Daim Musuh Rakyat


Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mendakwa dia tidak bersalah kerana gagal mengisytihar 70 aset hartanya.

Dia juga mencabar keabsahan pertuduhan terhadapnya mengikut Akta SPRM dan Akta Pengubahan Wang Haram.

Daim didakwa sengaja memberikan satu pernyataan bertulis secara bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 bertarikh 8 November 2023.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mengatakan Daim berdepan beberapa siasatan terhadap dirinya termasuklah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Daim bagaimanapun melontarkan dakwaan bahawa SPRM hanya bertindak menyiasatnya kerana dia adalah 'musuh politik'.

SUMBER: https://www.kosmo.com.my/2024/01/29/daim-didakwa-tidak-isytihar-70-aset-faham-pertuduhan-minta-bicara/

https://www.thestar.com.my/news/nation/2024/03/21/daim-files-application-to-challenge-validity-of-macc-charges


Daim memulakan kerja kotornya selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1984.

Dia dilantik oleh rakan karibnya iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad selepas memenangi kerusi Parlimen Kuala Muda, Kedah pada 1982.

Daim ini bukan sebarangan menteri. Daim ada kumpulan sokongannya atau kroni sendirinya yang dikenali sebagai 'Daim's Boys'.

Kumpulan itu terdiri daripada individu berpengaruh dalam pelbagai sektor seperti perbankan dan hartanah.

Mereka dikatakan akan mendapat 'habuan' daripada Daim jika menurut apa sahaja yang dimahukan oleh bekas Menteri Kewangan itu.

Apakah habuan itu? Tentunya projek besar kerajaan dan mendapat pangkat tinggi.

Daim juga menggunakan kedudukannya untuk memanipulasi pinjaman bank kepada syarikatnya sendiri dan kroni-kroni.

Sebab itu, kroni-kroninya tidak berdepan sebarang masalah untuk meminjam wang bagi sebarang projek mereka.

SUMBER: https://www.thecoverage.my/4227/how-tun-daim-zainuddin-became-a-multi-billionaire


Daim pernah menganugerahkan tender kerajaan bernilai RM4 bilion untuk membina sekolah-sekolah di negara ini kepada empat buah syarikat.

Syarikat-syarikat berkenaan adalah Kinta Samudra Sdn. Bhd; Worldworth Sdn. Bhd; Ambangan Height Sdn Bhd dan Umi-Ross Project Management Sdn.Bhd.

Kesemua syarikat tersebut adalah milik Daim dan diuruskan oleh kroninya.

Seorang bekas pegawai Kementerian Kewangan merupakan pemegang saham majoriti yang rasmi dalam Umi-Ross Project Management Sdn.Bhd.

Syarikat itu diberikan kontrak sebanyak RM2 bilion oleh Daim.

Persoalannya, bagaimana seorang pegawai kerajaan tidak memiliki sebarang pengalaman sebagai kontraktor boleh mendapat kontrak sebanyak itu?

Daim juga memberikan kontrak bernilai RM2 bilion kepada tiga lagi buah syarikat terbabit.
Daim sangat licik dalam menyakau duit kerajaan bersama-sama isterinya, Naimah Abdul Khalid.

Daim akan mengagihkan wang negara sebagai Menteri Kewangan kepada keluarganya manakala Naimah digelar sebagai taikun besar dalam dunia perniagaan.

Naimah sebelum ini adalah pemegang saham majoriti Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd (SPK).

Daim sebagai Menteri Kewangan akan memberikan kontrak kepada SPK berbilion ringgit selama beberapa tahun.

Daim dan Naimah juga mempunyai orang kanan mereka iaitu Josephine Premla Suvaretnam yang berperanan menjadi pengarah di beberapa buah syarikat milik pasangan suami isteri itu.

Josephine juga menguruskan urusan pelaburan luar negara bagi pihak Daim seperti di Switzerland, Poland, Hungary, Mauritius, Namibia, Mozambique, Myanmar dan Kemboja.

Daim dan Naimah sangat licik dalam menyakau wang negara secara senyap-senyap.

SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/01/23/daims-wife-naimah-charged-with-failure-to-declare-assets-to-macc/113995


Daim tak usah menggunakan alasan bahawa dia adalah musuh politik.

Ramai tahu betapa korupnya Daim ketika menjadi Menteri Kewangan dahulu.

Bagaimana Daim yang memiliki harta berbilion ringgit, namun namanya tiada langsung dalam senarai lelaki terkaya negara ini?

Alih-alih, dia memiliki lebih ratusan atau mungkin ribuan aset di luar dan dalam negara tanpa disedari.

Daim sebenarnya musuh kepada rakyat negara ini kerana mengkhianati amanah diberikan sebagai Menteri Kewangan.

Comments