Sejak memenangi kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin jelas meminggirkan kawasan berkenaan.
Dia lebih sibuk membina imej dan menikmati kehidupan peribadinya berbanding menyelesaikan isu-isu tempatan di Muar.
Adakah komitmennya terhadap rakyat Muar hanyalah retorik kosong?
Atau Muar sekadar menjadi 'tempat berlindung' untuk Syed Saddiq sedangkan dia memiliki agenda tersendiri berbanding mementingkan kepentingan pengundi kawasan itu?
Persoalan yang timbul adalah sama ada Syed Saddiq masih berminat untuk kekal sebagai ahli Parlimen di kawasan itu.
Syed Saddiq sering mengatakan dia menunjukkan komitmen 100 peratus kehadiran di Parlimen dan mendakwa aktif membahaskan isu rakyat.
Namun, di Muar sendiri, realitinya jauh berbeza.
Penduduk kawasan tersebut masih menunggu penambahbaikan infrastruktur seperti jalan raya, pengurusan banjir, pemulihan ekonomi pasca-pandemik serta promosi industri kecil dan pelancongan warisan.
Dia berulang kali mengeluh tentang kekurangan peruntukan Kerajaan Pusat untuk pusat khidmat Parlimen Muar.
Sebaliknya, Kerajaan Pusat sering kali menyalurkan dana untuk tujuan pembangunan di kawasan berkenaan.
Malah ketika Perdana Menteri hadir mengadakan lawatan di Muar, di manakah Syed Saddiq? Bukankah dia wakil rakyat Muar?
Syed Saddiq kini terlalu sibuk dengan kisah percintaannya bersama selebriti.
Setiap hari ada saja 'kisah romantis' yang dipaparkan oleh media massa berhubung mereka berdua.
Adakah Syed Saddiq sudah melupakan tanggungjawabnya sebagai ahli politik?
Bukankah 'highlight' bagi seseorang ahli politik adalah hasil kerjanya untuk rakyat?
Apakah Syed Saddiq hanya mahu memenuhkan portfolio politiknya dengan kisah percintaannya?
Apabila fokusnya lebih terarah kepada kisah percintaan, sehinggakan ada projek di Muar yang tergendala menyebabkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi terpaksa masuk campur.
Syed Saddiq seolah-olah tiada visi yang jelas untuk rakyat Muar.
Melihat kepada media sosial kebanyakan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor, mereka giat menjalankan aktiviti-aktiviti di kawasan masing-masing.
Aktiviti seperti program bantuan, lawatan dan aktiviti bersama rakyat setempat sering dihadiri oleh kebanyakan ADUN di negeri tersebut.
Walaupun nampak kecil atau remeh, namun perkongsian aktiviti bersama rakyat di media sosial merupakan strategi penting untuk orang ramai melihat komitmen seseorang ADUN berbakti kepada kawasan pengundinya.
Syed Saddiq bagaimanapun jarang berkongsi aktivitinya di Muar dan lebih gemar memuat naik perkembangannya ketika bersukan atau bersama selebriti.
Dia hanya akan memuat naik isu-isu yang selektif dan kena dengan 'selera politiknya' di media sosial.
SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/2024/07/syed-saddiq-ahli-politik-muda-yang-banyak-masalah-puad/
Syed Saddiq patut bertanya semula kepada dirinya sendiri, sama ada dia masih layak memegang portfolio sebagai ahli Parlimen.
Kalau sekadar mahu menjadi ahli Parlimen di atas kertas, lebih baik lepaskan sahaja jawatan itu.
Janganlah menyeksa penduduk Muar lagi. Penduduk Muar berhak mendapatkan ahli politik yang lebih komited berbanding Syed Saddiq.
Tanggungjawab ahli Parlimen bukan semata-mata hadir di Parlimen tetapi perlu turun ke lapangan untuk mendengar keluh kesah mereka.
Jangan sibuk bercinta atau bersukan, sehingga mengabaikan perkara yang lebih penting di depan mata.
Comments
Post a Comment