
Isteri kepada Allahyarham Tun Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid sebelum ini didakwa atas tuduhan gagal mengisytiharkan hartanya.
Dia sebelum ini mendakwa tidak pernah menyembunyikan sebarang aset di luar dan dalam negara.
Namun, pendedahan Kertas Pandora mendedahkan segala-galanya tentang pembohongannya.
Na'imah gagal mengisytiharkan asetnya bersama anak-anak di luar negara meskipun pernah diarahkan berbuat demikian oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kalau benar tidak menyembunyikan sebarang aset di luar negara, mengapa Na'imah sukar mengisytiharkannya?

Na'imah dikatakan memiliki syarikat pemegang amanah yang dinamakan sebagai ZA Star Trust, berpangkalan di Kepulauan Cayman.
Ditubuhkan pada 2010 oleh Na'imah dan setakat 2020, syarikat tersebut memegang asetnya kira-kira AS$52.5 juta.
Selain Na'imah, dua anak lelakinya iaitu Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin memiliki kepentingan dalam syarikat tersebut.
Syarikat itu membuat pelaburan dalam bidang hartanah di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) menerusi tiga syarikat British Virgin Islands (BVI).
SPRM sebelum ini telah bertindak membekukan aset Na'imah di UK bernilai kira-kira 132 juta pound, yang melibatkan dua bangunan komersial, lima rumah mewah dan beberapa akaun bank.

Na'imah turut dikatakan menyimpan asetnya di sebuah wilayah yang dikenali sebagai Jersey, berdekatan dengan Perancis.
Empat syarikat berdaftar di Jersey dikaitkan dengan keluarga Na'imah dengan aset dianggarkan sekitar RM1.1 bilion.
Menurut siasatan SPRM, terdapat empat akaun bank dan pelaburan milik Na'imah di wilayah terbabit.
SPRM memaklumkan aset-aset itu diperoleh di Malaysia oleh Na'imah namun gagal diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan SPRM.
Selain Kepulauan Cayman dan Jersey, Na'imah dikatakan menyembunyikan aset-asetnya di negara seperti Switzerland, Singapura, Itali, Jepun dan Indonesia.

Na’imah juga bukan calang-calang individu apabila dikatakan memperoleh beberapa kontrak secara terus daripada kerajaan.
Dia sebelum ini adalah pemegang saham majoriti Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd (SPK).
SPK memperoleh kontrak secara terus berjumlah berbilion ringgit selama pada 1990-an daripada kerajaan.
Na’imah juga memiliki orang kanan mereka yang bersekongkol dengan kegiatannya mengaut kekayaan di negara ini.
Individu tersebut adalah Josephine Premla Suvaretnam yang berperanan menjadi pengarah di beberapa buah syarikat milik Na’imah.
Josephine juga menguruskan urusan pelaburan luar negara bagi pihak keluarga Na’imah seperti di Switzerland, Poland, Hungary, Mauritius, Namibia, Mozambique, Myanmar dan Kemboja.

Disebabkan itu, Na’imah sukar untuk mengisytiharkan hartanya selama ini.
Bayangkan jumlah aset yang disimpan dan disorokkan di luar negara.
Adakah semua aset itu dibeli melalui kegiatan 'haram' sepanjang menjadi isteri kepada bekas Menteri Kewangan berpengaruh di negara ini?
Kalau tidak sorokkan apa-apa, sepatutnya tiada masalah untuk mengisytiharkan hartanya.
Tidak perlu turun naik mahkamah selama berbulan atau mungkin bertahun.
Comments
Post a Comment