Syed Saddiq Kluster Mahkamah, Ditolak Jadi Menteri

Sejurus pengumuman Timbalan Menteri yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada warganet yang mempersoalkan 'kehilangan' Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam Kabinet.

Syed Saddiq yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, tidak mendapat tempat dalam Kabinet pimpinan Anwar.

Tindakan kerajaan mengetepikan Syed Saddiq membuktikan Ahli Parlimen Muar itu hanya akan memberi persepsi buruk kepada rakyat, susulan statusnya sebagai kluster mahkamah.

Pastinya, Anwar tidak mahu Kabinet pimpinannya dicemari dengan kluster mahkamah seperti Syed Saddiq.

Orang kata, lebih baik mencegah daripada berjangkit. Lebih baik Anwar mengetepikan Syed Saddiq siap-siap daripada dicemuh oleh rakyat di kemudian hari.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2022/12/02/teka-teki-kedudukan-syed-saddiq-terjawab/

Jika melihat kepada senarai ahli Parlimen, bukan Syed Saddiq seorang sahaja yang tergolong dalam kalangan pemimpin muda.

Sekiranya rakyat mahu melantik generasi pemimpin muda dalam Kabinet, lebih ramai yang layak berbanding Syed Saddiq.

Ambil contoh seperti Adam Adli, Young Shefura Othman dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Syed Saddiq sewajarnya mengambil 'tempoh bertenang' atau fokus kepada penduduk di Parlimen Muar berbanding memegang sebarang portfolio dalam kerajaan baharu.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/12/adam-adli-mohon-tunjuk-ajar-bimbingan/

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1034874/nik-nazmi-pemimpin-muda-berpengalaman-luas-hal-ehwal-pentadbiran

Menyebut soal Muar, Syed Saddiq diberi peluang sekali lagi dan perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh beliau.

Masih banyak soal pembangunan di Muar yang perlu diambil perhatian oleh Syed Saddiq.

Isu perumahan yang dijanjikan serta peluang pekerjaan oleh Syed Saddiq di Muar sejak 2018, perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kebajikan penduduk Muar harus diutamakan berbanding duduk dalam kementerian tanpa memberikan sebarang sumbangan besar.

Kali ini, Syed Saddiq tidak boleh menggunakan lagi alasan hanya mendapat mandat dalam tempoh singkat

Rakyat sudah beri peluang sekali lagi dan inilah masanya untuk Syed Saddiq membuktikan terlebih dahulu di Muar.

Sumber: https://twitter.com/syedsaddiq/status/991640225259520001?lang=en

Sewaktu menjadi Menteri KBS, imej Syed Saddiq juga banyak tercalar disebabkan beberapa isu.

Antaranya Syed Saddiq sibuk bermain golf dan PS4 di pejabat berbanding memperkasakan industri sukan negara.

Tindakannya itu dilihat seolah-olah menampakkan Syed Saddiq masih belum matang untuk menjadi seorang menteri.

Tidak salah cuba menonjolkan diri sebagai berjiwa rakyat atau 'sporting' tetapi perlu memahami batas-batas serta kelakuan sebagai seorang menteri.

Sukan merupakan antara industri yang menerima perhatian tinggi oleh rakyat Malaysia dan Syed Saddiq gagal untuk menjalankan tugasnya dengan baik.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/460987

Syed Saddiq perlu sedar bahawa kluster mahkamah bukan sesuatu yang dipandang baik oleh rakyat kini.

Rakyat juga mahukan kerajaan baharu yang lebih bersih dan bersikap telus.

Rakyat sudah penat melayan isu-isu rasuah atau pecah amanah melibatkan ahli politik seperti Syed Saddiq.

Lebih afdal Syed Saddiq fokus kepada kes mahkamahnya dan pembangunan di Muar terlebih dahulu.

Tapi kalau pegang jawatan menteri pun, tiada yang boleh disumbangkan. Lebih baik kekal sebagai Ahli Parlimen sahaja, Syed Saddiq.

Comments