Kenapa Syed Saddiq Baru Mahu Bersuara Soal Jho Low?

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi tampil menyuarakan pandangannya berhubung kes 1MDB.

Syed Saddiq mendakwa, disebabkan perjanjian kerajaan Malaysia dan China, maka Jho Low sukar untuk dibawa pulang ke negara ini.

Jho Low sebelum ini didakwa dilihat berada di beberapa lokasi di China dan didakwa dilindungi oleh kerajaan republik berkenaan.

Namun, apa yang paling utama di sini adalah mengapa Syed Saddiq baru sekarang mahu membangkitkan tentang isu tersebut?

Dan mengapa Syed Saddiq umpama 'tidak tahu malu' muncul dalam rancangan 'podcast' untuk membicarakan tentang 1MDB dan Jho Low?

Ketika Syed Saddiq menjadi Menteri ketika era pemerintahan Pakatan Harapan (PH), mengapa tidak berbuat sebaik mungkin untuk membawa Jho Low pulang ke Malaysia?

Apabila kembali menjadi pembangkang, barulah sibuk nak membangkitkan isu tentang Jho Low.

Mengapa Syed Saddiq tidak desak sahaja mentornya iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membawa pulang Jho Low?

Mengapa tidak muncul dalam pelbagai rancangan podcast pada masa itu? Hanya kerana Malaysia bukan ditadbir oleh Mahathir atau sekutunya, Syed Saddiq umpama cacing kepanasan yang suka membuat kenyataan bersifat populis.

Apa sebenarnya niat Syed Saddiq? Kalau hanya memberi pandangan ketika sudah tidak berkuasa, lebih baik diamkan sahaja mulut itu.

Sumber: https://www.scmp.com/week-asia/politics/article/3192486/malaysias-china-ties-make-it-complicit-failure-bring-jho-low?utm_source=rss_feed%2F

Sepatutnya apabila rakyat sudah memberi peluang untuk menjadi kerajaan, Syed Saddiq kena gunakan peluang itu sebaik mungkin dan bukan membuat benda bukan-bukan.

Bukannya sibuk dengan aktiviti bermain golf atau bermain PS4 di pejabat.

Itu bukan tugas seorang menteri. Tugas seorang menteri adalah menyantuni permasalahan dihadapi rakyat.

Kalau Syed Saddiq benar-benar mahu menegakkan keadilan, sewaktu menjadi menterilah, beliau perlu menyuarakan tentang Jho Low.

Desaklah pihak berkuasa dengan menggunakan tiket 'menteri'. Barulah rakyat akan beri rasa hormat kepada anda.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/460978

Kalau Syed Saddiq mahu menentang rasuah, sedarlah anda juga terpalit dengan skandal rasuah dan pecah amanah.

Kelakarnya, duit itu digunakan untuk tujuan pelaburan ASB peribadi dan membaiki rumah.

Polis juga mendedahkan sangat tidak logik alasan yang diberikan oleh Syed Saddiq untuk menafikan tentang status sebenar wang tersebut.

Sikap tidak tahu malu Syed Saddiq untuk bercakap tentang rasuah, di saat sedang terpalit dengan kes yang sama di mahkamah, amat menjengkelkan rakyat.

Jangan terlalu beria-ria sangat, Syed Saddiq. Anda sebenarnya masih belum selamat daripada hukuman mahkamah.

Silap haribulan, anda juga akan ke ‘dalam’.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/842005/syed-saddiq-didakwa-pecah-amanah-salah-guna-wang

Syed Saddiq juga hanya ‘bijak’ berkata-kata apabila sesuatu isu tidak melibatkan Mahathir.

Sedangkan isu seperti Pulau Batu Puteh sepatutnya diperjuangkan oleh anak jati Johor seperti Syed Saddiq namun beliau gagal berbuat demikian.

Disebabkan isu itu membabitkan Mahathir, Syed Saddiq terus menjadi umpama ‘tikus yang menyorok apabila melihat manusia’.

Jika Syed Saddiq mahu menjadi wira rakyat, jangan hanya tertumpu kepada satu pihak sahaja.

Sebab itu anda digelar hipokrit. Anda tidak jujur dan jelas dalam perjuangan anda yang kononnya mahu merevolusikan negara.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/pulau-batu-putih-hairi-bidas-tun-m-jangan-berdolak-dalik/

Syed Saddiq tidak menggunakan peluang yang ada ketika berkuasa. Apabila sudah diberi peluang, banyak pula isu yang mahu dibangkitkan.

Sampai muncul dalam muzik video dan podcast.

Syed Saddiq kena mula berfikir dari sekarang, sama ada mahu terus menjadi ahli politik atau berhenti sahaja.

Kalau mahu terus menjadi ahli politik, buatlah kerja dengan serius. Tumpukan dahulu masalah di kawasan Muar.

Jangan terlalu menyibuk hal lain. Sedarlah juga, anda bukan ahli politik yang bersih.

Comments