Syed Saddiq Tonjol Imej Buruk Politikus


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir ke mahkamah bagi membela diri berhubung empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

Jika ada yang lupa, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Penolong Bendahari Armada Bersatu, Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dana Armada berjumlah RM1 juta.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Disebabkan pertuduhan kes yang dihadapi, Syed Saddiq gagal mendapatkan sebarang jawatan dalam Kabinet dan jawatan yang disandang berkemungkinan bakal menerima impak negatif khususnya sebagai Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan ahli Parlimen Muar.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/246398/berita/semasa/syed-saddiq-tiba-di-mahkamah-untuk-bela-diri


Syed Saddiq mendakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memujuk dia untuk menyokong bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengelakkan pendakwaan terhadap dirinya.

Adakah Syed Saddiq cuba menjadikan pegawai berkenaan sebagai ‘kambing hitam’ terhadap perbuatan yang dilakukannya?

Tolonglah, Syed Saddiq. Jangan beri banyak sangat alasan tidak munasabah.

Kalau benar ada cubaan ugutan, mengapa mengaku tidak memberitahu apa-apa kepada Rafiq Hakim tentang pemindahan wang berjumlah RM120,000 daripada Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) ke dalam akaun miliknya?

Mengapa masukkan wang sebanyak RM50,000 ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya?

Tiada siapa suruh Syed Saddiq berbuat demikian melainkan dirinya sendiri.

Sudah terang lagi bersuluh, pegawai SPRM tiada kena-mengena dengan sebarang ugutan membabitkan Muhyiddin atau mana-mana pihak lain.

Tak usah cari alasan bodoh untuk menyelamatkan diri sendiri.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/pegawai-sprm-pujuk-syed-saddiq-sokong-muhyiddin/


Syed Saddiq perlu meletakkan sahaja jawatan sebagai ahli Parlimen Muar dan Presiden MUDA sehingga kes mahkamahnya selesai.

Jika tidak didapati bersalah sekali pun, Syed Saddiq boleh memulakan kembali karier politiknya dari awal.

Peranannya dalam ahli politik juga tidak menunjukkan sebarang sumbangan dan jasa yang besar kepada negara.

Apa sahaja langkah yang dibuat oleh Syed Saddiq? Hanya gemar bermain TikTok sahaja dan menyarankan idea yang bukan-bukan kepada kerajaan.

Parti MUDA juga dilihat seolah-olah tidak mendapat perhatian apabila tidak dijemput hadir ke Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan sebelum ini.

Parti ikan bilis seperti MUDA memang sering tidak dipandang serius oleh parti-parti utama negara.

Kalau dibubarkan sekali pun kerana kes mahkamah Syed Saddiq, dia boleh menubuhkan parti baharu.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1061339/muda-terkilan-tak-dijemput-ke-mesyuarat-sekretariat-kerajaan


Syed Saddiq perlu malu dengan diri sendiri kerana sebelum ini, dia secara yakin mahu menentang rasuah.

Namun akhirnya, diri sendiri terpalit dengan empat pertuduhan AMLA.

Syed Saddiq perlu faham impak yang bakal berlaku apabila seseorang ahli politik terbabit dalam penyalahgunaan wang haram serta rasuah.

Imej negara akan tercalar serta boleh menjejaskan sebarang hubungan diplomatik dengan negara luar jika politikus seperti Syed Saddiq dibiarkan bermaharajalela.

Pembangunan negara turut terjejas. Wang yang sepatutnya digunakan untuk rakyat, dikaut untuk kepentingan peribadi oleh individu tidak bermoral seperti Syed Saddiq.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/513080


Isu kes mahkamah Syed Saddiq turut memberi kesan kepada MUDA. Parti itu yang sejak awal penubuhannya terpalit pelbagai kontroversi, dilihat tidak stabil.

Ditambah konflik dalaman parti serta tindakan ahlinya yang kurang matang, memburukkan lagi keadaan.

MUDA berkemungkinan menerima nasib sama seperti parti-parti kecil di Malaysia apabila sukar untuk bertahan lama.

Syed Saddiq sebagai Presiden juga gagal menerajui parti berkenaan dengan baik dan kepercayaan orang ramai terhadap dirinya kian pudar selepas terpalit isu AMLA.

Jika Syed Saddiq didapati bersalah, tiada tokoh atau pemimpin mampu membawa MUDA kerana rata-ratanya dibarisi oleh mereka yang kurang berpengalaman dalam arena politik.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/parti-muda-ujikaji-politik-atau-klon-pkr-2-0-346614


Politikus seperti Syed Saddiq tidak wajar lagi diberikan sokongan kerana dia tidak layak dilayan seperti seorang figura awam selagi kesnya masih di mahkamah.

Jika dia didapati bersalah, Syed Saddiq perlu bertanggungjawab dan menerima hukuman sepatutnya.

Bagi para penyokong Syed Saddiq, berhentilah menyokongnya kerana tindakan itu hanya sia-sia.

Sama ada dia bersalah atau tidak, perlu sedar Syed Saddiq bukanlah pemimpin muda yang berjiwa besar dan hanya mahu memperjuangkan agenda peribadinya sahaja.

Ramai lagi pemimpin muda yang boleh diangkat pada masa hadapan dan kluster mahkamah seperti Syed Saddiq perlu ditolak sejauh-jauhnya daripada arena politik.

Comments