Kalau bercerita soal kekayaan melibatkan dinasti atau empayar di negara ini, keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah paling tinggi dalam senarai berkenaan.
Sukar nak jumpa sebuah keluarga yang setiap ahlinya memiliki kekayaan bernilai berbilion ringgit di negara ini.
Anak-anak Mahathir bukan mewarisi kekayaan menerusi wasiat atau harta pusaka keluarga, namun melalui cara yang sangat kotor.
Mereka memperoleh semua kekayaan tersebut melalui penggunaan dana awam dan tender kerajaan yang diberikan oleh Mahathir.
Mahathir mendakwa keluarganya tidak pernah memiliki kekayaan bernilai berbilion ringgit.
Dia turut mendakwa tiada sebab untuk dia dan keluarganya perlu mengaku sesuatu yang kurang benar.
Kalau benar dakwaan Mahathir, cuba jawab daripada mana datangnya nilai kekayaan berbilion ringgit milik anaknya seperti Mokhzani dan Mirzan?
Bagaimana pula dengan nilai barangan kemas peribadi yang hilang pada Julai 2025 bernilai jutaan ringgit milik cucunya? Cuba Mahathir jawab.
Pada Julai lalu, rumah yang diduduki oleh cucu Mahathir, dipecah masuk dan barang kemas lama bernilai RM1.8 juta dilarikan.
Bayangkan barang kemas bernilai RM1.8 juta berada di rumah cucu Mahathir.
Itu baru melibatkan barangan kemas. Belum lagi selongkar aset-aset lain milik cucunya.
Daripada mana cucu Mahathir memiliki barangan kemas bernilai RM1.8 juta?
Sudah tentu daripada kekayaan yang diperoleh secara langkah kronisme oleh Mahathir sejak dari dulu lagi ketika menjadi Perdana Menteri keempat dan ketujuh.
Pada 1990-an, Asiaweek menilai pegangan Mirzan dalam syarikat awam sahaja melebihi AS$880 juta.
Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 juta pada 1992.
Mirzan membeli PNSL menerusi syarikat miliknya iaitu Konsortium Perkapalan Bhd (KPB).
Namun, Mirzan terperangkap dalam krisis ekonomi Asia dan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira AS$230 juta kerana membeli syarikat Hong Kong, Pacific Basin Bulk Shipping pada 1996.
Mirzan hampir muflis dan Mahathir mengarahkan Petronas membeli syarikat KPB sebanyak RM900 juta.
Mahathir juga sanggup merancang untuk melaksanakan satu skema khas dengan mengambil dana kira-kira RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah untuk membantu KPB.
KPB ketika itu memiliki hutang sebanyak RM1.6 bilion.
Namun, Mahathir dikatakan mengarahkan pembelian KPB dibuat menerusi pintu belakang tanpa saluran rasmi.
Mahathir diminta membentangkan bajet tambahan untuk 'bail-out' KPB di Parlimen tapi dia tidak mahu kerana ingin menjaga air mukanya.
Mahathir sebaliknya mengarahkan Petronas membeli KPB menggunakan dana kerajaan tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/699565
Majalah Forbes pernah menyenaraikan salah seorang anak Mahathir iaitu Mokhzani sebagai antara orang terkaya Malaysia beberapa kali sejak 2007.
Forbes meletakkannya sebagai manusia kesembilan terkaya di Malaysia pada 2013 dengan kekayaan lebih RM4.22 bilion daripada perolehan industri minyak dan gas.
Dia mengasaskan fabrikasi peralatan minyak Kencana Petrolium Berhad.
Kencana Petrolium Berhad memenangi lesen untuk mereka bentuk struktur luar pesisir daripada Petronas pada 2002.
Kencana Petrolium Berhad merupakan salah satu daripada hanya tujuh pemegang lesen berkenaan di Malaysia pada masa itu.
Pada 2012, Kencana Petrolium Berhad dianugerahkan kontrak sebanyak RM700 juta oleh Petronas.
Mahathir yang ketika memegang jawatan sebagai penasihat Petronas dikatakan mempengaruhi keputusan Petronas menganugerahkan kontrak itu.
Selepas empat hari Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua pada 2018, Opcom Holdings Berhad dianugerahkan kontrak sebanyak RM11.16 juta oleh Telekom Malaysia.
Saham Opcom terus melonjak naik daripada 18.5 sen seunit atau 41.11% menjadi 63.5 sen seunit dalam tempoh sehari ketika itu.
Penganugerahan kontrak itu diberikan selepas kerajaan Mahathir baru sahaja meluluskan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.
Mukhriz pada masa itu sudah melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengerusi syarikat itu namun masih memiliki 23.28% pegangan saham manakala isterinya memiliki 14.11% ekuiti.
Pada tahun sama, Mukhriz bersama-sama isterinya mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM25.1 juta.
Namun keuntungan ekuiti saham yang diperoleh menerusi Opcom Holdings Berhad pada tahun itu tidak dinyatakan sekali dalam pengisytiharan harta berkenaan.
Sepatutnya nilai harta Mukhriz dan isterinya adalah RM37.9 juta jika mengambil kira jumlah pegangan saham mereka dalam Opcom.
Mengapa lebihan nilai itu tidak dinyatakan dalam pengisytiharan tersebut? Apa yang cuba disorokkan oleh Mukhriz?
Ketika Mahathir dan anak-anaknya seronok mengira wang berbilion ringgit masuk ke dalam poket mereka, masih ada rakyat yang terpaksa bekerja lebih 12 jam untuk menyara kehidupan pada zaman penuh mencabar ini.
Ada rakyat yang bekerja sebagai penghantar makanan, perlu meredah hujan dan pelbagai cabaran lain untuk memastikan makanan tersedia di meja rumah mereka.
Ada yang perlu bekerja lebih masa untuk membayar komitmen bulanan semakin meningkat ekoran keadaan ekonomi dunia kian mencabar pada masa kini.
Betapa bertuahnya menjadi anak-anak Mahathir kerana mereka tidak perlu bekerja keras.
Semuanya sudah disediakan oleh bapa mereka yang sangat berpengaruh besar.
for memang berat kes nih
ReplyDelete