Kemerosotan Kedah Di Bawah Sanusi Md Nor


Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor perlu tahu tempatnya. Dia ni bukan sahaja bodoh, malah angkuh dan langsung tidak berhati perut. Begitulah puak-puak ekstremis dari PAS yang hanya tahu menzalimi rakyat, terutamanya yang bukan Islam. Dalam episod terkini pula, Sanusi membalas komen DYAM Tunku Mahkota Johor dengan biadapnya apabila baginda telah menyoalkan keupayaan Kedah FA untuk membayar gaji pemain dan staf pasukan mereka.

Sumber: https://www.facebook.com/100000436113775/posts/4842923412398815/
Bukan sahaja DYAM Tunku Mahkota Johor betul, malah ia berdasarkan fakta. Dilaporkan bahawa Kedah FA masih belum menyelesaikan tunggakan cukai sebanyak RM10.4 juta sejak tahun 2015 lagi! Apakah ini kebobrokan yang berterusan sehingga KFA dibebankan sebegini? Macam mana kelab bola sepak ini masih boleh beroperasi, sedangkan gaji pemain dan staf tidak dibayar dan cukai pun tidak diselesaikan? Memalukan buat negara! Lagi-lagi nak cakap besar pasal bertanding di Piala AFC! Jika kita ikut piawaian dan peraturan AFC, memang tidak layak lah!

Sumber: https://football-tribe.com/malaysia/2021/09/24/kedah-fa-masih-belum-selesai-bayar-cukai-rm10-4-juta-sejak-2015/
Isu ini sudah berpanjangan, akan tetapi ramai telah mengharapkan Sanusi Md Nor untuk mencari penyelesaian kepadanya dengan kerajaan baru. Malangnya dia hanya reti ikut dalam legasi Mukhriz Mahathir dengan menerusi kebobrokan KFA. Sempat boleh beli kereta mewah Mercedes-Benz tetapi tidak mampu bayar gaji pemain dan menjelaskan cukai. Hebatlah Sanusi ni. Apabila sudah dikutuk, baru nak cuci tangan mengenai isu gaji pemain. Hang Presiden KFA kot! Takkan nak salahkan penaja sedangkan Kedah FC juga di bawah seliaan KFA? Agak memalukan untuk adanya seorang pemimpin yang suka membuta gaji ini.

Sumber: https://www.nst.com.my/sports/football/2021/02/666926/kedah-saviour-under-fire
Gaji dua bulan tak bayar, nak hadap JDT baru nak bayar? Pandai-pandailah para peminat Kedah FC menilai! Inikah jenis pemimpin yang kamu nak? Sanusi Md Nor memang tidak berhati perut. Kesanggupannya untuk menaruh nasib dengan periuk nasi pemain bola sepak profesional! FAM patut melucutkan lesen bermain Kedah FC ni sehinggalah segala tunggakan gaji dan cukai dibayar! Buat apa nak membentangkan Belanjawan Negeri sebanyak RM1.35 bilion sedangkan benda senang seperti ini pun Sanusi Md Nor tidak reti selesaikan?

Sumber: https://football-tribe.com/malaysia/2021/11/13/kedah-langsaikan-tunggakan-gaji-dua-bulan/

Kesian rakyat Kedah kerana mempunyai Menteri Besar sebodoh Sanusi Md Nor. Bukan sahaja si Sanusi ini tidak bertanggungjawab di arena sukan negeri, malah dalam arena politik juga dia menunjukkan ketidakcekapannya. Semasa waktu PKP pada awal tahun ini, rakyat telah menaikkan bendera putih sebagai tanda meminta bantuan. Respon Sanusi pada ketika itu adalah untuk menolak tindakan itu sebagai ‘propaganda politik’. Rakyat sedang menderita dan kebuluran, dia ada hati pulak nak kata ianya semua propaganda? Eloklah dia kena balun dengan warganet!

Sumber: https://says.com/my/news/kedah-mb-allegedly-says-he-won-t-recognise-white-flags-because-it-s-political-propaganda

https://www.malaysiakini.com/news/581343
Wahai orang Kedah, pedo sikit dengan Sanusi ni. Kalau boleh dia ni nak hancurkan satu negeri! Pembalakan pun dia teruskan walaupun sudah adanya moratorium untuk memelihara dan memulihara alam sekitar dan hutan tropika Ulu Muda yang antara tertua di dunia.
Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/04/18-tahun-lagi-baru-habis-pembalakan-di-kedah-kata-sanusi/

Agak ironi apabila seorang pemimpin PAS ke Eropah untuk menghadiri mesyuarat COP26 yang mengetengahkan pemeliharaan alam sekitar, dan seorang lagi menjadi punca masalah alam sekitar yang dihadapi negara dan seluruh dunia. Sanusi turut menafikan bahawa aktiviti pembalakan ini telah menyebabkan bencana banjir yang berlaku di Gunung Jerai pada bulan Ogos lalu. Sudah terang lagi bersuluh pembalakan menjadi punca banjir lumpur yang agak teruk. Bila lagi nak mengabaikan tanggungjawab sebagai Menteri Besar? Orang meninggal dunia, hilang rumah dan harta, sumber pendapatan dan lebih-lebih lagi tetapi Sanusi ni masih boleh gelak sambil menafikan pembalakan punca banjir di Gunung Jerai. Sesungguhnya Sanusi Md Nor tidak layak jadi seorang pemimpin malah seorang Menteri Besar!
Sumber: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/334204

Betul ke orang Kedah masih sokong kerajaan yang dipimpin Sanusi Md Nor yang penuh dengan kezaliman dan kegagalan ini? Dah lah masa PKP dia tak layan keluhan rakyat, malah sempat pandu uji kereta yang langsung tidak dibenarkan di bawah SOP! Dah bersalah, nak nafikan lagi! Akhirnya kantoi dengan video dan dikenakan kompaun. Memalukan untuk Kedah!

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/142619/BERITA/Semasa/Polis-siasat-dakwaan-MB-Kedah-pandu-uji-kereta-ketika-PKP

Baik duduk diam dan insaf sebelum mengutuk dan mengejek orang lain, Sanusi. Dah tak layak jadi Menteri Besar – bukannya rakyat undi kau pun. Jangan lah jaga tepi kain orang lain sedangkan ada je masalah di depan anda yang langsung tidak diendahkan olehmu. Dalam setahun lebih Kedah sudah merosot secara menjunam dan puncanya Sanusi Md Nor. Apabila PRU15 nanti, orang Kedah fahamlah apa nak di buat.

Comments