Syed Saddiq Liberal Anti-Islam


Baru-baru ini Syed Saddiq telah menarik perhatian ramai dengan video TikTok yang menghentam sebuah parti politik di negara ini kerana mengucap tahniah kepada kerajaan baru Afghanistan yang diketuai Taliban.

Sumber: https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/posts/4220909067988087

Umum kita semua tahu apa yang terjadinya di Afghanistan mungkin mengejutkan, tetapi apa yang Syed Saddiq telah buat hanya menunjukkan betapa naifnya seperti pandangan seorang budak kecil yang cukup sempit dengan hanya mempercayai naratif yang dibawa oleh negara-negara Barat.

Ini menunjukkan Syed Saddiq bukan hanya tidak faham situasi di Afghanistan, malah jelas dipengaruhi laporan-laporan balai berita berpaksikan agenda liberal dari barat terutamanya dari Amerika Syarikat dan Eropah. Syed Saddiq secara tidak langsung telah memburuk-burukan Islam.

Ini sangat berironi bagi Syed Saddiq untuk mengecam kerajaan Islam Afghanistan yang kononnya ekstremis sedangkan dia sendiri dengan sukarela dan terbuka hatinya sudi memaafkan dan bergambar dengan seorang lagi pendakwah Islam yang telah difitnah sebagai seorang ekstremis, iaitu Zakir Naik.

Dengan Syed Saddiq, dia ini separuh anti-Islam, dan separuh pembela agama Islam pula. Hipokrit! Sering beliau melafaz frasa kata “Fastabiqul Khairaat” tetapi adakah dia ini betul-betul memahami maknanya, atau dia hanya menunggang agama? Nak kata Syed Saddiq ini berpegang prinsip dengan kuat pun tak boleh. Semasa dia menjadi Menteri dalam rejim Pakatan Harapan, prinsiplah yang terakhir dalam mindanya! Apabila mabuk kuasa, apa-apa pun dia sanggup buat.

Para rakyat Malaysia masih ingat lagi apabila Syed Saddiq keluar kenyataan “sebarang fitnah terhadap ‘abang-adik’ Cina dan India saya adalah fitnah terhadap semua rakyat Malaysia” berhubung dengan komen-komen kontroversi Zakir Naik. Namun begitu, kurang dua minggu selepas itu dia memuat naik di media sosial gambar sesi perjumpaan bersama Zakir Naik di rumahnya dan menyeru kepada rakyat supaya memaafkan Zakir Naik. Anehnya, begitu mudah Syed Saddiq menukar pendiriannya.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/489328 Naif, bodoh, dan angkuh. Tambah pula hipokrit dan suka berdrama. Adakah ini pemimpin orang muda yang kita nak bagi masa depan negara kita? Sanggupkah kita menerima ular politik sebegini? Jangan kita terpedaya dengan usaha Syed Saddiq menjuarai agenda Melayu. Video TikTok itu dialah paling pandai buat, akan tetapi apabila masa tiba untuk menunjukkan bakat kepimpinan, langsung tiada. Tin kosong!

Dalam pelbagai aspek, Syed Saddiq ini sebenarnya mencerminkan ciri-ciri “Malaysia Lama” – kronisme, sikap sombong, dan elitis. Dari mulanya kerjaya politik Syed Saddiq, dia telah mengidolakan Tun Dr. Mahathir, yang umum kita tahu adalah antara 20 orang ekstremis yang paling berbahaya di dunia. Sikit-sikit Tun Dr. Mahathir suruh, dia akan buat. Maka tidak hairanlah Syed Saddiq akan mengetepikan “prinsip”nya demi memuaskan kehendak Atok. 

Sumber: https://sea.mashable.com/culture/13961/mahathir-listed-as-one-of-the-worlds-top-20-most-dangerous-extremists


Bagaimanakah kita boleh mempercayai Syed Saddiq dengan masa depan negara kita? Sudah jelas kita boleh nampak dia ini sedang merosakkan dirinya dengan skandal dengan kawan-kawan liberalnya yang kebanyakan menyokong ideologi DAP. Sehubungan itu, terdapat juga empat tuduhan menyeleweng duit yang Syed Saddiq kini hadapi. Ini ke perangai seorang pemuda Melayu selepas dididik oleh DAP?

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/538621

Kita biarlah real: Syed Saddiq anjing liberal DAP yang patut kita banteras. Seorang hipokrit yang tidak kuat beriman, namun sanggup menunggang agama demi politik. Rakyat Muar patut mengundi calon lain pada PRU15 nanti. Kita tidak memerlukan perosak negara seperti Syed Saddiq!

Comments

  1. Yes.. Saya org muar.. Saya tidak akan pilih pemuda yg tiada jiwa Islam, 😡😡😡😤😤😤

    ReplyDelete

Post a Comment