PAS Suka Sensasikan Isu


PAS nampaknya sekadar berdiam diri isu stoking tertera kalimah Allah baru-baru ini.

Malah, PAS juga cuba bermain politik menggunakan isu tersebut dengan menyerang pihak lain.

PAS mendakwa masyarakat negara ini lebih sensitif dengan soal institusi diraja berbanding isu sensitif melibatkan agama.

PAS tujukan kepada siapa dakwaan itu? Jangan pukul rata semua orang. Mengapa mahu bermain politik tentang isu berkenaan?

Adakah PAS gagal membezakan antara perkara yang perlu dijadikan bahan politik atau tidak?
Berbanding mengeluarkan kenyataan di peringkat Pusat, PAS lebih berminat untuk bermain politik.

Sebagai parti yang mengambil pendekatan untuk memperjuangkan isu agama Islam di negara ini, PAS patut malu dengan tindakan ahli-ahlinya.

Sekarang bukan masa untuk bermain politik, tapi perlu bersatu melawan tindakan yang menghina agama Islam di negara ini.

Sebab itu orang Melayu susah hendak bersatu kerana wujud golongan seperti anggota PAS yang gemar menggunakan sesuatu isu sebagai bahan politik mereka.

Agenda mereka yang lari daripada tujuan asal penubuhan parti itu kian membuatkan orang ramai meluat.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/256949/berita/politik/perjuangan-pas-sudah-berubah-lari-dari-asal---khalid-samad


PAS sebenarnya mahu menyerang kerajaan dan cuba menuduh kerajaan tidak membuat sebarang tindakan terhadap isu tersebut.

Namun, PAS perlu tahu prosedur undang-undang di negara ini. Pihak berkuasa yang berwajib wajar menjalankan siasatan terlebih dahulu.

Jangan terus menyerang kerajaan sahaja. Semua jenayah atau perbuatan tidak bermoral di negara ini perlu melalui siasatan menyeluruh bagi mencari pesalah sebenar.

Kalau main tuduh sahaja, itu sudah jatuh fitnah. Tak akan PAS tidak cakna langsung?

Sebab itu, jangan bermain politik. Perkara sensitif seperti ini bukan sesuatu yang kecil dan boleh tuding jari kepada sesiapa sahaja.

Apa sahaja tindakan yang PAS lakukan berkenaan isu itu? Rasanya tiada apa yang signifikan dilakukan oleh PAS.

Seharusnya PAS lebih proaktif dalam memperjuangkan isu Islam.

Tidak kelihatan pula PAS mengeluarkan kenyataan secara kolektif atau membuat bantahan besar-besaran di hadapan kilang atau pasar raya yang terlibat.
PAS hanya suka mensensasikan isu berkenaan Islam sahaja tapi tidak tahu mengawal batas-batas yang sepatutnya.

Banyak persepsi negatif tercetus daripada PAS. PAS perlu menjadi orang tengah kepada rakyat supaya tidak cepat 'melatah' dalam isu berkenaan.

PAS sepatutnya menjadi 'pendamai' sekiranya berlaku ketegangan melibatkan soal agama tetapi sebaliknya berlaku.

Sewajarnya PAS mengambil pendekatan yang lebih berhemah dalam menggunakan isu agama sebagai bahan politik.

Mensensasikan isu berkaitan dengan Islam tanpa mengendahkan nilai-nilai kesederhanaan dan keseimbangan dalam perjuangan politik boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat serta menjejaskan kesejahteraan negara secara keseluruhan.

SUMBER: https://harapandaily.com/2024/03/22/persepsi-islam-terancam-pas-untuk-sensasikan-isu/


PAS perlu tengok balik kenapa mereka wujud sebagai parti politik Islam di negara ini.

Kalau hanya mahu mensensasikan isu dan menuding jari kepada orang lain semata-mata, lebih baik buang sahaja misi serta visi parti.

Tukar misi dan visi berkenaan. PAS tidak lagi memperjuangkan Islam sebaliknya hanya parti politik yang menunggang isu sahaja.

Bukan semua isu perlu dijadikan bahan politik. Malangnya PAS gagal cakna tentang perkara itu.

Selagi mana sesuatu isu itu boleh dijadkan bahan untuk menyerang musuh mereka, PAS akan terus melakukan perkara sama.

Comments