Perihal Wang Sumbangan MUDA


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru-baru ini meminta sumbangan untuk membantu mangsa banjir Johor.

Usaha yang murni daripada MUDA. Cuma harap episod lama tidak berulang lagi.

Saja nak ingatkan, tahun lalu, ada kes membabitkan MUDA berkenaan isu sumbangan banjir.

Walaupun dinafikan oleh Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, namun rakyat perlu diingatkan sekali lagi agar berhati-hati.

Kalau MUDA tidak buat perkara itu, baguslah. Bukan apa, sekarang ini banyak kes penipuan.

Sumber: https://twitter.com/teammudajohor/status/1631215568752898048

Tahun lalu, tersebar beberapa foto mengenai ahli-ahli MUDA berpesta arak.

Susulan penyebaran foto itu, wujud dakwaan bahawa MUDA menggunakan duit sumbangan banjir untuk membeli arak.

Tetapi dakwaan itu dinafikan oleh Syed Saddiq.

Paling membingungkan, Syed Saddiq berkata, tidak salah minum arak. Maknanya Syed Saddiq sangat mengalu-alukan perbuatan itu dalam kalangan ahlinya.

Syed Saddiq perlu tahu satu benda, minum arak ini memberi banyak keburukan kepada masyarakat.

Sebagai parti yang mewakili golongan muda, Syed Saddiq sepatutnya lebih peka tentang memberikan teladan baik.

Golongan muda terutamanya mereka yang masih bawah umur, cenderung untuk mencuba apa sahaja.

Sebagai figura awam, Syed Saddiq patut memberikan kenyataan yang tegas tentang isu minum arak dan mengenakan hukuman terhadap ahli-ahlinya.

Sumber: https://www.malaysianow.com/my/news/2022/01/05/apa-salahnya-ahli-minum-arak-kata-syed-saddiq


Kes-kes penipuan ini boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira sesiapa pun.

Syed Saddiq sendiri pun terbabit isu rasuah dan pengubahan wang haram.

Atas dasar itu, sahaja ingin mengingatkan kepada orang awam, banyak lagi saluran lain untuk menghulurkan bantuan banjir.

Risau sekiranya wang sumbangan itu dimasukkan dalam akaun ASB peribadi pula.

Tak mahulah perkara-perkara seperti itu berlaku kerana wang sumbangan tersebut untuk mangsa banjir.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/842005/syed-saddiq-didakwa-pecah-amanah-salah-guna-wang


Baru-baru ini, Ahli Parlimen Puteri Wangsa, Amira Aisya Abdul Aziz mengumumkan dia akan menyertai International Visitor Leadership Program (IVLP) di Amerika Syarikat (AS) sehingga 27 Februari.

Pengumuman itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet dan orang ramai.

Terdapat warganet yang mempersoalkan tindakan Amira Aisya untuk meninggalkan kawasan Parlimennya selama sebulan.

Wakil rakyat perlu sentiasa responsif kepada keperluan rakyat. Tambahan pula, fenomena monsun yang sedang berlaku ketika ini, bila-bila masa sahaja boleh melanda kawasan sekitar Johor termasuklah Puteri Wangsa.

Tempoh itu yang perlu dititikberatkan oleh Amira Aisya. Sebagai wakil rakyat, Amira Aisya perlu mencurahkan tenaganya mempersiapkan Puteri Wangsa dengan sebarang keadaan yang tidak diingini.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/243647/berita/politik/adun-puteri-wangsa-terpilih-sertai-ivlp-di-as


Tuntasnya, sentiasa berjaga-jaga jika ingin menghulurkan sumbangan.

Tidak mahulah pisang berbuah dua kali. Walaupun dakwaan itu pernah dinafikan, tapi segala kemungkinan boleh terjadi.

Selain itu, Syed Saddiq memiliki rekod buruk tentang penyalahgunaan wang.

Diharapkan MUDA janganlah ulangi perkara sama. Nak minum arak itu bak kata Syed Saddiq, tiada masalah tetapi tak usah sebarkan.

Hanya mengundang fitnah dan tohmahan daripada pelbagai pihak.

Comments