Status Sebenar Pemandu Grab Diragui?

Pemandu e-panggilan orang kurang upaya (OKU), Ong Ing Keong baru-baru ini memfailkan saman sivil terhadap kerajaan, ketua polis Kuala Lumpur dan ketua polis negara bagi menuntut ganti rugi susulan insiden dia dipukul oleh pengiris polis.

Ing Keong turut memohon pengisytiharan bahawa polis didakwa melanggar kewajipan berkanun mereka serta injunksi mandatori yang mewajibkan balai polis di seluruh negara menyediakan akses kepada jurubahasa isyarat Bahasa Malaysia.

Dia turut mendakwa ditekan supaya menarik balik laporan polisnya dan telefon bimbitnya dirampas.

Namun, di sebalik semua dakwaan berkenaan, wujud spekulasi sebelum ini berhubung status sebenar Ing Keong.

 

Ing Keong didakwa bukanlah OKU seperti dilaporkan dalam media.

Tiada pelekat OKU yang ditampal pada kereta dipandu oleh Ing Keong ketika kejadian pada 2024 yang menunjukkan dia adalah OKU.

Maka, wujud keraguan tentang status sebenar Ing Keong.

Menampal pelekat OKU adalah wajib dan boleh dikenakan satu kesalahan undang-undang jalan raya jika ingkar.

Sepatutnya pelekat itu perlu ditampal bagi memudahkan pengguna lain mengetahui tentang status seseorang pemandu di jalan raya.

SUMBER:  https://majoriti.com.my/berita/2024/05/29/pengadu-oku-tarik-balik-laporan-anggap-kes-dipukul-pengawal-peribadi-vvip-hanya-salah-faham---polis-kl

Selain itu, kereta dipandu oleh Ing Keong ketika kejadian tersebut dikatakan tidak memiliki pelekat atau bukti yang menunjukkan dia adalah pemandu e-panggilan.

Bagaimana timbul laporan dia adalah pemandu e-panggilan?

Dia secara tidak langsung telah memburukkan syarikat e-panggilan terbabit.

Grab adalah syarikat besar dalam industri e-panggilan negara.

Kalau imej mereka tercalar gara-gara perkara ini, berapa kerugian yang perlu ditanggung untuk memulihkan semula imej syarikat berkenaan gara-gara dakwaan seorang individu tidak bertanggungjawab?

Ing Keong mendakwa pengiring polis itu memukulnya namun sebenarnya dia telah menghalang polis daripada melakukan tugas.

Menjadi satu kesalahan apabila ada pihak menghalang polis menjalankan tugasnya khususnya dalam perkara-perkara rasmi negara.

Sepatutnya sebagai rakyat yang bertanggungjawab, dia perlu peka atau cakna dengan arahan polis.

Bukannya polis saja-saja mengeluarkan arahan, sudah tentu ada sebab.

Polis juga ada kod etika yang perlu dipatuhi sewaktu bertugas dan bukannya sewenang-wenang boleh melakukan kekerasan kepada orang awam.

SUMBER: https://www.carz.com.my/ms/2024/3/halang-konvoi-diiringi-polis-boleh-kena-denda-rm10k-penjara-2-tahun

Beberapa dakwaan berkaitan Ing Keong pada peringkat awal menimbulkan persoalan yang wajar diteliti.

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita tidak seharusnya membuat kesimpulan hanya berdasarkan satu versi cerita.

Setiap insiden perlu dinilai secara menyeluruh dengan mengambil kira penjelasan semua pihak serta hasil siasatan pihak berkuasa.

Menyebarkan dakwaan terhadap yang belum dipastikan kesahihannya khususnya melibatkan pihak berkuasa boleh mengelirukan orang ramai.

Selain itu, dakwaan Ing Keong itu berpotensi menjejaskan reputasi pihak lain atau organisasi yang terlibat tanpa asas yang kukuh.

Comments