Sanggupkah Anda Melihat Anak-Anak Anda Dipengaruhi MUDA?

Ramai yang terpedaya oleh naratif Parti MUDA bahawa gerakan mereka akan membawa nafas baru dalam politik tempatan. Dengan adanya 7 juta pengundi baru, MUDA rancak menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh menarik minat golongan muda. Pengasas MUDA, Syed Saddiq, juga diangkat sebagai pemimpin politik era baru yang berupaya membawa arus moden.

Tetapi, komodenan apa yang sebenarnya dikejar konco-konco MUDA?

Kebanyakan daripada mereka hanyalah budak mentah yang mahukan teman dan keseronokan hedonistik. Setelah dua tahun terperuk di rumah dek pandemik, program yang dianjurkan MUDA dapat memberikan mereka satu jalan keluar untuk bersosial. Kalau sebelum ini golongan muda dapat ke konsert dan kelab malam, kini mereka hanya perlu menyertai MUDA untuk mengenali rakan-rakan sebaya yang satu kepala.

Kita tidak perlu lihat jauh. Dalam kala sukarelawan MUDA membersihkan kekotoran banjir di siang hari, tahukah anda apa yang dilakukan mereka di waktu malam? Sudah tentunya ini tidak dikongsi di laman media sosial mereka.

Belum pun sempat menggantikan tshirt MUDA, mereka terus berlibur dengan menogak beberapa botol air kencing syaitan. Perbuatan haram ini dilakukan dalam kawasan tertutup di mana lelaki dan perempuan bercampur gaul tanpa batasan. Mereka juga kelihatan seperti sekumpulan perokok tegar yang sudah biasa merokok bersama.

Memalukan!

Apabila ditanyakan perkara ini, Saddiq dengan selambanya menyatakan gejala sosial ini bukan satu isu selagi tidak melanggar undang-undang. Tambah Saddiq lagi, MUDA boleh bertoleransi dengan pencemaran budaya sedemikian kerana ahli-ahlinya adalah berbilang bangsa dan agama.

Link: https://www.malaysianow.com/news/2022/01/05/nothing-wrong-with-muda-members-drinking-says-syed-saddiq/

Dah gila ke apa?!

Tidakkah Saddiq faham bahawa masyarakat Malaysia adalah majoritinya beragama Islam? Hukum minum arak itu juga merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar! Dengan adanya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tidak mustahil bahawa air kencing syaitan ini juga akan membawa kepada pergaulan luar batasan.

Inikah imej pembaharuan dan kemodenan yang ingin dibawa MUDA?

Rosak dibuatnya anak-anak muda kita kalau gejala sosial ini dibiarkan berlarutan. Lama-kelamaan, mereka yang beragama Islam akan mula menuntut kepada kebebasan yang lebih menjurus kepada budaya kebaratan yang melampau. Siapa tahu satu hari nanti MUDA akan “bertoleransi” budaya LGBT dan atheisme pula?

Tanpa adanya satu tunjang budaya yang berorientasikan budaya Timur dan Islam, lama-lama kelamaan akan luntur akidah anak-anak kita. Bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Nampak gaya kalau rebung itu sendiri telah dimandikan air kencing syaitan, bagaimana agaknya raut wajah negara kita dengan adanya mereka ini memegang tampuk pemerintahan negara?

Kata Saddiq juga, penyebaran gambar-gambar ahli MUDA berlibur adalah satu taktik murahan untuk mereka yang “terdesak” untuk menjatuhkan MUDA.

Link: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/01/05/syed-saddiq-slams-attempts-to-tarnish-mudas-name/

Persoalannya, kalau bukan gambar-gambar ini diambil oleh ahli MUDA sendiri, siapa lagi? Hanya ahli-ahli MUDA yang berada dalam situasi tersebut memandangkan tshirt MUDA tidak ada dijual di pasaran. Ini menunjukkan bahawa bukan sahaja mereka ini tidak bermoral tetapi sanggup membelot sesama sendiri sehinggakan gambar-gambar dapat tersebar ke perhatian umum. Orang macam ini ke yang kita nak percayakan dengan undi kita?

Kita perlu ingat bahawa kemajuan dan pemodenan itu tidak hanya terhad kepada kebendaan. Apa yang lebih penting adalah pembangunan kerohanian dan mentaliti kita. Apa guna ada revolusi politik kalau harganya adalah kejatuhan nilai-nilai moral? Sanggupkan anda untuk melihat anak-anak Melayu kita dihancurkan oleh arak, rokok dan pergaulan bebas? Kalau tidak, masih belum terlambat untuk menasihatkan anak-kita kita agar sentiasa berjaga-jaga daripada diumpan mainan politik MUDA di media sosial.

Comments