Nama Syed Saddiq Kian 'Hilang' Dari Politik

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ini seolah-olah tidak aktif lagi dalam dunia politik.

Kisah-kisah cintanya lebih banyak menghiasi dada-dada akhbar ketika dia menunggu detik untuk keputusan mahkamah kerana kes rasuahnya.

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Syed Saddiq masih tidak menampakkan wajahnya.

Bukankah sepatutnya dia berkempen atau mempromosikan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kepada seluruh rakyat Johor?

Meskipun dia bukan lagi Presiden MUDA, namun sepatutnya dia turun padang juga untuk berkempen sebagai ahli parti itu.

Kalau dikenang semula, kontroversi Syed Saddiq selama ini membawa kepada trajektori negatif dalam karier politiknya.

Syed Saddiq berulang kali mendakwa mereka memperjuangkan isu rasuah dalam politik negara.

Sehinggakan Syed Saddiq mengambil keputusan untuk membawa keluar MUDA daripada blok kerajaan dan menjadi kuasa ketiga kerana tidak berpuas hati dengan penghakiman kes membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Syed Saddiq bercakap tentang prinsip mereka menentang rasuah, namun dia sendiri turut terpalit kes yang sama.

Syed Saddiq ketika ini dikenakan hukuman tujuh tahun penjara, denda RM10 juta dan dua sebatan serta kesnya masih berada dalam proses rayuan.

Ke manakah prinsip Syed Saddiq sebagai pengasas parti yang sebelum itu berkeras mahu menentang rasuah?

Adakah prinsip sanggup diketepikan hanya kerana gelap mata gara-gara wang?

SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/11/syed-saddiq-dipenjara-7-tahun-denda-rm10-juta-dan-dikenakan-2-sebatan

Syed Saddiq kini terlalu sibuk dengan kisah percintaannya bersama selebriti.

Setiap hari ada saja 'kisah romantis' yang dipaparkan oleh media massa berhubung mereka berdua.

Adakah Syed Saddiq sudah melupakan tanggungjawabnya sebagai ahli politik?

Bukankah 'highlight' bagi seseorang ahli politik adalah hasil kerjanya untuk rakyat?

Apakah Syed Saddiq hanya mahu memenuhkan portfolio politiknya dengan kisah percintaannya?

Apabila fokusnya lebih terarah kepada kisah percintaan, sehinggakan ada projek di Muaryang tergendala menyebabkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi terpaksa masuk campur.

Syed Saddiq seolah-olah tiada visi yang jelas untuk rakyat Muar.

SUMBER: https://malaysiatribune.news/berita-semasa/bukan-sebab-syed-saddiq-projek-tmiyc-muar-diteruskan-hannah-yeoh/

Syed Saddiq turut lebih fokus kepada perangainya yang suka menunjuk.

Gara-gara perangainya itu, dia sanggup menipu keputusan triathlon di Desaru pada tahun lalu.

Bagaimana Syed Saddiq yang berada di belakang ramai peserta lain sepanjang acara berkenaan, tiba-tiba boleh mendapat tempat ketiga?

Syed Saddiq dikatakan hanya melengkapkan dua kali pusingan kayuhan basikal, walhal perlu melakukan tiga kali pusingan.

Bagaimana peserta terpantas dari Sepanyol mencatatkan rekod kayuhan dalam tempoh 2 jam 31 minit tetapi Syed Saddiq boleh melakukannya dalam masa 2 jam 37 minit?

Syed Saddiq bukanlah atlet profesional seperti peserta Sepanyol itu.

Sewaktu acara IronMan di lokasi yang sama beberapa bulan sebelum itu, Syed Saddiq mencatat rekod 3 jam 31 minit.

Bagaimana dia dengan angkuhnya memuat naik hantaran di laman media sosialnya rasmi tentang 'kemenangannya' itu?

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1269480/syed-saddiq-akui-tersilap-dalam-triathlon

Karier politik Syed Saddiq banyak dibelenggu kontroversi sehinggakan dia cuba untuk menaikkan imejnya semula dengan kisah-kisah percintaannya.

Sepatutnya dia diangkat kerana sumbangan kepada rakyat.

Namun, dia gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.

Syed Saddiq hipokrit, mengambil kredit atas usaha orang lain dan terpalit kontroversi yang sangat besar.

Apa lagi portfolio atau legasi politik yang boleh dibanggakan oleh Syed Saddiq? Jawapannya, tiada.

Comments