhad yang semakin meningkat.

SUMBER: https://www.offshore-energy.biz/kencana-hl-clinches-two-huc-contracts-offshore-malaysia/


Mahathir masih mahu menafikan semua bukti yang terang serta kukuh?

Adakah Mahathir masih mahu menafikan sentimen perkauman menebal dalam dirinya?

Selain itu, sukar untuk melihat anak-anaknya berjaya sehingga digelar antara manusia terkaya negara sekiranya tiada 'jaringan keselamatan' atau 'safety net' daripada Mahathir sendiri.

Hanya Mahathir dan keluarganya sahaja mampu berbuat demikian.

Hentikanlah sandiwara dan drama ini, Mahathir. Tak perlu panjangkan cerita, bukti juga sudah depan mata.

Comments